omniture

Air China Umum Pelancaran Perkhidmatan Los Angeles-Shenzhen Baharu

Air China
2017-11-14 04:39 398

- Syarikat penerbangan kebangsaan eksklusif China teruskan usaha peluasan di Amerika Utara dengan perkhidmatan tambahan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles

LOS ANGELES, 14 November 2017 /PRNewswire/ -- Ahli Star Alliance Air China kini menambah laluan baharu kepada penerbangan Los Angeles-Beijing tiga kali sehari yang menghubungkan antara Silicon Beach di California Selatan dengan Silicon Valley China bermula pada 7 Disember 2017. Perkhidmatan tanpa henti tiga kali seminggu antara Los Angeles (LAX) dan Shenzhen (SZX) akan dikendalikan oleh pesawat Dreamliner terkini daripada syarikat penerbangan ini, Boeing 787-9. Ia akan menjadi perkhidmatan terus yang pertama di Los Angeles ke Bandar Masa Depan China.

"Dengan China sebagai rakan dagangan utama Los Angeles, kami komited untuk memperluas dan mengukuhkan hubungan ekonomi serta budaya antara kedua-dua negara. Perkhidmatan Los Angeles-Shenzhen tanpa henti baharu menggabungkan dua hab teknologi dan inovasi yang terkemuka di dunia," ujar Dr. Zhihang Chi, Naib Presiden dan Pengurus Besar Air China Amerika Utara.

Menurut Kerjasama Pembangunan Ekonomi Los Angeles County (LAEDC), kebanyakan pelaburan Cina dalam Amerika Syarikat berasal dari Wilayah Guangdong yang mencakupi Shenzhen dan Guangzhou.

Dr. Chi menambah, "Tidak lama lagi hubungan antara kedua-dua bandar ini lebih diperlukan berbanding saat ini apabila syarikat-syarikat teknologi tempatan China yang beribu pejabat di Shenzhen memperluas kehadiran mereka dan pelaburan di Amerika Syarikat. Perkhidmatan baharu ini menawarkan lebih banyak pilihan untuk pelancong perniagaan dan percutian yang mengunjungi Shenzhen dan Hong Kong yang hanya terletak sejauh 19 batu."

"Memandangkan perkhidmatan ini akan dikendalikan menggunakan pesawat Dreamliner terkini kami yang menyediakan kabin kelas ekonomi premium, kami yakin tambang yang kompetitif dan program yang berpatutan dan mudah dinaik taraf akan menjadi amat menarik untuk pengembara melancong ke Shenzhen, Hong Kong dan seterusnya. Selain ruang tambahan untuk kaki, penumpang ekonomi premium kami juga dapat menikmati peluang keutamaan menaiki pesawat dan perbatuan Phoenix yang lebih jauh, antara kemudahan lain."

Pesawat Dreamliner tiga kabin B787-9 daripada Air China menyediakan 30 tempat duduk dalam Capital Pavilion (kelas perniagaan), 34 tempat duduk dalam kelas ekonomi premium dan 229 tempat duduk ekonomi dengan jumlah keseluruhan 293 tempat duduk.

Jadual dan butiran lain untuk perkhidmatan baharu:

Penerbangan #

Destinasi Asal

Berlepas*

 Tiba*

Kekerapan

Pesawat

CA 769

Shenzhen-Los Angeles

23:30

20:00

Isnin, Khamis, Sabtu

B787-9

CA 770

Los Angeles-Shenzhen

22:50

5:40+2**

Isnin, Khamis, Sabtu

B787-9

Nota: * Semua dalam waktu tempatan. ** +2 = Dua hari. Hari dan waktu operasi tertakluk kepada
perubahan musim.

Pengumuman ini, yang terkini daripada Air China dalam siri usaha peluasan yang belum pernah dilaksanakan di Amerika Utara, menjadikan purata penerbangan diselaraskan mengikut musim kepada 150 penerbangan seminggu antara bandar-bandar seluruh wilayah dan China. Sejak tahun 2013, syarikat penerbangan negara China melancarkan laluan baharu setiap tahun.

Pada September 2016, Air China melancarkan perkhidmatan tanpa henti antara Shanghai (PVG) dan San Jose (SJC), perkhidmatan terus yang pertama antara Shanghai dan Amerika Utara. Pintu masuk lain ke A.S. dan Kanada oleh syarikat penerbangan antarabangsa ini menawarkan perkhidmatan tanpa henti ke Beijing dari Los Angeles, San Francisco, New York, Newark, Washington Dulles, Houston, Honolulu, Vancouver dan Montreal. 

Latar Belakang Air China

Sebagai ahli Star Alliance dan syarikat penerbangan kebangsaan eksklusif China, Air China ialah satu-satunya syarikat penerbangan yang diberikan keistimewaan untuk membolehkan bendera China dicat pada fiuslaj pesawatnya. Selain operasi komersialnya, ia turut menyediakan perkhidmatan penerbangan khas yang eksklusif untuk para pegawai kanan kerajaan China yang melakukan lawatan negeri ke negara-negara lain. Ia merupakan syarikat penerbangan Asia terbaik dari segi nilai jenama, menurut Brand Finance 2016. Selain itu, ia merupakan satu-satunya syarikat penerbangan dalam senarai terbaik 20 Jenama Cina Paling Penting Millward Brown 2016.

Dengan armada yang terdiri daripada 590 pesawat penumpang dan pengangkut barang, Air China menyediakan perkhidmatan untuk 174 bandar di 40 negara dan wilayah. Ia menyediakan akses ke 1330 destinasi di 193 negara melalui gabungan Star Alliance. Ia memegang saham yang menguasai dalam Air Macau, Shenzhen Airlines, Shandong Airlines, Dalian Airlines, Tibet Airlines, Beijing Airlines dan Air China Inner Mongolia Limited. Selepas Swire Group, Air China merupakan pemegang berkepentingan kedua terbesar dalam Cathay Pacific Airways.

Layari www.airchina.us atau hubungi talian 800-882-8122 bagi jualan dan tempahan.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20170522/1857452-1LOGO

 

Source: Air China
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Travel New products/services