omniture

JOOX berganding bahu dengan "Arena of Valor" demi pengalaman muzik dan pengembaraan unik!

JOOX
2017-12-22 16:42 568

JAKARTA, Indonesia, KUALA LUMPUR, Malaysia dan BANGKOK, 22 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Berita hebat untuk pemain-pemain yang taksub bermain Arena of Valor (AOV), arena pertarungan mudah alih (MOBA) berbilang pemain 5v5 yang epik yang semakin menguasai Asia dan Amerika!

Dengari dan kongsikan muzik epic dan pengembaraan AOV yang menakjubkan menerusi JOOX untuk peluang membawa pulang pek barangan AOV edisi khas.
Dengari dan kongsikan muzik epic dan pengembaraan AOV yang menakjubkan menerusi JOOX untuk peluang membawa pulang pek barangan AOV edisi khas.

Pengguna-pengguna JOOX Indonesia, Malaysia dan Thailand berpeluang mencari cara baharu untuk menikmati pertarungan dalam talian mereka menerusi peluang untuk menebus pek barangan AOV edisi khas apabila mereka berkongsi senarai lagu OST AOV JOOX bersama rakan-rakan mereka!

Seolah-olah pertarungan menarik dan usaha pencarian terhadap dominasi masih belum cukup untuk mengujakan para pemain, AOV menampilkan muzik yang digubah oleh komposer dan penerbit skor filem yang memenangi pelbagai anugerah Hans Zimmer, yang turut menggubah skor epik yang rancak untuk filem-filem blokbuster seperti Interstellar, Batman V Superman: Dawn of Justice dan The Dark Knight Trilogy.

AOV digelar oleh syarikat media permainan video IGN sebagai "permainan paling popular di dunia". Wira-wiranya yang unik dan kuat, termasuk Batman DC Comics, boleh dikuasai oleh pemain untuk mencipta pasukan yang paling mendominasi dalam dunia MOBA.

Dengar dan kongsikan muzik epik serta pengembaraan hebat AOV melalui JOOX bagi mendapat peluang untuk membawa pulang pek barangan AOV edisi khas. Untuk butiran lanjut, sila lawati pautan berikut:

Negara

Tempoh Promosi

URL Promosi

Malaysia

Mulai sekarang hingga 25 Disember 2017

http://bit.ly/2kqtJTG

Thailand

Mulai sekarang hingga 25 Disember 2017

http://bit.ly/2kqtSXe

Indonesia

Mulai sekarang hingga 1 Januari 2018

http://bit.ly/2CJAGpQ

Nantikan lebih banyak promosi menarik yang dibawakan untuk anda oleh JOOX! Sementara itu, nikmati muzik kegemaran anda dan persembahan langsung secara percuma sekarang dengan memuat turun JOOX melalui Apple App Store dan Google Play Store, atau dengan melayari laman sesawang JOOX http://www.joox.com/.

Muat turun sekarang untuk memulakan perjalanan muzik premium anda hari ini!

Latar Belakang JOOX

JOOX ialah aplikasi muzik percuma yang dihasilkan untuk peminat muzik. Dengan pustaka lagu-lagu hit yang luas dari seluruh dunia, JOOX menghubungkan anda dengan artis kegemaran anda, lagu, album dan senarai main yang diperibadikan. Para pengguna berpeluang menemui muzik baharu yang hebat menerusi lagu-lagu yang dicadangkan serta stesen radio yang menepati minat dan mood anda.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171221/2020405-1

 

 

Source: JOOX
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Entertainment Mobile Entertainment Music New products/services