omniture

Autostadt Labuh Tirai Tahun 2017 Dengan Jayanya menerusi Bilangan Pengunjung Memecah Rekod dalam Satu Bulan

Autostadt GmbH
2018-01-19 23:57 508

WOLFSBURG, Jerman, 19 Januari 2018 /PRNewswire/ --

  • 2.22 juta pengunjung pada tahun 2017, Disember catat rekod pengunjung baharu sejak dibuka pada tahun 2000 
  • 142,770 kenderaan diserahkan pada tahun 2017
  • Program musim panas dan musim sejuk tarik ratusan ribu pengunjung yang teruja
  • UNESCO sampaikan anugerah untuk kurikulum pendidikan Autostadt  

Buat julung kalinya dalam sejarah Autostadt, platform komunikasi Volkswagen Group berjaya menarik lebih 400,000 pengunjung dalam satu bulan. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Autostadt Roland Clement: "Penghujung tahun dengan 405,000 pengunjung hanya dalam bulan Disember sahaja merupakan satu kejayaan hebat dan pengakhiran yang hebat bagi tahun yang berjaya buat Autostadt." Bersama-sama Claudius Colsman, mantan pengurus Porsche tersebut mengambil alih Autostadt pada September 2017 daripada Otto F. Wachs. Secara keseluruhan, 2.22 juta tetamu mengunjungi taman tema pada tahun 2017, meningkat sedikit berbanding angka tahun lalu iaitu 2.2 juta pengunjung. Autostadt mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai destinasi automotif utama pada tahun 2017 dengan 142,770 kenderaan diserahkan kepada pelanggan. Jumlah bahagian pasaran bagi semua kereta Volkswagen yang diserahkan kepada pelanggan di Jerman pada tahun 2017 kekal stabil pada 24.9%.

generated by system

generated by system

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Autostadt Roland Clement: "Di Autostadt, Claudius Colsman dan saya sendiri menggalas salah satu tugas yang paling menarik dalam Volkswagen Group. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Otto F. Wachs, yang membangunkan tempat ini menjadi platform automotif yang terkemuka di dunia. Bersama-sama pasukan yang bermotivasi tinggi, kini kami mendapat peluang untuk membawa Autostadt ke peringkat seterusnya bagi mengukuhkan penyampaian tema masa kini dan masa depan kepada para tetamu kami di lokasi yang unik ini."

Butiran sorotan 2017 di http://www.presse.autostadt.de

Hubungi: 
Jabatan Akhbar Autostadt
No. Telefon: +49(0)5361-40-1444   
E-Mel: pressestelle@autostadt.de        

Source: Autostadt GmbH
Keywords: Auto Transportation Trucking and Road Transportation Sales reports