omniture

MediaTek Bangunkan Platform Hiburan Kediaman Sokong Peranti Kediaman Pintar Dipacu Kecerdasan Buatan

MediaTek Inc.
2018-01-10 00:21 407

MediaTek lancar Dongel 4K MT8695, sistem pada modul MT8516 dan penyelesaian paparan pintar sokong aplikasi suara dan penglihatan kecerdasan buatan canggih

LAS VEGAS, 10 Januari 2018 /PRNewswire/ -- MediaTek, peneraju industri dalam pembangunan penyelesaian sistem-atas-cip (SoC) berkuasa rendah, berkecekapan tinggi dan amat bersepadu, mengumumkan ia mengembangkan platform hiburan kediamannya dengan membangunkan penyelesaian yang dapat memperkasa keupayaan suara dan penglihatan kecerdasan buatan (AI) dalam pelbagai peralatan kediaman pintar. Usaha berstrategi ini ditonjolkan melalui pelancaran MT8695, SoC dongel 4K, sistem pada modul (SoM) MT8516 dan penyelesaian paparan pintar.

Menerajui industri dalam menyediakan penyelesaian SoC peranti pembantu suara (VAD) untuk ekosistem kediaman pintar, MediaTek menyokong pelbagai perkhidmatan suara AI yang terkenal termasuk: Amazon Alexa; Google Assistant; Alibaba dan Baidu - melibatkan kedua-dua pasaran pembesar suara pintar China dan dunia, mencakupi pelbagai jenama.

Meneruskan kejayaan ini, MediaTek meluaskan SoC VADnya kepada pelbagai perkakas rumah pintar. SoM MT8516 baharu akan memberikan pereka dan pengeluar peranti dengan laluan yang lebih mudah untuk mendayakan keupayaan faktor bentuk suara AI seperti jam penggera, penggera kebakaran dan perkakas rumah yang lain.

MediaTek turut memperkenalkan penyelesaian paparan pintarnya berasaskan MT8176 dan MT8173. Kedua-dua SoC ini menyokong keupayaan penglihatan AI, untuk hiburan rumah dan juga sistem pengawasan.

Dengan video menjadi elemen utama dalam kediaman terhubung, MediaTek turut melancarkan MT8695, SoC 12nm pertama industri yang direka untuk penstriman 4K pada faktor bentuk Dongel. Dengan kelebihan penggunaan berkuasa ultra rendah, dongel ini menyokong ciri-ciri multimedia utama termasuk UHD 2160p pada 60fps, HDR10 dan Dolby Vision.

"Warisan dan kehebatan industri kami terhadap titik capaian dan penyelesaian ketersambungan membolehkan kami membangunkan platform multimedia komprehensif yang menyokong keupayaan AI utama dan turut mencakupi pelbagai peranti dan kenderaan terhubung," kata Jerry Yu, Naib Presiden Korporat MediaTek dan Pengurus Besar Home Entertainment Business Group. "Menerusi rekod pencapaian terbukti dalam membekalkan penyelesaian yang inovatif kepada jenama-jenama hiburan rumah di seluruh dunia, kami terus memberikan pengalaman yang lancar untuk pelbagai kegunaan peranti yang merupakan tumpuan utama dalam evolusi pengalaman kediaman yang interaktif, pintar dan juga terhubung."

MediaTek bukan sekadar menumpu pada penyediaan pemproses aplikasi terkini seperti MT8516, malah turut mendorong usaha inovasi dalam ketersambungan, termasuk kemajuan dalam 802.11ac Wi-Fi, BT5.0 selain meningkatkan liputan kediaman keseluruhan. Syarikat turut membangunkan portfolio produk yang lengkap bagi menyediakan penyelesaian yang anjal untuk pelanggan termasuk SoC yang amat bersepadu, membawakan ketersambungan berserta titik capaian, selain cip set ketersambungan kendiri.

Untuk butiran tambahan mengenai platform kediaman pintar AI MediaTek, layari: https://www.mediatek.com/products/entertainment

Latar Belakang MediaTek Inc.

MediaTek Incorporated (TWSE: 2454) ialah syarikat semikonduktor tanpa fabrikasi bertaraf global yang mendayakan 1.5 bilion peranti terhubung setahun. Kami merupakan peneraju pasaran dalam membangunkan sistem-atas-cip (SoC) yang inovatif untuk peranti mudah alih, hiburan rumah, ketersambungan dan produk IoT. Dedikasi kami terhadap inovasi menempa nama kami sebagai penggerak pasaran dalam beberapa bidang teknologi utama, termasuk teknologi mudah alih yang amat berkuasa-cekap dan penyelesaian multimedia canggih untuk pelbagai jenis produk seperti telefon pintar, tablet, televisyen digital, kotak OTT, produk boleh pakai dan penyelesaian automotif. MediaTek memperkasa dan menginspirasikan orang ramai untuk meluaskan pandangan mereka dan mencapai matlamat mereka dengan mudah melalui teknologi pintar. Kami menggelar idea ini sebagai Kegeligaan Harian dan ia mendorong kami dalam setiap perkara yang kami lakukan. Layari www.mediatek.com untuk maklumat lanjut.

Pejabat Akhbar MediaTek:
PR@mediatek.com

Kevin Keating, MediaTek
+1- 206-321-7295
10188 Telesis Ct #500, San Diego, CA 92121, USA

Joey Lee, MediaTek
+886 3-567-0766 # 31602
No. 1, Dusing 1st Rd., Hsinchu Science Park, Hsinchu City 30078, Taiwan

 

Source: MediaTek Inc.
Related Stocks:
Taiwan:2454
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Household/Consumer/Cosmetics Semiconductors New products/services