omniture

Loji Janakuasa Penyimpanan Tenaga Bateri Pra-pasang dan Termodular Pertama di China Mula Beroperasi

Narada Power Source Co.,Ltd
2017-11-03 17:45 1324

HANGZHOU, China, 3 November 2017 /PRNewswire/ -- Loji Janakuasa Penyimpanan Tenaga Bateri Pra-pasang dan Termodular Four Seas (Suzhou) Food Co., Ltd. yang dibangunkan oleh Narada telah mula beroperasi baru-baru ini. Ini merupakan stesen penyimpanan tenaga modular pra-pasang pertama di China.

The Modularized and Pre-installed Battery Energy Storage Power Plant
The Modularized and Pre-installed Battery Energy Storage Power Plant

 

The inside of the power station
The inside of the power station

 

The management system interface
The management system interface

Loji Janakuasa Penyimpanan Tenaga Bateri Pra-pasang dan Termodular ini terletak di dalam kilang Four Seas di Suzhou, dan skala projek ini ialah 250KW/1MWH, yang meliputi 45m2, serta jangka hayat 10 tahun.

Narada sentiasa meneroka model-model baharu pembinaan stesen janakuasa penyimpanan tenaga, jadi stesen penyimpanan tenaga modular pra-pasang ini mengisi kelompangan di negara sendiri mahupun di luar negara. Loji Janakuasa ini terdiri daripada modul asas pasang siap dan kontena standard pasang siap. Antara kelebihan Loji Janakuasa ini adalah masa pembinaan yang pendek, kualiti pembinaan boleh kawal, penjimatan kawasan yang diperlukan dan kos, keandalan yang tinggi, boleh diperluas, pengurangan antara muka perkhidmatan dan keharmonian dengan alam sekitar.

Kerja pentauliahan telah pun dilaksanakan di kilang. Ia boleh beroperasi ketika ia disambungkan ke grid.

Kontena dan modul asas pasang siap 20 kaki, untuk kali pertama, dijalankan oleh Loji Janakuasa Penyimpanan Tenaga Bateri Pra-pasang dan Termodular. Selepas menyelesaikan reka bentuk loji janakuasa, kilang ini secara serentak memulakan pemasangan modul asas pasang siap dan pembinaan kontena standard pasang siap. Tempoh keseluruhan pembinaan, daripada pemasangan asas pasang siap sehingga menetapkan kedudukan dan mengangkat kontena, tidak lebih daripada satu minggu.

Loji Janakuasa Penyimpanan Tenaga Bateri Pra-pasang dan Termodular mengurangkan beban rangkaian tenaga utama dengan menyahcas pada waktu puncak dan meningkatkan penggunaan kadar tenaga ketika tempoh bukan puncak dengan cara mengecas sistem.

Loji Janakuasa ini boleh menambah baik kualiti tenaga dan digunakan sebagai tenaga sokongan kecemasan untuk menambah baik keandalan bekalan tenaga.

Operasi Loji Janakuasa Penyimpanan Tenaga Bateri Pra-pasang dan Termodular menandakan teknologi maju dan perkembangan pesat Narada dalam pasaran penyimpanan tenaga.

Narada mengkhusus dalam bidang Bateri Industri peringkat tinggi, dengan pengalaman lebih daripada 20 tahun. Ia merupakan salah satu syarikat terbesar disenaraikan dalam Industri Penyimpanan Tenaga di China.

Tel: +86-571-5662-3712 
E-mel: intl@narada.biz 
Web: www.naradapower.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171101/1980828-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171101/1980828-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171101/1980828-1-e

Source: Narada Power Source Co.,Ltd
Keywords: Alternative Energies Oil/Energy Utilities New products/services