omniture

Mondaine Persembah 'essence' - Pertama di Dunia, Dorong Industri Jam Tangan Jadi 'Lebih Baik'

Mondaine Watch Ltd.
2017-11-22 12:47 877

ZURICH, 22 November 2017 /PRNewswire/ -- Mondaine melancarkan inovasi antarabangsa dalam industri jam tangan dengan siri baharu 'essence'. Jam tangan pertama yang dicipta menggunakan komposit minyak jarak untuk selongsong, SBB essence Mondaine juga menggunakan getah asli untuk tali dan datang dengan selongsong yang boleh diguna semula diperbuat daripada PET yang dikitar semula. Berdasarkan percubaan ke atas bahan-bahan mentah kitar semula dan boleh diperbaharui, essence mengekalkan kewibawaan rekaan jam Swiss Railways yang sama, sambil mendorong jenama ini - dan industri jam tangan - untuk memikirkan cara untuk mewujudkan lebih kemampanan.

generated by system

generated by system

generated by system

Dengan SBB essence, Mondaine mempamerkan bukan sahaja semangat inovasi - sebagai syarikat jam tangan pertama yang cuba menggunakan minyak jarak dalam pembuatannya - tetapi juga memberikan isyarat yang jelas terhadap kelestarian dan meningkatkan penggunaan bahan-bahan yang mesra alam.

"Lebih Baik adalah Lebih Baik! Kami ingin membuat perkara yang lebih baik dan menunjukkan bahawa kelestarian juga boleh mencapai penggabungan visual dan teknikal yang sempurna dengan produk-produk yang memerlukan usaha dan perincian yang teliti, seperti jam tangan. essence direka untuk golongan yang semakin berkembang - mereka yang memilih untuk amalan kehidupan yang lebih berwaspada dari segi diet, tabiat membeli atau keazaman mereka untuk melindungi alam sekitar kita.  Kami bangga untuk melancarkan jam tangan yang diperbuat daripada komposit minyak jarak dengan kerjasama dengan BASF dan menyaksikannya sebagai permulaan yang kukuh ke arah pertumbuhan kemampanan. Percubaan kami ke atas bahan-bahan boleh diperbaharui dan kitar semula memberi manfaat tambahan dalam penciptaan jam tangan buatan Swiss, yang akan tersedia dengan harga CHF 170.00," Andre Bernheim, Ketua Pegawai Eksekutif Mondaine Watch Ltd., menerangkan.

'essence'- reka bentuk klasik yang semulajadi cantik 

Asas estetik SBB essence yang jelas dan menarik sama pentingnya dengan kematanan moden yang sebenar.  Meraikan cara pemikiran dan kehidupan yang mudah, ia menampilkan paparan ikonik jam kereta api Swiss yang anggun dan diperkemas, yang sememangnya terkenal bagi Mondaine.  Dalam gaya yang tak lapuk dek zaman, ia menggabungkan hasil kerja tangan Swiss yang klasik dengan kaedah pembuatan yang inovatif. Komposisi utama essence ialah bahan-bahan mentah yang boleh diperbaharui:  Selongsongnya diperbuat daripada 70% minyak jarak dan gentian kaca, dan tali jam diperbuatkan daripada kira-kira 40% getah asli. Mondaine mengambil pendekatan yang holistik terhadap idea kitaran sumber. Oleh itu, essence dibekalkan dalam kemasan lembut seakan-akan kain felt kelabu diperbuat daripada botol PET yang dikitar semula yang boleh digunakan semula sebagai selongsong perlindungan bagi telefon mudah alih, cermin mata gelap dan banyak lagi.

http://www.mondaine.ch/essence

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Compresso AG
Suzanne Nievergelt
Jenatschstrasse 5, 8002 Zurich
Telefon: +41-43-488-86-34
Emel: pr@compresso.ch
http://www.compresso.ch

Source: Mondaine Watch Ltd.
Keywords: Fashion Retail New products/services