omniture

Jadikan Kehidupan Lebih Baik dengan Hasil Ciptaan, Midea Kagumkan AWE 2018 dengan Pengalaman Dapur Pintar

Midea Kitchen Appliance Division
2018-03-14 08:42 1067

SHANGHAI, 14 Mac 2018 / PRNewswire / - Pengeluar peralatan pengguna terkemuka Midea telah mendemonstrasi teknologi dan produk perkakas dapur terkini di 2018 Expo Dunia Peralatan & Elektronik (2018 AWE) di Shanghai.

At the expo, large crowds joined the Midea's kitchen lab
At the expo, large crowds joined the Midea's kitchen lab

Di pameran itu, makmal dapur Midea ("Lab") menampilkan empat pavilion pengalaman yang menyerlahkan "Empat Ciptaan Hebat". Ramai hadirin menyertai pertunjukan memasak dan acara membuat kek dan pastri yang disampaikan oleh chef terkenal Julien Perrinet dan Jane Yang serta institusi seni pastri Haollee di dapur pintar Midea yang disokong oleh teknologi rumah pintar terkini.

"Satu platform utama untuk mempromosikan gaya hidup dapur dan pengalaman budaya Midea pada masa depan, Lab mempamerkan visi dan kedudukan kepimpinan kami dalam bidang teknologi peralatan dapur. Matlamat kami adalah untuk menyebarkan gaya hidup dapur yang mudah dan boleh melibatkan semua orang dalam keluarga," kata Liang Zhengtao, pengarah pemasaran domestik produk terbenam di Kitchen Appliance Division Midea.

Lab merupakan konsep Midea yang dinaik taraf dalam peralatan dan penyelesaian dapur yang menambah sentuhan manusia kepada ciptaan teknologi, memberikan pengalaman pengguna yang terhebat dalam aspek dapur yang berbeza.

Pavilion membakar Fun mengetengahkan ketuhar Fun generasi kedua, disokong oleh pengecaman imej kecerdasan buatan (AI), satu ciptaan yang boleh menganalisis makanan yang diletakkan di dalam ketuhar melalui pembelajaran mesin dan teknologi pengecaman AI sebelum memadankan lengkung memasak yang sesuai secara automatik. Ketuhar juga mempunyai kamera terbina dalam yang boleh mengambil gambar hidangan yang sedang dimasak dan berkongsi di media sosial.

Satu lagi produk di dalam dapur pintar Midea ialah siri ketuhar gelombang mikro kendalian suara, dilengkapi dengan cip Chipintelli & Conexant, yang membolehkan memasak bebas tangan kerana pengguna boleh memberikan arahan suara ringkas seperti "Buka pintu," dan "Pilih resipi yang betul."

Di pavilion pembersihan pintar, Midea melancarkan mesin pencuci pinggan mangkuk baharu yang khusus untuk dapur Cina dan dioptimumkan untuk tabiat memasak di kediaman Cina. Mesin basuh pinggan mangkuk boleh menyelesaikan tugas seperti pembersihan pinggan mangkuk dengan air yang mengalir, pembersihan sayur-sayuran dan buah-buahan serta pembuangan sampah.

"Dengan mesin pencuci pinggan gaya Cina di dalam dapur kami, kami tidak perlu lagi bertelagah tentang giliran membasuh pinggan," kata Liang.

Lab juga mempamerkan rangkain hud dengan ciri pembersihan stim yang mendapat sambutan baik. Kuasa sedutan yang tinggi dapat mencapai pembersihan udara maksimum dan menjadikan masakan lebih sihat dan lebih mudah di dalam dapur moden.

"Midea telah menunjukkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan kami yang kukuh dalam bidang dapur dan perkakas rumah di AWE 2018. Kami mahu merevolusikan dapur Cina dan menunjukkan kepada para pengguna sisi yang menarik dalam memasak dan membersihkan dengan ciptaan yang dapat menjadikan kehidupan lebih baik," Liang kata. "Pada masa akan datang, Midea akan terus menerajui industri dengan penyelesaian dapur yang berkualiti tinggi dan inovatif bermatlamatkan pembinaan ekosistem dapur pintar berpusatkan pengguna."

Latar Belakang Midea Kitchen Appliance Division

Midea Kitchen Appliance Division ialah gabungan Midea Group, salah satu pengeluar perkakas rumah terbesar di China. Diasaskan pada tahun 1968, Midea ialah salah satu pembekal perkakas dapur terbesar di dunia dengan pendapatan jualan tahunan melebihi US$23 bilion, pengilang perkakas utama No.1 dunia menurut laporan Euromonitor, dan merupakan pengeluar ketuhar gelombang mikro No. 1 dan mesin pencuci pinggan No. 3 di dunia. Ia mengendalikan tiga pangkalan pengeluaran dan dua pusat R & D di China selain pangkalan pengeluaran di Belarus dan pusat R & D di Bologna, Itali dan Louisville, Kentucky.

Untuk maklumat lanjut, lawati Midea di www.midea.com dan www.midea.com/global.

Midea Wows 2018 AWE with Smart Kitchen Experience
Midea Wows 2018 AWE with Smart Kitchen Experience

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180313/2078693-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180313/2078693-1-b

Source: Midea Kitchen Appliance Division
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news