omniture

Cle de Peau Raikan Pelancaran Semula Jenama dengan Perkenalkan Wajah Jenama Global, Felicity Jones

Cle de Peau Beaute, SHISEIDO Co., Ltd.
2018-01-19 11:30 535

LOS ANGELES, 19 Januari 2018 /PRNewswire-AsiaNet/ -- Jenama berprestij dalam SHISEIDO Group, Cle de Peau Beaute menganjurkan acara media global dan acara bersama individu berpengaruh pada hari Rabu, 17 Januari di Hotel Bel-Air, Los Angeles bagi mengumumkan Wajah Jenama Global baharu mereka, pelakon wanita yang dicalon untuk Anugerah Academy, Felicity Jones serta pelancaran semula jenama menerusi kempen global pelbagai saluran yang baharu.

Cle de Peau Beaute Raikan Koleksi SS18 dan kempen “Hari yang Berseri-seri” dengan Acara Global di Los Angeles, dihoskan oleh Wajah Jenama Global Felicity Jones, Kredit Foto: Stefanie Keenan / Getty Images
Cle de Peau Beaute Raikan Koleksi SS18 dan kempen “Hari yang Berseri-seri” dengan Acara Global di Los Angeles, dihoskan oleh Wajah Jenama Global Felicity Jones, Kredit Foto: Stefanie Keenan / Getty Images

Felicity Jones mempunyai ciri-ciri utama jenama ini: pintar, tegas dan sangat cantik. Minat dan dedikasi beliau yang utuh terhadap kerjaya beliau menjadikan beliau seorang personaliti yang beraspirasi; seorang wanita yang memberi impak kepada dunia dan mereka yang berada di sekelilingnya.

Cle de Peau Beaute Raikan Pelancaran Semula Jenama dengan Memperkenalkan Wajah Global, Felicity Jones di Los Angeles
Cle de Peau Beaute Raikan Pelancaran Semula Jenama dengan Memperkenalkan Wajah Global, Felicity Jones di Los Angeles

Cle de Peau Beaute mengubah Hotel Bel-Air menjadi satu ekspresi terhadap keserian dan cahaya bagi meraikan pengumuman Jones sebagai wajah baharu dan kempen Musim Bunga/Musim Panas 2018 menerusi media digital, sosial dan tradisional. Kedudukan mewah jenama ini ditonjolkan melalui kristal dan lampu yang berkilauan serta bersinar-sinar menerusi pelet khusus berwarna biru laut, kuning air dan krim.

Di setiap sudut, para tetamu termasuk Alana Hadid, Larsen Thompson, Marianna Hewitt serta Dylana dan Natalie Lim Suarez, menemui detik-detik yang boleh diabadikan dan boleh dikongsikan termasuk pameran bunga-bunga yang memberi inspirasi secara visual dalam kawasan masuk ke Teres, dan pengalaman foto Dewan Tarian yang mengundang tetamu untuk mengalami sendiri Cle de Peau Beaute dan "Serlahkan Kehebatan Seri Wajahmu" - slogan baharu jenama ini.

Jones, disertai oleh Yukari Suzuki, Ketua Pegawai Jenama, meraikan dengan minum ucap selamat champagne, diikuti dengan pelancaran sulung global video Clé de Peau Beauté Brand Essence, yang dirakam di Croatia. Selain itu, para tetamu turut berpeluang mengikuti pelancaran video kempen Musim Bunga/Musim Panas 2018, "Hari yang Berseri-seri", yang mana Jones membuat persembahan yang menonjolkan kedudukan baharu jenama ini sebagai jenama Kecantikan Mewah Global yang terkemuka. Kempen ini, yang menjalani penggambaran selama dua hari di London, memecah rekod di seluruh dunia bagi penempatan media cetak dan dalam talian di seluruh Jepun, Asia, Amerika Utara, Rusia dan Jualan Kembara bulan ini.

"Saya amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Cle de Peau Beaute untuk melancarkan semula jenama mewah yang hebat ini ke seluruh dunia", kata Jones.  "Personaliti dan kebijaksanaan di sebelaik jenama dan produk ini begitu hebat sekali.  Saya tidak sabar-sabar mahu menyaksikan perkembangan masa depan Cle de Peau Beaute."

"Menerusi acara pelancaran semula kami yang meraikan Felecity Jones di Los Angeles, kami menyatakan bahawa kecantikan wanita bukanlah sekadar penampilannya sahaja, ia juga melibatkan penghargaan kepada kecantikan dalam, kebijaksanaan dan siapa dirinya sebagai seorang insan," kata Suzuki.

Cle de Peau Beaute (bermaksud Kunci kepada Kecantikan Kulit), membantu menyerlahkan kehebatan seri wajah wanita dengan memanfaatkan teknologi-teknologi solekan dan beberapa produk penjagaan kulit yang paling canggih di dunia daripada makmal-makmal Tokyo proprietari mereka. Tumpuan produk SS18, julung kali diperkenalkan dalam acara ini, mempamerkan kepakaran jenama, termasuk Firming Serum Supreme (baharu), The Lipstick (warna baharu), Radiant Lip Gloss (baharu),The Foundation, Concealer dan La Crème yang mengembalikan semula kesegaran - krim yang meningkatkan seri wajah yang ikonik dan berprestasi tinggi daripada jenama ini.

Muat turun imej-imej beresolusi tinggi Getty Images: https://www.image.net/cpb_2018

Maklumat Jenama dan SS18: https://bpcm2.app.box.com/s/i3z4se26h9yc22xknrw2oorvez0vxckk  

Video kempen Hari yang Berseri-seri:

 

Latar Belakang Cle de Peau Beaute

Cle de Peau Beaute ialah salah satu jenama penjagaan kulit dan alat solek yang paling berprestij di dunia serta merupakan jenama mewah yang terkemuka di Jepun. Boleh didapati di tiga belas negara dan kawasan (Jepun, Tanah Besar China, Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan, Malaysia, Thailand, Singapura, Vietnam, Indonesia, Amerika Syarikat, Kanada dan Rusia), ia mempunyai reputasi tahap global terhadap kecemerlangan. Untuk maklumat lanjut sila layari www.cledepeaubeaute.com atau ikuti jenama ini melalui media sosial (di bawah).

#cledepeaubeaute
#radiantday
#unlockradiance

Instagram@cledepeaubeaute 
Facebook: @cledepeaubeaute 
WeChat: @CPB_China

Untuk pertanyaan akhbar, sila hubungi:
Yumi Oshinomi, Perhubungan Awam
Unit Jenama Cle de Peau Beaute
SHISEIDO CO., LTD.
Emel: yumi.oshinomi@to.shiseido.co.jp/ Tel:+81-3-6218-5833

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180118/2029414-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180118/2029414-1-b
Video - https://static.prnasia.com/pro/media/mnr/201801/cpb/video.mp4

Source: Cle de Peau Beaute, SHISEIDO Co., Ltd.
Keywords: Cosmetics & Personal Care Entertainment Fashion Household/Consumer/Cosmetics Licensing/marketing agreements New products/services