omniture

Pendapatan Setahun 2017 ZTE Meningkat kepada RMB 108.82 Bilion

ZTE Corporation
2018-03-17 03:41 928

Capai kira-kira RMB 1.384 bilion dividen tunai (sebelum cukai)

SHENZHEN, China, 17 Mac 2018 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna utama bertaraf antarabangsa untuk Internet Mudah Alih, hari ini melaporkan pendapatan setahun penuh sebanyak RMB 108.82 bilion bagi tahun 2017, 7.5% lebih tinggi berbanding tahun lalu, disebabkan oleh manfaat yang diperolehi daripada pelaburan berterusan dalam rangkaian telekomunikasi oleh pengendali-pengendali global selain pertumbuhan syarikat dalam perniagaan pengguna dan pasaran kerajaan- perusahaan.

Menurut syarikat, keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham biasa syarikat senaraian ini dalam seluruh tahun 2017 ialah RMB 4.57 bilion, peningkatan 293.8% berdasarkan penyata kewangan yang dikeluarkan oleh ZTE hari ini. Perolehan asas sesaham ialah RMB 1.09. Pulangan purata terwajar atas ekuiti menyumbang sebanyak 15.7%, dengan pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 24.1 mata peratus. Cadangan pengagihan keuntungan tahun 2017 ialah RMB3.3 dalam bentuk tunai (sebelum cukai) bagi setiap 10 saham. Jumlah dividen tunai keseluruhan ialah RMB1.384 bilion (sebelum cukai), menyumbang sebanyak 30.29% keuntungan bersih yang boleh diagih kepada pemegang saham biasa daripada syarikat senaraian pada tahun 2017, yang merupakan yang tertinggi dalam sejarah pengagihan keuntungan syarikat.

Pada tahun 2017, syarikat mengukuhkan aliran tunainya dan pengurusan pengumpulan pendapatan jualan. Aliran tunai bersih daripada aktiviti-aktiviti kendalian bagi tahun 2017 ialah sekitar RMB 7.22 bilion, kira-kira 37.3% pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya. Perbelanjaan untuk Penyelidikan & Pembangunan (R&D) ZTE meningkat kepada RMB 12.96 bilion pada tahun 2017, meliputi 11.9 % pendapatan.

Pada tahun 2017, ZTE mengalami pertumbuhan yang luar biasa tingginya dalam semua Rangkaian Pembawa, Perniagaan Pengguna dan Perniagaan Kerajaan-Perusahaan, dengan pendapatan khusus yang dicapai masing-masing sebanyak RMB 63.78 bilion, RMB 35.21 bilion dan RMB 9.83 bilion.  

ZTE melaporkan pendapatan operasi sebanyak RMB 61.96 bilion daripada pasaran domestik. Daripada pasaran luar negara, ZTE melaporkan pendapatan operasi sebanyak RMB 46.86 bilion semasa tempoh berkenaan.

Pada tahun 2017, syarikat menumpu pada penyelesaian hujung-ke-hujung 5G dan melabur sepenuhnya dalam penyeragaman, pembangunan produk dan pengesahan kegunaan komersial. Setakat ini, ZTE menubuhkan pasukan R&D 5G bersama lebih 4,500 ahli profesional, mencakupi pelbagai jenis ketersambungan, pembawa, perkhidmatan dan peranti mudah alih bagi mengukuhkan tiga kepimpinan ZTE dalam teknologi 5G, kegunaan komersial dan ekonomi bidangan.

Dalam aspek kegunaan komersial 5G berorientasikan masa depan, ZTE mencapai perkembangan yang hebat dalam teknologi 5G. Khususnya, ZTE memecah beberapa rekod dalam Fasa 1 dan 2 Ujian 5G Negara China, dan kini bersiap sedia sepenuhnya untuk Fasa 3. Menerusi jalinan kerjasama dengan China Mobile dan Qualcomm, ZTE menyempurnakan sistem Pengujian Data Kebolehoperasian (IoDT) Radio Baharu (NR) 5G hujung-ke-hujung yang pertama di dunia berdasarkan piawaian NR 5G 3GPP yang terkini. Dengan kerjasama Intel, ZTE melancarkan penyelesaian RAN 5G berasaskan pemayaan SDN/NFV yang pertama di dunia, yang sebahagian besarnya memudahkan pengkomersialan 5G. Di samping itu, ZTE memperkenalkan penyelesaian Teras Umum 2/3/4/5G bersepadu sepenuhnya untuk merealisasikan seni bina berasaskan perkhidmatan R15 3GPP secara menyeluruh. Pada akhir tahun 2017, ZTE melaksanakan lebih 320 kes komersial/percubaan NFV secara global, meletakkan asas yang kukuh terhadap kegunaan komersial dan evolusi rangkaian teras 5G. Setakat ini, ZTE membentuk perkongsian strategik dengan lebih 20 pengendali seluruh dunia untuk bersama-sama memajukan aspek pengesahan dan pengujian teknologi 5G, oleh yang demikian mempercepatkan penggunaan komersial 5G.

Dari segi pembawa dan komunikasi optik yang menyokong rangkaian kegunaan-komersial 5G, ZTE meneraju pelancaran 5G Flexhaul penyelesaian pembawa 5G dan peralatan pembawa 5G sistematik. ZTE memperkenalkan platform utama pengangkutan peringkat-T yang pertama dalam industri, ZXCTN 6700 yang mempunyai kapasiti terbesar setakat ini dalam industri. ZTE menjalankan ujian pembawa 5G bersama-sama Telefonica, China Mobile dan rakan kongsi yang lain, dan ternyata bahawa semua keputusan ujian dapat memenuhi jangkaan rakan kongsi. ZTE berada di kedudukan kedua Teratas di dunia dalam bidang komunikasi optik dan akses optik. Ia merupakan yang pertama melancarkan platform silang-sambung kapasiti-ultra-besar 256T generasi seterusnya berasaskan teknologi pandu gelombang optik, memenuhi sepenuhnya keperluan beban ultra-tinggi bagi komunikasi optik 5G pada peralatan pembawa. ZTE turut bekerjasama dengan velcom untuk menyempurnakan rangkaian elastik IP+Optik hujung-ke-hujung berasaskan SDN sepenuhnya yang pertama di dunia dan membantu Telefonica Mexico Movistar menyempurnakan rangkaian pengangkutan optik melebihi 100G. Platform akses optik utama ZTE, TITAN mempunyai kapasiti pensuisan empat kali ganda lebih besar berbanding tahap industri sedia ada dan menyokong pembawa 5G selain penyepaduan tetap/mudah alih. ZTE menduduki tempat pertama bagi bahagian pasaran PON 10G dan tempat ketiga bagi penghantaran kotak atas set IPTV di dunia. Ia juga peneraju teknikal dalam produk-produk CDN bersepadu.

ZTE berdedikasi sepenuhnya terhadap teknologi-teknologi baru muncul seperti Internet Komunikasi Benda, cip, pengkomputeran awan dan data besar. Berdasarkan teknologi termaju 7nm, syarikat mengkaji dan membangunkan cip jalur-asas lembut berbilang-mod berprestasi tinggi dan cip IF digital secara bebas. Di samping itu, syarikat mengumumkan cip IoT selamat NB-IoT Cina pertama yang dibangunkan secara bebas manakala penyelesaian parkir kenderaan pintar aplikasi inovatif NB-IoT memenangi "Anugerah Perniagaan Mudah Alih Kehidupan Terhubung Terbaik" GLOMO di Kongres Dunia Mudah Alih 2018. Di peringkat dunia, ZTE menjalankan ujian NB-IoT dan demonstrasi perniagaan bersama pelbagai pihak pengendali.

Dalam operasi Perniagaan Perusahaan domestik, produk-produk utama pasaran kewangan ZTE  terus menembusi bank-bank milik negara manakala produk-produk GSM-R menembusi pasaran kereta api C3 sepenuhnya. Selain itu, projek-projek jalur lebar udara ke darat, liputan jalur lebar pendidikan dan jalur lebar perindustrian yang lain oleh ZTE melakar kemajuan penting dalam pasaran-pasaran termaju luar negara.

Dalam divisyen Pengguna, ZTE menumpu pada produk-produk bernilai dan memperkenalkan Telefon Gigabit pertama dunia dan dua produk get laluan kelas gigabit, yang membolehkan ZTE menjadi peneraju dalam mencapai penggunaan komersial bagi terminal gigabit. Selain itu, syarikat mengumumkan ZTE Axon M yang menakrif kategori, telefon pintar boleh lipat dengan dwiskrin, bersama AT&T di A.S. dan NTT DOCOMO di Jepun. Di China, ZTE menumpu pada pembawa dan juga pasaran industri. Telefon Selamat ZTE mencapai jualan berskala di pelbagai wilayah serta bandar selain melakar kejayaan menerusi penyelesaian untuk industri kehakiman. Dari segi bandar-bandar utama dalam pasaran global, ZTE akan terus menumpu pada pasaran-pasaran penting menerusi peningkatan selanjutnya dalam bahagian pasaran. Pada tahun 2017, Peranti Mudah Alih ZTE disenaraikan sebagai antara 5 terbaik dalam enam pasaran utama seperti: No.4 di A.S., Kanada dan Mexico; No.5 di Sepanyol dan Rusia dan No.3 di Australia.

Pada tahun 2017, ZTE terus meningkatkan sistem kawalan dalamannya dengan mengukuhkan dan meningkatkan mekanisme serta proses kendalian selain memperkukuhkan kebertanggungjawaban, demi memastikan pengendalian syarikat yang baik.

Pada tahun 2018, syarikat akan terus menumpu pada pelanggan-pelanggan bernilai tinggi serta meningkatkan tahap kepuasan pelanggan sejajar dengan "Strategi 2020". Syarikat akan terus mengekalkan inovasi proprietari bagi teknologi-teknologi teras dan meningkatkan pelaburan dalam R&D 5G serta produk-produk utama yang lain demi mengukuhkan daya saing produknya. Merebut peluang yang dibawakan menerusi teknologi dan lanskap yang berubah-ubah dalam pasaran telekomunikasi global, syarikat akan melaksanakan usaha yang teguh bagi meningkatkan bahagian pasarannya serta mengukuhkan kedudukan pasaran globalnya. Disokong oleh kakitangan berkaliber tinggi selain penambahbaikan berterusan dalam pentadbiran dalaman melalui pematuhan dan kawalan dalaman yang lebih ketat, syarikat berada dalam kedudukan yang baik untuk mencapai pembangunan yang berhemat dan mampan.

Latar Belakang ZTE

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited menyediakan pengguna dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada hasil tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.

Perhubungan Media:

Margaret Ma
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775189
Emel: ma.gaili@zte.com.cn

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Earnings