omniture

Keluaran Ujian Beta Terbuka Rasmi Knives Out

NetEase Games
2017-11-27 11:28 448

Permainan Mudah Alih Disukai Ramai dengan Lebih 50 Juta Muat Turun Serata Dunia

GUANGZHOU, China, 27 November 2017 /PRNewswire/ -- Knives Out ialah permainan Pertempuran Besar-besaran mudah alih dibangunkan oleh syarikat permainan terkemuka China NetEase Games. Sejak dikeluarkan pada 3 November, permainan ini telah meraih populariti hebat dan dimuat turun lebih daripada 50 juta kali!

Sekarang, permainan ini mengeluarkan Ujian Beta Terbuka rasminya. Para peminat permainan video di seluruh dunia boleh memuat turun aplikasi ini daripada kedai aplikasi Apple atau Google dan mencuba permainan realistik Pertempuran Besar-besaran. Bagi menyediakan para pemain video dengan pengalaman bermain yang terbaik, permainan ini telah menambah pek bahasa Inggeris dan Jepun. Syarikat ini turut bekerja keras untuk menyegerakan penambahan bahasa yang lain.

Knives Out
Knives Out

Untuk mereka yang masih belum biasa dengan permainan ini, Knives Out menurunkan anda dan 99 pemain lain melalui udara ke sebuah pulau terpencil untuk bersemuka antara satu sama lain dalam persaingan yang sengit di mana anda mengumpul peralatan, melengkapkan diri dengan senjata, berlumba mengelakkan gas beracun yang tersebar, dan mengatasi pelbagai cabaran untuk mencapai sasaran yang sama: kekal hidup! 100 Pemain di Pulau Terpencil, Hanya Seorang Bakal Terus Hidup

Knives Out
Knives Out

Permainan ini mempunyai 6.4 km x 6.4 km wilayah yang dipetakan, paling besar antara permainan yang serupa dalam pasaran. Peta ini termasuk bandar-bandar, kampung-kampung, sungai-sungai, bukit-bukau, dan lain-lain rupa bumi yang dijana elok bagi menawarkan para pemain satu pengalaman permainan perjuangan untuk terus hidup yang realistik.

Knives Out
Knives Out

Permainan ini juga membenarkan mod berpasangan dan mod skuad taktikal. Para pemain boleh menyertai pasukan rakan-rakan dan menggunakan teknik mereka yang lebih maju, kebijaksanaan tanpa batasan, dan perkongsian lancar untuk menguasai belantara.

Knives Out
Knives Out

 

Knives Out
Knives Out

Knives Out juga menyediakan pelbagai pilihan senjata dan kenderaan yang luas. Sama ada refal, senapang tangan, senapang angin, jip, kereta keluarga, atau kenderaan lasak, para pemain boleh memilih peralatan yang paling sesuai untuk menguasai sebarang halangan di hadapan.

Knives Out
Knives Out

 

Knives Out
Knives Out

Pautan iOS: 
http://m.onelink.me/9eb87bd8

Pautan Google Play: 
http://m.onelink.me/9eb87bd8

Laman Sesawang Rasmi: 
http://knivesout.163.com/

Facebook (bahasa Inggeris):
https://www.facebook.com/KnivesOutGame/

Twitter (bahasa Jepun): 
https://twitter.com/GAME_KNIVES_OUT

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171124/1999851-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171124/1999851-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171124/1999851-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171124/1999851-1-d
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171124/1999851-1-e
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171124/1999851-1-f
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171124/1999851-1-g

Source: NetEase Games
Keywords: Electronics Gaming Computer Software Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment New products/services