omniture

China Mobile International dan Huawei Cloud International Tandatangani Perjanjian Kerjasama Strategik

China Mobile International Limited
2018-03-27 12:36 1070

BANGKOK, 27 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Pada 26 Mac 2018, China Mobile International Limited (CMI) dan Huawei Cloud International mengadakan majlis penandatanganan bagi perjanjian kerjasama strategik di Bangkok, Thailand. Dr. Li Feng, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif CMI dan En. Wu Weitao, Presiden Rantau Asia Tenggara Huawei, kedua-duanya menghadiri majlis ini. Jalinan kerjasama ini bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama sinergi rangkaian-awan bagi memajukan pasaran Asia Tenggara.

China Mobile International and Huawei Cloud International Signed a Strategic Cooperation Agreement
China Mobile International and Huawei Cloud International Signed a Strategic Cooperation Agreement

Asia Tenggara ialah rantau yang mempunyai potensi yang amat tinggi untuk pembangunan ekonomi. CMI dan Huawei Cloud International akan memanfaatkan kelebihan masing-masing dan mendepani usaha membangunkan kerjasama sinergi rangkaian-awan di Asia Tenggara, menyediakan perkhidmatan awan+sambungan yang sehenti dan berkualiti tinggi untuk syarikat-syarikat perusahaan bersaiz besar dengan keperluan perniagaan rentas-sempadan. Jalinan kerjasama ini membantu syarikat-syarikat perusahaan melakukan perpindahan mudah ke infrastruktur awan dan menyediakan ketersambungan global yang selamat dan andal. Aspek-aspek pembangunan termasuk platform awan awam, platform sambungan awan, awan hybrid, dan IDC.  

"Menumpu pada keperluan pelanggan dan menyediakan rangkaian terbaik adalah usaha kami yang tidak henti-henti. Apabila memilih rakan strategik, kami menumpu pada keupayaan inovasi mereka, kekuatan R&D dan potensi terhadap pelaburan berterusan dalam teknologi-teknologi masa depan. Sebagai jenama perkhidmatan awan yang utama, HUAWEI CLOUD menyediakan pelanggan dengan perkhidmatan awan yang selamat dan andal yang berupaya menjalani evolusi mampan menggunakan keupayaan R&D teknologi awan termaju dan perkhidmatan dalam talian serta luar talian global. CMI mempunyai 25 titik kehadiran (POP) dan 4 kabel dasar laut dibina sendiri (SJC, APG, CSCN dan TSE-1) di Asia Tenggara. Selain itu, CMI ialah penggiat utama dalam pembinaan kabel dasar laut SJC2 dan kubu perkhidmatan pusat datanya meliputi enam benua. Dengan memanfaatkan sumber dan keupayaan teknikal, perkhidmatan awan+sambungan yang bersama-sama dilancarkan oleh kedua-dua pihak akan memenuhi keperluan perniagaan rentas-sempadan untuk perusahaan, mencipta nilai untuk kerajaan dan pelanggan perusahaan di Asia Tenggara," kata Dr. Li Feng, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif CMI, dalam majlis penandatanganan.

En. Wu Weitao, Presiden Rantau Asia Tenggara Huawei berkata, "CMI mempunyai beraneka sumber dalam kabel dasar laut dan daratan global, POP serta pusat data. Ia juga mempunyai ketersambungan awan yang inovatif serta ekosistem berbilang-awan yang kompetitif. Dengan menggunakan HUAWEI CLOUD pada ekosistem berbilang-awan CMI dan platform Cloud Connect, pelanggan dapat mengalami perkhidmatan awan+sambungan HUAWEI sehenti. Gabungan antara rangkaian global CMI dengan sumber awan awam tangkas Huawei akan membantu perusahaan-perusahaan tajaan Cina berkembang ke peringkat global dengan pantas, dan membantu perusahaan-perusahaan tajaan asing membawa perniagaan mereka dengan segera ke Asia Tenggara. Di samping itu, kedua-dua pihak akan membantu syarikat-syarikat perusahaan tempatan di Asia Tenggara untuk mencapai inovasi dan transformasi perniagaan dengan pantas demi memenuhi keperluan pasaran yang sentiasa berubah-ubah. Kami merancang untuk mengembangkan rakan kongsi dengan aktif, terus melabur dan membina ekosistem awan kelas-perusahaan, berkongsi amalan terbaik kami dan menyediakan penyelesaian teknikal yang terbaik kepada pelanggan di Asia Tenggara."

CMI dan Huawei Cloud International akan terus meluaskan liputan perkhidmatan dan meningkatkan ketangkasan perkhidmatan bagi menyediakan perkhidmatan awan berkualiti tertinggi.

CMI terus bergiat aktif mempromosikan ketersambungan global dan menyediakan sokongan padu untuk Inisiatif Jalur dan Jalan. Sebagai peneraju industri, CMI memiliki sumber-sumber kabel daratan di kawasan Mekong dan mengambil bahagian dalam pembinaan kabel dasar laut SJC2. Kabel ini dihubungkan kepada 11 stesen pendaratan di Asia dan dijangka siap pada suku keempat tahun 2020. CMI bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pembinaan dua stesen pendaratan untuk kabel dasar laut SJC2 di Shanghai dan Hong Kong. Kabel SJC2 akan meningkatkan kapasiti lebar jalur transmisi di Asia dengan ketara.

Latar Belakang China Mobile International Limited

China Mobile International Limited (CMI) ialah subsidiari milik penuh China Mobile. China Mobile kini merupakan pengendali telekomunikasi yang terbesar di dunia mengikut skala rangkaian dan kumpulan pelanggan, dan merupakan antara yang terbaik dari segi permodalan pasaran dan nilai jenama. Bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik demi memenuhi peningkatan permintaan dalam pasaran telekomunikasi antarabangsa, China Mobile menubuhkan sebuah subsidiari, CMI, pada Disember 2010, bertanggungjawab khususnya terhadap operasi perniagaan antarabangsa. Memanfaatkan sokongan padu oleh China Mobile, CMI menyediakan rangkaian penuh perkhidmatan telekomunikasi antarabangsa yang komprehensif termasuk IDD, perayauan, Internet, perkhidmatan MNC dan Perniagaan Bernilai Tambah di seluruh dunia.

Beribu pejabat di Hong Kong, CMI meluaskan jejak kami di 20 negara merentasi wilayah-wilayah berbeza, dan mempunyai pasukan profesional di lapan negara utama di Asia Tenggara.

Latar Belakang HUAWEI CLOUD

HUAWEI CLOUD ialah penyedia perkhidmatan awan bertaraf dunia yang menawarkan perkhidmatan pengkomputeran storan, rangkaian dan sekuriti yang boleh diskala dan andal untuk syarikat-syarikat perusahaan yang ingin mengubah perniagaan mereka pada tahap kemampuan mereka sekaligus mengurangkan kos pengendalian, meningkatkan ketangkasan perniagaan dan memudahkan operasi.

HUAWEI CLOUD komited untuk membantu syarikat-syarikat perusahaan bersaiz sederhana dan besar menangani masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka dalam transformasi awan. Ia juga sentiasa bersedia membantu syarikat-syarikat perusahaan bersaiz kecil dan sederhana berkembang dan menginovasi masa depan mereka. HUAWEI CLOUD mengalu-alukan perkongsian bersama syarikat-syarikat bertaraf global yang bersedia membangunkan penyelesaian yang inovatif dan mencipta nilai untuk pelanggan serta rakan kongsi.

Perhubungan Media:

Yan Cheng 
Tel: +852-3975-6751 
Emel: yancheng@cmi.chinamobile.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180326/2088715-1

Source: China Mobile International Limited
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications