omniture

Sailor Jerry Spiced Rum Perkenal Botol Direka Bentuk Semula Peringati Legenda Tatu Norman "Sailor Jerry" Collins

William Grant & Sons
2018-04-03 18:00 850

DUBLIN, 3 April 2018 /PRNewswire/ --

Sailor Jerry Spiced Rum, dicipta bagi memperingati Bapa Amerika tatu gaya lama, Norman "Sailor Jerry" Collins, melancarkan reka bentuk botol baharu yang berani dengan ikonografi dan imejan yang menonjolkan lagi sejarah kehidupan Collins, meningkatkan dedikasi rum ini untuk menceritakan dan meraikan kisah beliau serta membina komuniti yang terdiri daripada individu-individu yang berfikiran sealiran di serata dunia. Bungkusan baharu dan ditambah baik, yang mengandungi cecair sama yang memenangi anugerah dan telah dinikmati oleh ramai orang selama bertahun-tahun lamanya, akan dilancarkan awalnya pada Mac 2018 dan akan tersedia dalam pasaran-pasaran seluruh dunia sepanjang tahun 2018.

generated by system

generated by system

Sailor Jerry Spiced Rum ialah rum gaya lama yang asli dan tulen. Pada masa lalu, kelasi biasanya memperhalusi seteguk rum mereka dengan rempah ratus, dan Sailor Jerry Spiced Rum mengikuti tradisi yang sama. Hasilnya ialah rum yang begitu kuat dan halus. Rum Caribbean yang diadunkan dengan 100% rempah ratus asli dan perisa, Sailor Jerry mempunyai semangat "All-In" ("Komited Sepenuhnya") dan sikap yang berpendirian berdasarkan nama rum yang terkenal dengan kata-kata, "Hasil kerja saya menjadi bukti kehebatannya."

Norman "Sailor Jerry" Collins ialah seorang veteran Tentera Laut yang membina reputasi beliau dengan melakar tatu pada tentera dan kelasi pada era WWII di Honolulu, tempat beliau menubuhkan salun tatu beliau yang kini menjadi legenda. Botol yang diperbaharui itu mengimbau unsur-unsur klasik pada kad perniagaan kedai Hotel Street beliau yang terkenal, dengan imej-imej Hawaii dan tuf gunung berapi Diamond Head. Label tersebut turut memaparkan gadis yang menari tarian Hawaii, lakaran istimewa daripada karya seni tatu Collins bagi mewakili para kelasi yang telah mengunjungi Hawaii semasa mereka berkhidmat dalam Tentera Laut. Bahagian belakang botol pula menceritakan kisah ikonik Collins, bagi memperingati legasi dan falsafah beliau untuk menjalani kehidupan mengikut kemahuan anda sendiri.

Kemas kini tambahan pada reka bentuk botol baharu tersebut termasuk logo tulisan Sailor Jerry yang lebih besar pada latar belakang bulatan hitam yang terang, menjadikannya dapat dilihat dengan jelas pada mana-mana rak kedai, bar belakang atau rak kabinet minuman. Pengirim luar akan dimaklumkan dengan reka bentuk terkini itu bagi menonjolkan wajah botol baharu berkenaan.

"Norman Collins menjadi inspirasi buat ramai orang dan memberi kesan luar biasa terhadap generasi-generasi masa depan," kongsi Chin Ru Foo, Pengarah Jenama Global - Sailor Jerry Spiced Rum. "Kami di Sailor Jerry Spiced Rum, jenama yang masih menggunakan nama beliau pada hari ini, meraikan kehidupan beliau, etos dan minat beliau, dalam segala-gala yang kami lakukan. Evolusi botol yang menampilkan ikonografi dan imejan klasik direka untuk berkongsi kisah Norman dalam cara yang lebih bermakna dan peribadi bersama seluruh dunia."

Norman "Sailor Jerry" Collins dilahirkan pada 14 Januari 1911 dan serta merta menemui minat beliau untuk melakar tatu semasa menjelajah ke Amerika Syarikat dengan menaiki kereta api barang. Ketika berusia 19 tahun, Collins menyertai Tentera Laut A.S. dan beliau mula terdedah dengan seni serta budaya Asia Tenggara. Susulan daripada perkhidmatan tentera laut beliau, Collins menjadikan Honolulu era-WWII sebagai tempat menetap dan terus mengasah kemahiran beliau sebagai artis tatu. Kelasi-kelasi yang mendapat Pelepasan di Honolulu sanggup beratur panjang selama berjam-jam di luar kedai tatu Hotel Street milik Collins untuk mendapatkan lakaran tatu daripada pakar tatu itu sendiri. Bukan seorang individu yang gemar berehat sahaja, Collins juga menjadi ketua berlesen untuk skuner besar dengan tiga tiang, bermain saksofon dalam kumpulan beliau sendiri dan kerap menjadi hos rancangan radio. Minat-minat peribadi beliau ini kini diraikan menerusi Sailor Jerry Spiced Rum dan dikongsikan bersama individu-individu yang sealiran.

"Kami berasa teruja untuk berkongsi wajah baharu yang berani ini bersama komuniti Sailor Jerry yang semakin berkembang, dan berharap dapat meraikannya bersama mereka sepanjang tahun ini," tambah Foo.

Bungkusan baharu ini akan dilancarkan di Amerika Syarikat pada Mac 2018, diikuti dengan United Kingdom dan seluruh pelosok dunia mulai Mei 2018.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Sailor Jerry Spiced Rum, log masuk ke http://www.sailorjerry.com.

https://www.youtube.com/watch?v=FbmktHaU6ps&feature=youtu.be

Source: William Grant & Sons
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages