omniture

Trafigura Pte Ltd Lancarkan Program Perantis Perdagangan Komoditi Global di Singapura

Trafigura Pte Ltd
2017-11-09 03:29 622

SINGAPURA, 9 November 2017 /PRNewswire/ -- Trafigura Pte Ltd ("Trafigura"), salah satu daripada syarikat terkemuka perdagangan komoditi dan logistik bebas melancarkan program Perantis Perdagangan Komoditi Global yang disokong oleh Perusahaan Antarabangsa (IE) Singapura, agensi Kerajaan Singapura yang memacu perdagangan.

Hari ini, Trafigura menyambut kedatangan Ms Low Yen Ling, Setiausaha Kanan Parlimen, Kementerian Pendidikan & Kementerian Perdagangan dan Industri sebagai tetamu kehormat pada sebuah acara di pejabat perdagangan komoditinya di Singapura. Pelancaran ini dihadiri oleh Pengetua-pengetua Politeknik, Penasihat-penasihat Kerjaya, Ketua-ketua Maktab Rendah dan wakil-wakil pelajar.

Menerusi program perintis, syarikat akan menawarkan peluang kepada graduan A-level dan diploma untuk menyertai pejabatnya di Singapura, Geneva atau Houston dari Januari 2018 sebagai sebahagian daripada Program Perantis Perdagangan Komoditi Global yang berjalan selama setahun. Perantis program akan ikut serta dalam fungsi perniagaan (Meja TawaranOperasiKewangan DaganganBekalan Pertengahan atau HiliranPergudangan dan Logistik) dengan sistem sokongan yang mantap daripada staf yang berdedikasi, untuk membangunkan kemahiran dan daya saing yang diperlukan bagi membina kerjaya masing-masing dalam industri perdagangan komoditi. Tujuannya adalah untuk menyegerakan para perantis menyertai Program Graduan Global syarikat yang sangat kompetitif, membuka peluang masa hadapan tanpa had dalam Trafigura Group.

"Program perantis kami akan menunjukkan nilai kelayakan berasaskan kemahiran untuk pelajar kelulusan A-level dan diploma yang memilih untuk tidak ke universiti namun mempunyai minat mendalam terhadap laluan kerjaya yang memberi ganjaran menarik dan menyeronokkan," kata Encik Tan Chin Hwee, Ketua Pegawai Eksekutif Trafigura di Asia Pasifik.  "Ijazah universiti kini bukan lagi satu-satunya laluan kepada kerjaya menyeronokkan dalam industri komoditi."

Cik Amreeta Eng, Pengarah Kumpulan bagi Promosi Perdagangan IE Singapura berkata, "Singapura ialah hab perdagangan komoditi terkemuka di Asia dan pembangunan bakat akan menjadi pemacu utama pertumbuhan berterusan. Kami sangat berbesar hati kerana Trafigura telah melancarkan Program Perantis Perdagangan Komoditi Global di Singapura. Perantisan peringkat perusahaan ini melengkapi program-program latihan sedia ada yang telah kami tubuhkan dengan industri ini dan Institusi Pengajian Tinggi di Singapura, menambah peluang baharu kepada para pelajar untuk menyertai industri perdagangan komoditi dan memperteguhkan kumpulan bakat perdagangan."

Untuk maklumat lanjut mohon hubungi:

Pejabat Berita Global Trafigura - Tel: +41-22-592-45-28 atau media@trafigura.com

Atau - Joy Fong, Ruder Finn Asia - Tel: +65-6235-4495 atau fongj@RuderFinnAsia.com

Untuk maklumat lanjut berkenaan Program Perantis -- www.trafigura.com/apprenticeship

Untuk imej beresolusi tinggi lawati: https://www.flickr.com/photos/trafigura_images/

Nota kepada Editor

Ditubuhkan pada 1993, Trafigura merupakan salah satu daripada kumpulan perdagangan komoditi fizikal terbesar di dunia. Trafigura mendapatkan sumber, menyimpan, menghantar dan menyampaikan pelbagai bahan mentah (termasuk minyak, keluaran tertapis, logam dan galian) kepada pelanggan di seluruh dunia. Perniagaan komoditi disokong oleh aset industri dan kewangan, termasuk 49.6 peratus pemilikan dalam syarikat Puma Energy yang terlibat dengan penyimpanan dan pengedaran keluaran minyak global; terminal global, pengendali pergudangan dan logistik Impala Terminals; Mining Group Trafigura; 50 peratus pemilikan dalam DT Group yang mengkhusus dalam logistik dan perdagangan; dan Pengurusan Aset Galena. Syarikat ini dimiliki oleh sekitar 600 daripada 4,100 orang pekerjanya yang bekerja di 61 buah pejabat di 36 buah negara di seluruh dunia. Trafigura telah mencapai pertumbuhan cukup besar selama beberapa tahun ini, menambah pendapatan daripada USD12 bilion pada tahun 2003 kepada USD98.1 bilion pada tahun 2016. Syarikat telah menghubungkan pelanggannya kepada ekonomi global selama lebih daripada dua dekad, meningkatkan kemakmuran dengan cara memajukan perdagangan. Lawati: www.trafigura.com

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20171107/1985605-1LOGO

Source: Trafigura Pte Ltd
Keywords: Banking/Financial Service Education Transportation