omniture

PT Rintis Sejahtera Bekerjasama dengan UnionPay International Keluarkan Kad Debit Berasaskan Teknologi Cip di Seluruh Negara

UnionPay International
2017-12-01 18:02 774

JAKARTA, Indonesia, 30 November 2017 /PRNewswire/ -- Institusi pertukaran ATM tempatan, PT Rintis Sejahtera (Rintis) dan rangkaian pembayaran global UnionPay International (UPI) menandatangani rangka kerja kolaborasi untuk mengeluarkan kad debit berasaskan teknologi cip secara kolektif di Indonesia. Kolaborasi ini akan membuka laluan kepada UPI untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam membantu Rintis dan industri pembayaran tempatan menaik taraf infrastruktur pembayaran mereka, dan memperkenalkan mod pembayaran elektronik baharu kepada pengguna dan perniagaan tempatan, memandangkan ASEAN mempercepatkan pacuan ke arah masyarakat tanpa tunai.

(From left) Abraham J. Adriaansz, Corporate Strategy & Development Director, PT RINTIS Sejahtera; Iwan Setiawan, President Director, PT Rintis Sejahtera; Cai Jianbo, CEO of UnionPay International and Yang Wenhui, General Manager for Southeast Asia, UnionPay International
(From left) Abraham J. Adriaansz, Corporate Strategy & Development Director, PT RINTIS Sejahtera; Iwan Setiawan, President Director, PT Rintis Sejahtera; Cai Jianbo, CEO of UnionPay International and Yang Wenhui, General Manager for Southeast Asia, UnionPay International

Sebagai peluasan perjanjian pelesenan kad cip yang ditandatangani antara UnionPay International dan tujuh institusi anggota Rangkaian Pembayaran Asia (APN), termasuk Rintis, tahun lalu, perjanjian baharu ini akan memperbesarkan skop kerjasama antara kedua-dua pihak dan menandakan penerbitan jenama bersama kad debit PRIMA-UnionPay pertama berasaskan teknologi kad cip UnionPay di negara ini.

Dengan sebahagian besar kad debit tempatan masih menggunakan teknologi jalur magnetik, teknologi kad cip UnionPay menambah lapisan keselamatan kepada prosedur pemprosesan bayaran, mencegah penyalinan kad dan data pengguna. Tambahan pula, dengan pengizinan berasaskan PIN, kad debit berjenama bersama PRIMA-UnionPay membolehkan transaksi dibuat dengan lebih selamat, membuka peluang bagi kad untuk digunakan bagi pembelian dalam talian dan beberapa mod pembayaran elektronik baharu lain untuk diperkenalkan pada masa akan datang. 

"Penandatanganan perjanjian dengan UPI ini merupakan langkah penting untuk memulakan kolaborasi ini. Komitmen dan semangat pasukan Rintis untuk kerjasama ini semakin kukuh, dan ketika kami merancang untuk memulakan usaha bersama kami dengan bank anggota terpilih pada suku pertama 2018, kami juga ingin meneruskan UPI di bidang pembayaran digital, bermula dengan bukti konsep pembayaran Kod QR pada awal tahun 2018," kata Iwan Setiawan, Pengarah Presiden, PT Rintis Sejahtera.

"Perkongsian antara Rintis dan UPI ini merupakan kemenangan besar bagi kedua-dua pihak. Pertama, semasa industri pembayaran di Indonesia sedang mengalami transformasi, UPI, dengan jejak global di 162 buah negara dan wilayah, mampu menyediakan kepakaran kami dalam produk-produk pembayaran, perkhidmatan, teknologi dan rangkaian untuk membantu industri tempatan menambah baik infrastruktur pembayaran dan kedudukan mereka di masa akan datang. Kedua, dengan pengenalan kad debit berjenama bersama PRIMA-UnionPay pada skala yang besar, ia akan membolehkan lebih ramai orang untuk meraih manfaat membayar dengan kad-kad UnionPay, dan membolehkan kami untuk memperdalamkan pemahaman dan perkongsian kami dengan bank-bank tempatan untuk berkhidmat kepada pengguna dengan lebih baik," kata Cai Jianbao, Ketua Pegawai Eksekutif, UnionPay International.

Kini, kad UnionPay diterima di hampir semua ATM dan pedagang dan pusat beli-belah di Indonesia seperti DFS, Dufry, Grand Indonesia, Indomaret, Metro, Plaza Indonesia, Sogo dan lain-lain. Di peringkat global, lebih daripada 45 juta pedagang dan 2.55 juta ATM di seluruh dunia menerima kad UnionPay. Dengan kad debit PRIMA-UnionPay baharu, pengguna di Indonesia boleh menikmati peningkatan kemudahan pembayaran apabila membuat pembelian tempatan dan di seluruh dunia. Selain itu, dengan lebih daripada 1,400 keistimewaan eksklusif kad UnionPay tersedia di pedagang rakan kongsi di seluruh dunia, Pemegang Kad boleh mendapat penjimatan lebih besar apabila mereka membeli-belah dengan kad UnionPay mereka ke mana sahaja mereka pergi.

Latar Belakang UnionPay International

UnionPay International mengkhusus kepada perniagaan antarabangsa UnionPay, rangkaian pembayaran global yang melayan pangkalan Pemegang Kad terbesar dunia. Dengan lebih daripada 6.3 bilion kad UnionPay dikeluarkan di 162 buah negara dan wilayah, lebih 45 juta pedagang dan 2.55 juta ATM menerima kad kami di seluruh dunia, UnionPay kini merupakan salah sebuah rangkaian pembayaran yang pesat berkembang di dunia.

Sebagai sebuah syarikat dengan rangkaian penerimaan global dan pelbagai perkhidmatan pembayaran bertaraf dunia, UnionPay bertekad untuk menyediakan akses kepada nilai dan penyelesaian pembayaran yang selamat yang disesuaikan mengikut keperluan pasaran tempatan, untuk membolehkann pilihan dan kemudahan pembayaran untuk pengguna dan perniagaan.

Di Asia Tenggara, UnionPay telah mendayakan ATM, penerimaan POS dan pengeluaran kad di semua 10 buah negara. Di Indonesia, rakan kongsi UPI Bank Mandiri, Bank Sinarmas, BCA, BOC, Bukopin, Indopay, Rintis dan lain-lain untuk menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan pembayaran. Untuk maklumat lanjut, layari www.unionpayintl.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171130/2004111-1

Source: UnionPay International
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce