omniture

Surbana Jurong Group perkukuh keupayaan bandar mewah dengan pemerolehan Robert Bird Group

Surbana Jurong Private Limited
2017-12-06 14:04 795

SINGAPURA, 6 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Surbana Jurong Private Limited (Surbana Jurong) hari ini mengumumkan ia telah memeterai satu Perjanjian Jual Beli bagi memperoleh 100% kepentingan dalam Robert Bird Group (RBG). Pemerolehan ini dijangka selesai pada awal Disember ini, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang dipenuhi.

Ditubuhkan pada tahun 1982, RBG ialah sebuah firma perunding kejuruteraan bertaraf global milik persendirian, beribu pejabat di Australia dan mempunyai pejabat-pejabat di United Kingdom, Emiriah Arab Bersatu dan Asia Tenggara. Ia terkenal dengan penyediaan perkhidmatan berstruktur, sivil dan pembinaan untuk projek-projek kompleks yang ikonik, termasuk Pusat Beli Belah Westfield London, menara ICD Brookfield Place Dubai dan menara One Central Park Sydney selain pembangunan Darling Harbour Live.

Pemerolehan RBG akan terus mengukuhkan keupayaan pembangunan bandar Surbana Jurong Group dan meluaskan capaian geografinya, merapatkan jurang pasaran sedia ada Syarikat dan mewujudkan lebih banyak sinergi untuk perniagaan bandar dan infrastrukturnya.

Pemerolehan terkini ini meneruskan strategi pertumbuhan Surbana Jurong Group, ekoran pemerolehan firma perunding infrastruktur yang berpangkalan di Australia, SMEC Holdings Ltd tahun lalu. RBG menambah perniagaan sedia ada Syarikat, mengukuhkan lagi proposisi rantaian nilai yang lengkap untuk para pelanggannya.

"Strategi pertumbuhan Surbana Jurong Group adalah untuk mengukuhkan keupayaan teras kami dan meluaskan capaian pasaran kami, agar kami dapat mencipta lebih banyak peluang yang menarik untuk semua. Saya berasa teruja untuk mengalu-alukan Robert Bird Group ke dalam kumpulan syarikat Surbana Jurong Group tatkala RBG mengukuhkan keupayaan kejuruteraan teras Surbana Jurong, dalam kedua-dua aspek kejuruteraan rekaan dan pembinaan. Set kemahiran kejuruteraan termaju yang sedemikian akan mengukuhkan kelebihan kami untuk bersaing dan mendapatkan projek pembangunan yang sofistikated dan kompleks. Padanan pelengkap yang mantap antara perniagaan-perniagaan kami menunjukkan kami dapat menawarkan segera suit perkhidmatan rantai nilai yang lengkap kepada pelanggan kami, bukan sahaja dalam pasaran-pasaran utama kami iaitu Singapura dan Australia, tetapi kini lebih daripada biasa, dalam lebih banyak pasaran seluruh dunia," kata Wong Heang Fine, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Surbana Jurong Private Limited.   

Beliau menambah, "Sejak penubuhannya pada pertengahan tahun 2015, Surbana Jurong Group berkembang tiga kali ganda, dari segi kumpulan bakat dan pendapatan. Pertumbuhan Syarikat bersifat semulajadi selain melalui pemerolehan dan juga perkongsian. Peluang memanfaatkan kekuatan syarikat-syarikat rakan kongsi kami membolehkan kami meninjau sektor-sektor pertumbuhan utama. Dalam masa yang sama, ia menyediakan satu platform untuk membawakan perancangan bandar, kejuruteraan pantai, perbandaran dan keupayaan lain ke peringkat global. Hari ini menandakan fasa pertumbuhan seterusnya tatkala kami berusaha mengglobalisasikan dan mengubah peniagaan kami selanjutnya."

Pengasas dan Pengerusi RBG, Robert Bird berkata, "Perjanjian ini memperlihatkan peringkat pertumbuhan Robert Bird Group yang seterusnya, dengan hubungan yang lebih erat bersama Surbana Jurong dapat memberikan kami peluang untuk mengakses projek-projek baharu di seluruh dunia demi kumpulan pelanggan yang lebih luas. Kami juga melihat peluang ini sebagai satu padanan semula jadi hasil sinergi kedua-dua perniagaan kami dari segi geografi, kecekapan dan pelanggan. Dalam masa yang sama, dengan menyertai jaringan Surbana Jurong memberikan Robert Bird Group akses yang lebih luas kepada modal, sumber yang lebih hebat dan skala yang lebih luas. Ini hanya akan meningkatkan keupayaan kami dalam mendapatkan projek-projek nasional dan antarabangsa baharu serta akan membuka peluang kepada pertumbuhan selanjutnya untuk firma kami di seluruh Asia dan juga Afrika."

Sebelum menyertai Surbana Jurong Group, RBG bekerjasama dengan jayanya bersama Surbana Jurong pada masa lalu termasuk untuk Westin Hotel Darwin dan Projek Peningkatan Logan Kerajaan Queensland. Kedua-dua syarikat turut menjadi rakan kongsi dalam tender-tender bersama.

Latar Belakang Surbana Jurong Private Limited

Surbana Jurong Private Limited (SJ) ialah salah satu firma perunding bandar, perindustrian dan infrastruktur terbesar yang berpangkalan di Asia. Memanfaatkan teknologi dan kreativiti, SJ menyediakan penyelesaian perundingan sehenti merentasi seluruh rantaian nilai bagi domain perbandaran, pengindustrian dan infrastruktur.

Beribu pejabat di Singapura, SJ Group mempunyai tenaga kerja global seramai 13,000 kakitangan di 113 pejabat merentasi 44 negara di Asia, Australia, Timur Tengah, Afrika dan benua Amerika, dengan pusing ganti tahunan mencecah sekitar S$1.3 bilion.

SJ memegang rekod prestasi selama lebih 50 tahun, dan membina lebih satu juta rumah di Singapura, mencipta pelan induk untuk lebih 30 negara selain membangunkan lebih 50 taman perindustrian di seluruh dunia.

Cogan kata SJ 'Bangunkan Bandar, Bentukkan Kehidupan' memperlihatkan kepercayaannya bahawa pembangunan adalah lebih daripada sekadar keluli dan konkrit. SJ mencipta ruang dan mereka infrastruktur yang membolehkan orang ramai menginap, bekerja dan bermain, membentuk bandar-bandar menjadi kediaman dengan pekerjaan yang boleh dikekalkan, yang mendayakan komuniti dan perniagaan berkembang maju.

Latar Belakang Robert Bird Group

Robert Bird Group ialah sebuah firma pakar perunding kejuruteraan yang menggaji lebih 500 kakitangan di lebih 10 pejabat yang terletak di seluruh dunia. Visinya adalah "usaha berterusan terhadap kecemerlangan kejuruteraan"; memahami keperluan pelanggan dan menjadi bahagian penting dalam merealisasikan visi mereka, adalah sesuatu yang ingin yang dicapai oleh Syarikat saban hari.

Ia menawarkan perkhidmatan perundingan kejuruteraan merentasi lima bidang dalam persekitaran binaan; Kejuruteraan struktur; Kejuruteraan awam; Kejuruteraan pembinaan; Kejuruteraan geoteknikal (UK sahaja); Kejuruteraan digital (Pengurusan BIM, Visualisasi 4D dan Reka Bentuk Digital). Perkhidmatan-perkhidmatan ini ditawarkan sebagai disiplin tunggal yang lengkap atau dipakejkan untuk disesuaikan dengan sebarang keperluan pelanggan individu, dalam kebanyakan sektor bangunan dan infrastruktur, termasuk projek-projek awam dan swasta yang terdiri daripada semua jenis dan saiz.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Surbana Jurong

Sharolyn Choy 
Ketua Pegawai Komunikasi & Penjenamaan Kumpulan
T: +65-6248-1830  M: +65-9662-3409  E: Sharolyn.ChoyWF@surbanajurong.com

Robert Bird Group

Lilli Fender  
Ketua Komunikasi & Kreativiti Syarikat
T: +61 (07) 3319 2777 E: lilli.fender@robertbird.com

One Central Park Sydney - Satu Projek Robert Bird Group
One Central Park Sydney - Satu Projek Robert Bird Group

 

SAFRA Community Club Singapore – Satu Projek Surbana Jurong
SAFRA Community Club Singapore – Satu Projek Surbana Jurong

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171129/2003014-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171129/2003014-1-b

Source: Surbana Jurong Private Limited
Keywords: Construction/Building Real Estate Acquisitions, mergers, takeovers