omniture

XCMG Buka Pusat Alat Ganti Langsung Pertama di Afrika Perkukuh Sokongan Tempatan

XCMG
2018-02-02 14:55 398

NAIROBI, Kenya, 2 Februari 2018 /PRNewswire/ -- XCMG membuka pusat alat ganti serantau langsung pertamanya ("Pusat") pada 6 Januari di Nairobi, Kenya untuk menyediakan perkhidmatan kepada perniagaan-perniagaan di Afrika Timur. Pusat ini merupakan satu kolaborasi bersama TISCO Construction Ltd., dan menyediakan perkhidmatan segera kepada pelanggan di kelima-lima negara Afrika Timur. Kedai 4S XCMG (jualan, alat ganti, perkhidmatan, tinjauan) juga dibuka secara rasminya pada hari yang sama di Nairobi.

Pusat di Kenya berusaha menyediakan perkhidmatan alat ganti yang berkualiti tinggi dan tepat pada masanya, yang meningkatkan lagi daya saing dan pengaruh jenama syarikat. Perkembangan baharu ini akan membolehkan XCMG meningkatkan pelaburan secara beransur-ansur dan memberi sokongan yang lebih baik kepada rantau ini, serta menubuhkan gudang terikat di Mombasa yang dapat menjamin bekalan untuk projek-projek pembinaan.

"XCMG turut menubuhkan pusat pengedaran di 16 negara di seluruh Afrika. Pusat di Kenya akan terus memajukan strategi XCMG dalam pasaran alat ganti Afrika. Ia juga akan menjadi contoh ikutan bagi persiapan keseluruhan pusat-pusat alat ganti XCMG di Asia-Pasifik, Timur Tengah, Asia Tengah, Eropah dan juga benua Amerika," kata Cui Xiangdong, penolong setiausaha jabatan pengurusan penyeliaan alat ganti XCMG.

Pada tahun 2017, XCMG memulakan rancangan yang dinaik taraf untuk jaringan perkhidmatan dan alat ganti luar negara, dengan matlamat dalam negara untuk menubuhkan pusat-pusat perkhidmatan dan alat ganti bebas serta meningkatkan sokongan yang berkaitan untuk pihak pengedar. Rancangan ini turut meningkatkan sistem bekalan alat ganti tiga-peringkat yang melibatkan gudang alat ganti am di China, pusat-pusat alat ganti serantau dan stesen-stesen alat ganti dibina sendiri selain stok alat ganti pihak pengedar.

Terdapat lebih 200,000 komponen alat XCMG yang digunakan di luar China pada masa kini; dan di Kenya sahaja, terdapat 2,000 mesin yang digunakan. Sebagai peneraju dalam industri jentera pembinaan global, XCMG berjaya memperoleh SCHWING dan FT Jerman serta AMCA Holland, dan dalam masa yang sama menubuhkan tapak pengeluaran dan juga kilang-kilang KD di 10 negara termasuk Brazil, India, Kazakhstan, Malaysia dan juga Iran.

Latar Belakang XCMG

XCMG ialah syarikat pengeluaran jentera berat multinasional yang melakar sejarah selama 75 tahun. Syarikat kini berada di kedudukan kelapan dalam industri jentera pembinaan dunia.

XCMG mempunyai 120 pengedar utama, 134 pusat perkhidmatan dan alat ganti luar negara serta 58 subsidiari dan pejabat luar negara. Produk-produk syarikat dieksport ke 178 negara dan wilayah seluruh dunia, mencapai jualan eksport sebanyak satu bilion USD pada tahun 2017, memperlihatkan peningkatan sebanyak 90 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Untuk maklumat lanjut layari: 
www.xcmg.comFacebookTwitterYouTubeLinkedInInstagram

Source: XCMG
Related Links:
Keywords: Auto Machine Tools, Metalworking and metallurgy Transportation Corporate Expansion New products/services