omniture

Rakuten Communications & Content Guru Umum Perkongsian Strategik

Rakuten Communications and Content Guru
2018-02-22 21:21 789

TOKYO, 22 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Rakuten Communications, subsidiari kepada pemimpin inovasi global Rakuten Inc. yang beribu pejabat di Tokyo, dan pakar komunikasi awan Content Guru Ltd., menjalin perkongsian strategik untuk menyediakan penyelesaian pusat perhubungan awan connect storm dalam pasaran Jepun.

generated by system

connect storm bakal menyokong portfolio aplikasi storm® yang pernah memenangi pelbagai anugerah dan akan menyasarkan pasaran pusat perhubungan awan Jepun yang sedang pesat berkembang, serta dijangka meningkat sehingga 39% daripada keseluruhan tempat duduk di pusat perhubungan negara ini menjelang 2010[1]. Ia bakal dilancarkan pada Forum TechMatrix CRM di Tokyo pada 23 Februari 2018, serentak dengan Content Guru yang turut membuka pejabat di Tokyo dalam suku pertama 2018 bagi menyokong perkongsian ini.

"Kami menjangkakan, dengan memanfaatkan keupayaan storm dan perkhidmatan kelas pertama Rakuten Communications, banyak pusat perhubungan bakal mendapat manfaat daripada penambahbaikan pengalaman pengguna dan produktiviti tenaga kerja," kata Yasufumi Hirai, Wakil Pengarah dan Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif Rakuten Communications. "Kami ternanti-nanti untuk menggabungkan keupayaan AI kami dengan pengalaman Content Guru untuk menyediakan penyelesaian pusat perhubungan kepada lebih seribu pelanggan kami."

Sean Taylor, Ketua Pegawai Eksekutif Global Content Guru, menambah: "Asia Pasifik ialah satu wilayah penting dalam strategi peluasan global kami dan pasaran pusat perhubungan awannya sedang menyaksikan pertumbuhan yang mengagumkan. Kami sangat berbesar hati dapat menjalin kerjasama yang mengujakan dengan Rakuten, dan berasa yakin perkongsian nilai budaya dan cita-cita kami akan memacu kejayaan besar." connect storm membolehkan perniagaan melaksanakan komunikasi yang lebih berkesan dengan pelanggan mereka menerusi saluran seperti SMS, perbualan web, emel, suara dan media sosial, disatukan dalam antara muka tunggal untuk ejen-ejen pusat perhubungan. Platform ini juga bersepadu dengan ratusan sistem CRM, WFO dan ERP pihak ketiga, dan skala bagi mengendalikan permintaan serentak dalam perhubungan.

[1] Makmal MIC, Cloud CRM Market Forecast, 2017

Latar Belakang Content Guru
Content Guru
ialah penyedia terkemuka penyelesaian komunikasi awan, menyediakan pusat perhubungan awan omni saluran dan perkhidmatan penglibatan pelanggan menerusi platform storm. storm mendayakan ratusan organisasi terbesar di dunia dalam sektor yang terdiri daripada utiliti dan pelancongan sehingga kepada kerajaan dan kewangan, termasuk G4S, Serco, National Rail Enquiries, dan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan United Kingdom.

Latar Belakang Rakuten Communications  
Rakuten Communications, subsidiari kepada pemimpin inovasi global Rakuten Inc., ialah sebuah syarikat Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) yang berusaha mencipta nilai baharu untuk masyarakat digital. Selain daripada perkhidmatan komunikasi talian tetap sedia ada termasuk telefon IP, Myline dan perkhidmatan sambungan Internet, syarikat menawarkan penyelesaian mudah alih dan penyelesaian awan bagi menyediakan para pelanggan mereka untuk menghadapi masa hadapan digital. Rakuten menyasarkan peluasan dengan cara membangunkan potensi platform IP, merentas suara, data, media dan aplikasi. Untuk maklumat lanjut: https://comm.rakuten.co.jp/english/company/

Source: Rakuten Communications and Content Guru
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Licensing/marketing agreements New products/services