omniture

$250 ribu USD untuk direbut dalam KA-CHINGGG, Acara Permainan Realiti LANGSUNG Pertama Tamago

Tamago
2018-02-09 10:56 831

Setiap malam mulai 7 – 16 Februari, 9 malam (GMT+8) dan seterusnya

KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Platform penstriman langsung terkini Asia Tenggara, Tamago, memberi ganjaran kepada penggunanya dengan memberi peluang kepada setiap orang untuk memenangi hadiah wang tunai sebanyak $250 ribu USD mulai 7 – 16 Februari dalam pertandingan terbesar setakat ini!

Jawab kesemua 12 soalan dengan betul dan menangi hadiah sebanyak $250,000 USD! Hanya melalui Tamago bagi iOS dan Android, mulai 7 - 16 Februari, 9 MALAM (GMT+8) setiap malam. http://www.tamago.live.
Jawab kesemua 12 soalan dengan betul dan menangi hadiah sebanyak $250,000 USD! Hanya melalui Tamago bagi iOS dan Android, mulai 7 - 16 Februari, 9 MALAM (GMT+8) setiap malam. http://www.tamago.live.

SOROTAN UTAMA

  • Pengguna boleh menyertai KA-CHINGGG dengan menonton bilik acara khas melalui Tamago pada jam 9 malam (GMT+8) setiap malam mulai 7 – 16 Februari.
  • Pengacara rancangan siaran langsung akan bertanyakan 12 soalan trivia berturut-turut kepada penonton yang mengambil bahagian, dengan jawapan aneka pilihan akan dipaparkan pada skrin untuk dipilih oleh pengguna. Jangan lambat atau anda akan terlepas peluang kerana pengguna yang menyertainya selepas acara bermula hanya akan dapat menonton.
  • Untuk layak mendapat sebahagian daripada hadiah setiap malam, pengguna perlu menjawab kesemua 12 soalan dengan betul.
  • Pengguna juga boleh mendapat peluang tambahan untuk menang dengan memperoleh HAYAT TAMBAHAN dengan mengundang rakan untuk mendaftar sebagai pengguna baharu Tamago.
  • Semua yang dapat menjawab kesemua 12 soalan dengan betul akan menerima jumlah hadiah yang sama rata untuk malam tersebut. Sekiranya tiada pemenang pada malam berkenaan, nilai hadiah akan dikumpulkan ke sesi berikutnya.
  • Acara permainan realiti langsung ini diacarakan oleh Faraz daripada eGG Network.

DAPATKAN TAMAGO, SERTAI KA-CHINGGG

Lapangkan jadual anda pada 9 MALAM (GMT+8) selama 10 hari bermula pada 7 Februari dan tontoni Tamago melalui peranti iOS atau Android untuk maklumat lanjut!

LATAR BELAKANG TAMAGO

Dilancarkan oleh Astro dan Huomao pada pertengahan Disember 2017, Tamago ialah platform sosial penstriman langsung yang menyasarkan golongan milenial, dan menumpu pada kandungan dijana pengguna (UGC) setempat di Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina dan Vietnam. Ciri-ciri interaktif Tamago seperti penstriman langsung, hadiah termasuk perbelanjaan maya, interaksi masa sebenar dan penciptaan kandungan telah menarik ramai pengguna muda yang ingin menunjukkan bakat mereka bersama individu-individu yang sehaluan yang ingin mendapatkan UGC yang unik. Alami Tamago di http://www.tamago.live.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180207/2051485-1

 

Source: Tamago
Keywords: Broadcast Technology Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Social Media New products/services