SHANGHAI, 9 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Meneruskan kejayaannya pada tahun 2017, Pameran Hiasan Bangunan Antarabangsa China (Pameran CBD) bakal kembali ke Pusat Konvensyen dan Pameran Kebangsaan Shanghai mulai 21-23 Mac 2018 bersama lebih 400 perusahaan global.
CBD-IBCFT (Shanghai) ialah lanjutan daripada Pameran CBD asal di Guangzhou yang merupakan pameran hiasan bangunan terbesar dunia. Pada tahun 2017, Pameran CBD (Guangzhou) mencakupi kawasan pameran berkeluasan 390,000m2 bersama 916,013 peserta semasa ia berlangsung mulai 8-11 Julai. Pada Mac kali ini, CBD-IBCTF (Shanghai) akan menghimpunkan semua jenama terhebat dalam sektor bangunan dan hiasan, termasuk Suofeiya, WISION dan PIANO dalam kawasan pameran berkeluasan 80,000m2.
Kemuncak pameran termasuk:
Tahun ini, CBD-IBCFT (Shanghai) akan memperkenalkan teknologi-teknologi canggih bagi kunci pintar dan sistem penyangkut pintar daripada jenama-jenama terkemuka, termasuk Samsung dan TENON.
"Dengan saiz pasaran rumah pintar global yang dianggar mencecah US$ 122 bilion menjelang tahun 2022, ia merupakan segmen pertumbuhan terbesar bagi industri hiasan rumah, dan memberi banyak peluang kejayaan berbeza bagi sektor-sektor barangan elektronik dan teknologi tinggi," kata presiden Liu daripada Pameran CBD. "Kami berharap para tetamu kami akan memperoleh idea produk baharu dan peluang perkongsian dalam pameran berkenaan."
CBD-IBCFT (Shanghai) 2018 akan turut menghimpunkan jenama-jenama hiasan rumah terhebat, bukan sahaja jenama-jenama terkenal dari China Selatan, tetapi juga jenama-jenama yang sedang meningkat naik dari Delta Sungai Yangtze. Para pempamer akan membawakan produk mereka yang terkini dan paling komprehensif serta berkongsi konsep mereka dengan para peserta.
Di samping itu, segmen Pintu Kayu akan mempamerkan produk pembentukan semula premium mereka dalam pameran tahun ini. Para pengeluar termasuk TATA, Holtz dan Kaimo, perusahaan-perusahaan paling terkenal dari Beijing, mempamerkan produk mereka bersama-sama jenama-jenama terunggul dari Delta Sungai Yangtze. Jenama-jenama ini akan menunjukkan teknologi baharu, membawa industri hiasan rumah menuju era moden, membolehkan pembeli meninjau konsep hiasan rumah dengan cara yang baharu dan juga imersif.
Latar Belakang Pameran CBD
Diasaskan pada tahun 1999, Pameran CBD Fair diadakan dua kali setahun. CBD-IBCTF (Shanghai) dianjurkan oleh China Foreign Trade Centre dan Persatuan Hiasan Bangunan China.