omniture

Huawei dan Dongfeng, Hibrid Kereta-ICT

Huawei
2017-11-28 23:08 496

SHENZHEN, China, 28 November 2017 /PRNewswire/ -- "Mengimbau kembali tugas saya tahun lalu, banyak masa saya luangkan bersama pasukan Huawei." Dari segi produk dan penyelesaian, Huawei begitu pantas memberikan respons kepada keperluan pelanggan dan amat cekap dalam pengoptimuman produk. Setelah maklum balas dihantar kepada pasukan R&D, langkah-langkah segera diambil untuk pengoptimuman dalam lelaran versi. Menerusi kerjasama kakitangan, para pekerja Huawei mengendalikan perbezaan pendapat dengan amat baik, yang menjurus kepada tahap kecekapan kerja yang tinggi. Dalam masa yang sama, dalam proses kerjasama ini Dongfeng turut memperoleh pengalaman pengurusan yang bernilai daripada banyak projek hebat Huawei. Kini, kami dapat memanfaatkan pengetahuan ini dalam proses-proses projek dalaman kami. Atas sebab inilah kami percaya bahawa faedah yang kami perolehi menerusi jalinan kerjasama dengan Huawei adalah begitu besar sekali." --Qi Wei, Pengarah Perancangan IT Jabatan Maklumat Organisasi Dongfeng Motor Group

Dongfeng berganding bahu dengan Huawei pada tahun 2015 untuk melaksanakan projek rintis awan persendirian dalaman pertama mereka. Mereka beralih daripada pusat-pusat data tradisional kepada pusat-pusat data awan bagi memenuhi keperluan perkhidmatan peribadi melibatkan lebih 300 subsidiari syarikat.

Latar Belakang Pelanggan

Dongfeng motor group ditubuhkan pada tahun 1969 dan ia merupakan salah satu perusahaan tulang belakang China dalam industri kereta. Perniagaan syarikat teragih di empat pangkalan: Shiyang, Xiangyang, Wuhan, dan Guangzhou. Syarikat menyediakan susun atur perniagaan yang "berpangkalan di Hubei, mempengaruhi seluruh negara, menghadapi dunia". Dongfeng menduduki tempat ke-109 dalam senarai Fortune Global 500.

Cabaran

Terjejas akibat kemerosotan makroekonomi yang berlaku baru-baru ini dan juga faktor-faktor lain, sektor pembuatan China umumnya jatuh. Dongfeng Motors menghadapi banyak tekanan akibat pertumbuhan yang lembab dan pelarasan struktur.

Oleh yang demikian, Dongfeng Group turut menyediakan rancangan lima tahun ke-13 mereka yang sepadan. Dari segi informatisasi, syarikat menyarankan untuk menggunakan teknologi pengkomputeran awan bagi melaksanakan pusat data SDN yang menyediakan perkhidmatan sokongan untuk informatisasi perkhidmatan keseluruhan syarikat. Ini termasuk:

Syarikat mengawal seluruh strategi pendigitan perkhidmatan dengan menubuhkan seluruh gudang digital syarikat berkenaan dan menjalankan analisis Data Besar untuk semua data, dan akhir sekali menyediakan perkhidmatan sokongan yang sepadan untuk kawalan syarikat.

Dari segi pendigitan semua perkhidmatan rantaian yang strategik, sokongan yang baik disediakan untuk pembangunan perkhidmatan tradisional seperti pengeluaran, pemasaran, pembelian dan pembiayaan dalam semua domain Dongfeng Motors Group.

Sokongan informatisasi disediakan demi memberi tindak balas pantas terhadap perubahan dalam kereta pintar dan kereta terhubung-rangkaian di tengah-tengah gelombang Internet.

Penyelesaian

Dari segi transformasi perkhidmatan, Dongfeng Motors Group terus menginovasi model perniagaan mereka bagi menggalakkan penyepaduan yang mendalam antara kenderaan dan Internet. Demi memenuhi keperluan individu melibatkan lebih 300 subsidiari syarikat dan memindahkan pusat-pusat data tradisional kepada infrastruktur awan, Dongfeng berganding bahu dengan Huawei pada tahun 2015 dan membangunkan projek rintis awan persendirian dalaman yang pertama. Kini, keputusan awal sudahpun tercapai. Keputusan berkenaan boleh diperlihatkan dalam empat aspek berikut:

Awan persendirian bertindak balas segera terhadap keperluan perkhidmatan:

Pertama sekali, syarikat memerlukan awan persendirian yang berupaya mencapai kadar operasi yang berprestasi tinggi, yang membolehkan perkhidmatan berjalan dengan lebih lancar, aplikasi-aplikasi menjadi lebih anjal dan juga tindak balas yang pantas dapat diberikan apabila perubahan berlaku dari segi bilangan pengguna dan keperluan perkhidmatan. Penyelesaian pusat data awan Huawei menyediakan perkhidmatan pusat data maya berpusatkan perkhidmatan (VDC) yang sepadan dengan struktur sedia ada. Pengasingan logik melibatkan VDC yang berbeza memastikan tahap kebebasan berkecekapan tinggi bagi jabatan-jabatan tahap-2. Melalui usaha-usaha pasukan operasi IT, sudahpun terdapat lebih 10 subsidiari yang boleh menggunakan perkhidmatan pengkomputeran awan melalui operasi VDC, menggalakkan lagi penyediaan asas yang baik untuk perkhidmatan pengkomputeran awan.

Platform pengurusan automatik dan bersepadu yang divisualisasi:

Buat sekian lama, pengurusan operasi pusat data perlu melabur jumlah tenaga kerja yang ramai, namun kerja-kerja penyelenggaraan masih belum siap sepenuhnya. Pusat data awan Huawei menyediakan platform pengurusan automatik dan bersepadu yang divisualisasi, meningkatkan tahap kecekapan dan kualiti O&M dengan ketara. Dalam masa yang sama, faedah-faedah pembinaan berpusat termasuk peningkatan penggunaan sumber dan O&M yang ringkas. Setelah menjalankan anggaran awal, kos IT keseluruhan syarikat menurun sebanyak 30%. Tatkala kerja-kerja untuk peringkat-peringkat seterusnya terus meningkat maju, semuanya menunjukkan bahawa masih ada harapan untuk peningkatan yang berterusan.

Jaminan keselamatan E2E:

Kebimbangan paling besar Dongfeng Group ialah keselamatan awan. Pusat data awan Huawei menyediakan jaminan keselamatan E2E daripada sisi platform pengguna, rangkaian, data dan awan, menjamin sepenuhnya seluruh seni bina, data perusahaan dan perkhidmatan yang disediakan juga selamat.

Seni bina tertumpu dan terbuka:

Akhir sekali, sistem operasi awan FusionSphere Huawei dibangunkan berasaskan seni bina terbuka OpenStack. Seluruh sistem menyediakan fungsi-fungsi virtualisasi dan pengurusan himpunan sumber yang hebat, komponen dan instrumen perkhidmatan berasaskan awan yang banyak, serta antara muka API yang terbuka khusus untuk pengkomputeran dan pengoptimuman awan. Ia menyokong hipervisor heterogen dan akses peranti perkakasan secara meluas. Ini mematuhi keperluan seni bina tertumpu dan terbuka yang amat penting untuk Dongfeng Group, demi mencapai perlindungan terhadap pelaburan sedia ada dan mempertimbangkan keserasian dengan pembangunan masa depan.

Faedah Pelanggan

Dongfeng melihat bahawa apabila memilih untuk bekerjasama dengan Huawei mereka merebut peluang Internet, pengupayaan kecerdasan, Data Besar, pemanduan berautonomi dan peluang-peluang strategik lain yang dibawakan oleh industri-industri baru muncul, dan melaksanakan inisiatif dalam gelombang baharu revolusi perindustrian. Bagi Huawei, jalinan kerjasama dengan Dongfeng akan membantu mengukuhkan kedudukan Huawei secara berperingkat-peringkat dalam domain IoV, di samping terus memperluas penggunaan produk dan teknologi Huawei dalam domain kenderaan.

Selaku penyedia penyelesaian ICT global yang terkemuka, Huawei memiliki pemahaman yang tinggi terhadap pasaran, kelebihan R&D yang mantap, pengaruh jenama yang luas serta keupayaan jaminan perkhidmatan yang menyeluruh. Dalam domain IoV dan kenderaan pintar, Huawei telah mula bertapak lama dahulu, dan bertekad untuk menjadi perusahaan utama untuk modul-modul IoV.

Setakat ini, 197 syarikat dalam senarai Fortune Global 500 dan 45 daripada 100 perusahaan terbaik memilih Huawei sebagai rakan kongsi mereka bagi tujuan transformasi digital. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Huawei dalam membantu perusahaan-perusahaan mencapai usaha transformasi digital, sila layari:

http://e.huawei.com/topic/leading-new-ict-en/index.html?utm_campaign=lni17-minisiteen&utm_medium=hwdc&utm_source=ebghome-en&source=eebghq175155l

Source: Huawei
Keywords: Auto Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment