omniture

Pioneer tawar nilai tiada tandingan menerusi penerima multimedia kereta siri-A terkini

Pioneer Electronics Asia Centre
2017-12-11 10:14 713

BANGKOK, SINGAPURA dan JAKARTA, Indonesia, 11 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Pioneer Electronics Asia Centre, peneraju bagi audio kereta pasaran selepas jualan, hari ini mengumumkan pelancaran AVH-A205BT dan AVH-A105DVD. Kedua-dua model ini merupakan penerima multimedia terkini dalam siri (A) canggih, yang memberikan pemandu dengan nilai yang lebih hebat dengan ciri-ciri yang amat dicari-cari, kesemuanya dalam pakej yang mesra pengguna dan bergaya.

AVH-A205BT
AVH-A205BT

"Jualan kenderaan bermotor semakin berkembang di seluruh ASEAN dengan peningkatan setakat ini berbanding tahun sebelumnya sebanyak 5.56%. Hasilnya, permintaan terhadap hiburan dalam kereta yang benar-benar melonjak lebih tinggi berbanding sebelum ini," kata En. Takao Chiba, Timbalan Pengurus Besar Bahagian Perancangan dan Pemasaran Produk, Pioneer Electronics Asia Centre. "Siri-A baharu ini menyerlahkan dunia hiburan serba baharu untuk pemandu, menyediakan kualiti bunyi yang bertambah baik dan sokongan natif untuk lebih banyak format video berbanding kebanyakan model yang dipasang di kilang.

Berikut merupakan ciri-ciri utama penerima multimedia Pioneer baharu ini:

LEBIH INTUITIF DAN MUDAH

Pengendalian penerima multimedia ini ialah suatu yang menyeronokkan memandangkan ia lebih mesra pengguna berbanding sebelum ini. Pioneer bukan sekadar meningkatkan antara muka pengguna (UI) grafik dengan ikon yang lebih besar dan bar menu atas-permintaan, tetapi turut mengguna pakai teknologi pemetaan "titik-ke-titik" (piksel satu-kepada-satu) untuk skrin sentuh 6.2-inci, memberikan UI ultra-tajam yang membolehkan kawalan sepenuhnya oleh pemandu.

Penukaran Bluetooth terus pada AVH-A205BT boleh digunakan untuk menukarkan antara sumber Bluetooth, dengan mudah dan pantas untuk sehingga tiga telefon pintar yang serasi, dengan hanya menekan ikon pada skrin. Tidak lagi menggunakan protokol Aksesori Terbuka Android (AOA) untuk operasi USB, kedua-dua model ini menyokong Protokol Pemindahan Media (MTP) merata, yang menjadikannya serasi dengan lebih banyak peranti.

TAHAP KEBOLEHSESUAIAN BAHARU

Tatkala kebanyakan penerima yang setara mempunyai penyama grafik lima jalur (GEQ), AVH-A205BT dan AVH-A105DVD menonjol dengan GEQ 13-jalur yang benar-benar serba guna. Berserta tetapan canggih yang lain seperti penjajaran pelintas dan masa, tetapan ini memberikan pemandu dengan keanjalan yang lebih hebat agar dapat menyesuaikan output bunyi mengikut kecenderungan mereka. Turut disediakan ialah lebih banyak hiasan latar belakang yang boleh dipilih oleh pengguna, dipilih khas untuk siri ini dan dipramuat oleh pihak syarikat.

MENARIK & BERGAYA MODEN

Reka bentuk prisma yang dikemas kini, digabungkan dengan latar belakang biru lembut dan serlahan krom, memberikan penerima ini rupa yang bergaya dan moden yang segar. Akhir sekali, bagi memberikan sedikit kilauan, Pioneer menambah lima warna latar belakang untuk UI dan iluminasi RGB yang boleh disesuaikan, yang sebelum ini disediakan hanya untuk model-model yang lebih canggih.

Penerima multimedia siri-A Pioneer baharu kini boleh didapati daripada pengedar-pengedar sah Pioneer.

Imej-imej resolusi tinggi boleh dimuat turun di sini: https://www.dropbox.com/sh/31a1ay2c6jkxifu/AABPrmAHdb0TTlp_o5hL_ia0a?dl=0

Untuk maklumat terkini tentang produk-produk ini, sila layari halaman Facebook Pioneer Car Entertainment di www.facebook.com/PioneerCarEntertainment/.

Nota-nota tambahan:

i.                Jangan gunakan sistem Pioneer anda jika penggunaannya akan mengalih perhatian anda dengan apa jua cara daripada mengendalikan kenderaan secara selamat. Sentiasa patuhi peraturan pemanduan selamat. Di sesetengah negara, penggunaan sesetengah peranti sewaktu memandu mungkin menyalahi undang-undang. Sekiranya peraturan sedemikian terpakai, ia mestilah dipatuhi.

ii.               Penerima Multimedia Pioneer serasi dengan telefon pintar Android dan iPhone tertentu sahaja.

iii.               Fungsi Bluetooth® memerlukan telefon mudah alih didayakan Bluetooth yang serasi.

iv.              Ciri-ciri Bluetooth mungkin tidak disokong oleh semua peranti didayakan Bluetooth yang serasi, dan/atau fungsi ciri-ciri sedemikian mungkin terhad dalam peranti tertentu atau syarikat telekomunikasi tanpa wayar tertentu.

v.               Pioneer tidak menjamin keserasian dengan semua peranti storan besar USB, dan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan data pada pemain media, telefon pintar, atau peranti lain ketika menggunakan penerima tersebut.

vi.              Maklumat untuk menghubungkan telefon pintar Android dengan USB Type-C™ kepada penerima Pioneer - Bagi penerima audio dan multimedia yang mempunyai ciri-ciri main balik media Android dan kawalan melalui AOA dan/atau MTP, disyorkan agar penerima audio atau multimedia disambungkan terus kepada telefon hanya menggunakan CD-CU50, atau kabel USB Type-A kepada USB Type-C™ yang diperakui (sebaik-baiknya ukuran panjang kurang daripada 1 m). Bagi penerima AV dengan ciri-ciri Android Auto, disyorkan agar penerima AV disambungkan terus kepada telefon menggunakan kabel sambungan USB Type-A yang dibekalkan oleh Pioneer dan CD-CU50, atau hanya CD-CU50, atau kabel USB Type-A kepada USB Type-C™ yang diperakui (sebaik-baiknya ukuran panjang kurang daripada 1 m). Dalam sesetengah situasi, sambungan antara penerima Pioneer dan telefon menggunakan kabel USB Type-C™ konvensional mungkin tidak berfungsi.

vii.             Android, Android Auto dan tanda lain merupakan tanda dagangan Google Inc. Robot Android dikeluarkan semula atau diubah suai daripada hasil kerja yang dibuat dan dikongsi oleh Google dan digunakan menurut terma-terma yang dinyatakan dalam Lesen Atribusi 3.0 Creative Commons.

viii.             BLUETOOTH ialah tanda dagangan berdaftar Bluetooth SIG, Inc.

ix.              Semua jenama lain, nama produk atau logo mungkin merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar pemilik masing-masing.

Latar Belakang Pioneer Electronics AsiaCentre (PAC) Pte. Ltd.

Ibu pejabat serantau Pioneer Corporation sejak tahun 1992, perniagaan teras Pioneer ialah dalam audio visual kereta. Pioneer bermatlamat untuk menjadi pengeluar dan pembekal pasaran selepas jualan yang utama untuk jenama-jenama kereta terkemuka, menyediakan penyelesaian maklumat hibur yang komprehensif di dalam kereta, dengan membangunkan peranti generasi seterusnya dan perkhidmatan awan yang bersifat inovatif untuk pasaran kereta terhubung yang semakin berkembang. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pioneer.com.sg

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171127/2000886-1 
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20170608/1871433-1LOGO

 

 

Source: Pioneer Electronics Asia Centre
Keywords: Auto Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet New products/services