omniture

Malaysia Lihat Pertumbuhan Besar dalam Mobiliti Pendidikan, Dedah Indeks Mobiliti Belia

DotAsia keluarkan dapatannya untuk Laporan Indeks Mobiliti Belia di Asia
DotAsia Organisation
2018-02-05 10:00 399

KUALA LUMPUR, Malaysia, 5 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Untuk memperingati ulang tahun ke-10, pengendali domain peringkat tertinggi serantau '.Asia', hari ini mengeluarkan laporan tahunan pertamanya 'Indeks Mobiliti Belia (YMI.Asia)'. YMI.Asia bertujuan untuk mengukur mobiliti sosial, geo-fizikal dan digital generasi muda di seluruh Asia untuk lebih menyokong usahawan muda Asia yang bersedia untuk mengubah dunia.

Malaysia, salah satu ekonomi paling mantap di Asia Tenggara, menyerlah dalam Mobiliti Pendidikan dalam Indeks Mobiliti Belia DotAsia. Malaysia berada pada #1 dalam penarafan Tenaga Kerja Pendidikan, dan #2 dalam Kemahiran Bahasa Inggeris. Secara keseluruhan, negara ini ditempatkan pada #6 dalam laporan YMI.Asia, pada kedudukan di belakang Jepun dan Taiwan. Bersama dengan usaha bersepadu kerajaan Malaysia dalam menggalakkan negara sebagai pusat pembelajaran antarabangsa, Malaysia semakin menjadi destinasi belajar yang popular.  Pelajar antarabangsa datang kerana kemudahan berkomunikasi – Bahasa Inggeris digunakan dengan meluas, tempat tinggal yang murah dan pengalaman unik yang ditawarkan oleh negara dan rantau ini.

"Ranking YMI.Asia dibina berdasarkan sedekad pengalaman kami dalam keterlibatan dengan generasi millennial di seluruh Asia mengenai isu-isu Tadbir Urus Internet dan direka untuk membantu calon pemimpin muda memulakan idea mereka untuk Asia. Saya juga berharap yang YMI.Asia dapat mencetuskan kajian selanjutnya untuk menyokong dan memaklumkan perkembangan dasar tempatan dan serantau untuk memperkasa belia dan meningkatkan mobiliti digital di seluruh Asia," kata En Edmon Chung, Ketua Pegawai Eksekutif, DotAsia Organisation.

Mobiliti Belia sebagai Kelebihan Saingan

Menurut Global Shapers Annual Survey 2017, kebimbangan utama belia di Asia ialah pekerjaan. Pekerjaan dan kemahiran yang tidak lagi diperlukan disebabkan oleh perubahan dinamik ekonomi pengetahuan boleh menyebabkan belia berasa tidak yakin tentang masa depan mereka. Sebagai tindak balas, belia Asia hari ini memilih mobiliti sebagai satu tampanan untuk mengelakkan kemerosotan peribadi. Dengan itu, mobiliti belia menjadi kelebihan saingan bukan hanya dalam pendidikan dan pekerjaan, tetapi juga dalam perusahaan untuk individu. Mobiliti menawarkan kestabilan baharu dalam ekonomi hari ini.

5 Teratas Indeks Mobiliti Belia:

Penemuan ini menunjukkan skor YMi berkolerasi secara positif dengan KDNK per kapita, dan indeks daya saing dan pembangunan yang lain, menunjukkan rangka kerja yang kukuh untuk metodologi dan titik kajian yang menarik yang diserlahkan oleh percanggahan. Keputusan ranking YMi mengukuhkan peneraju oleh empat Harimau Asia – Hong Kong, Singapura, Taiwan dan Korea, serta Jepun:

  • Singapura (#1) – Mendahului di keseluruhan peringkat dengan gabungan skor tertinggi di seluruh sub-kategori. Ini disokong oleh kecekapan dalam Mobiliti Pendidikan dan skor cemerlang dalam Kemahiran Bahasa Inggeris.
  • Hong Kong (#2) – Saingan terkuat Singapura, di tempat kedua, menunjukkan penguasaan kuat pada Mobiliti Keusahawanan, dengan skor yang tinggi dalam jumlah Torrent (iaitu gabungan pelajar keluar dan masuk, penghijrah, pengembara, barangan dan perkhidmatan).
  • Jepun (#3) dan Korea (#4) berada di belakang kedua-dua negara di atas; mencapai skor tertinggi masing-masing dalam Mobiliti Pekerjaan dan keseluruhan Faktor Mampan, dan menunjukkan kelebihan mobiliti yang tinggi berbanding ukuran ekonomi KDNK per kapita yang tradisional.
  • Taiwan (#5) – Mendapat tempat kelima mengatasi Hong Kong sebagai tempat paling menyeronokkan untuk belia yang bergerak dalam sub-indeks Pengalaman Hidup (LifeX) dalam YMi.

Tempat Paling Menggembirakan, Cekap dan Kualiti Pengalaman Hidup untuk Belia di Asia:

Laporan YMI.Asia merangkumi 2 subkomponen yang direka khusus untuk belia dengan keputusan yang menarik daripada Indeks Prestasi Kos-Kegembiraan dan Pengalaman Hidup (LifeX). Prestasi Kos-Kegembiraan ialah ukuran kegembiraan berbanding kos kehidupan di sesebuah kawasan, yang paling relevan untuk belia yang baru bermula dan kesempitan wang. 

Untuk laporan penuh, sila lawati https://www.ymi.asia  
Untuk imej dan grafik laporan, sila muat turun di https://ftp.asia/data/public/a884ea

Latar Belakang DotAsia Organisation:

DotAsia Organisation ialah Pertubuhan Penaja dan Pengendali Pendaftaran untuk Domain Tahap-Atas. .Asia merupakan alamat sesawang rasmi untuk rantau ini dan terbuka kepada semua perniagaan, individu dan organisasi di seluruh dunia yang ingin berhubung dengan Asia. Domain .Asia telah didaftarkan di lebih 150 negara sehingga kini. DotAsia Organisation merupakan organisasi bukan untung berasaskan komuniti, beribu pejabat di Hong Kong. Hasil dari setiap domain .Asia yang berdaftar menyokong pembangunan Internet dan kerja amal di rantau ini. DotAsia komited kepada visi yang memupuk kerjasama Asia.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180129/2041098-1LOGO

Source: DotAsia Organisation
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Survey, Polls & Research