SONIPAT, India, 12 Februari 2018 /PRNewswire/ -- O.P. Jindal Global University (JGU) menyertai Sidang Kemuncak Universiti Asia 2018 Times Higher Education (THE) yang diadakan dengan kerjasama Southern University of Science and Technology (SUSTech) dari 5 – 7 Februari 2018 di Shenzhen, China. JGU merupakan satu-satunya universiti India yang dijemput untuk berucap di sidang kemuncak itu. Profesor (Dr) C. Raj Kumar, Naib Canselor Pengasas, JGU berada di kalangan 25 Naib Canselor dari seluruh dunia dan hanya seorang dari India yang berucap di sidang kemuncak itu.
Sidang kemuncak ini menyaksikan penyertaan lebih daripada 400 delegasi dari universiti-universiti terbaik Asia, penyelidik terkemuka, pemimpin pendidikan tinggi, penggubal dasar dan ketua-ketua industri.
Sidang kemuncak tahun ini dianjurkan sekitar tema "Menghubung Bandar, Mengubah Dunia: Universiti Penyelidikan Membina Asia'. Sidang kemuncak ini memberi tumpuan kepada tema-tema termasuk universiti dan bandar – membina hubungan sepakat, mentakrif rantau; penyelidikan dan pendidikan global – trend, peluang dan cabaran; hubungan university -- output penyelidikan mentakrif kemantapan serantau; inovasi negara – universiti sebagai pemangkin dan penghubung; kuasa perkongsian: apa yang dibawa oleh universiti-universiti penyelidikan kepada ekonomi inovasi; revolusi perindustrian dan pendidikan tinggi keempat, dan merapatkan jurang - universiti penyelidikan dalam ekonomi pengetahuan global.
Naib Canselor JGU, Profesor Raj Kumar, Sarjana Rhodes dan alumni University of Oxford dan Harvard Law School membahas sebuah panel tentang 'Breaking Boundaries - Research Universities in the 21st Century' (Memecah Sempadan -- Universiti Penyelidikan dalam Abad ke-21) yang membincangkan peranan penting penyelidikan universiti dalam pertumbuhan ekonomi pengetahuan, dan kepentingan strategi pengantarabangsaan dalam menghapus halangan serantau dan global kepada kerjasama.
Dalam wacana beliau, Prof. Raj Kumar berkata, "Universiti mempunyai peranan yang lebih besar dalam pembangunan masyarakat. Mereka perlu memikul peranan kepimpinan yang menjangkau sempadan negara dan berupaya untuk menghargai kepelbagaian dan pluralism dalam semua bentuk dan manifestasinya. Universiti perlu menyedari bahawa mereka mempunyai peranan yang khusus dalam masyarakat"
Beliau menambah, "Apabila masyarakat menjadi semakin tidak berpandangan jauh, ia penting untuk ahli akademik untuk terus berkongsi perspektif untuk mempengaruhi pandangan awam." Beliau juga berkata bahawa universiti harus menjadi pelopor dalam mencari kebenaran, dan harus mempromosi kebenaran melalui bukti – ini merupakan peranan utama bagi sains dan sains sosial untuk dimainkan dalam abad ke-21.
Sidang kemuncak ini juga merupakan platform penting untuk memahami cabaran utama yang dihadapi oleh universiti-universiti sementara mereka bersedia untuk bekerja ke arah menjadi universiti bertaraf dunia.
Hubungi:
Devadeep Konwar
dkonwar@jgu.edu.in
+91-7027-850-344
Pembantu Pengarah
Komunikasi dan Hal Ehwal Awam
O.P. Jindal Global University
Sumber: O.P. Jindal Global University