omniture

LONGi catat rekod perbelanjaan R&D industri solar, menurut PV Tech

LONGi Solar
2018-04-12 14:55 1046

XI'AN, China, 12 April 2018 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, PV Tech menyiarkan satu artikel tentang pengeluar modul monohabluran berkecekapan tinggi bersepadu yang terkemuka dan ahli 'Liga Super Modul Silikon' (SMSL) LONGi Green Energy Technology. LONGi mencatatkan rekod perbelanjaan penyelidikan & pembangunan (R&D) industri solar baharu pada tahun 2017, bukan sekadar berjaya mengatasi dua peneraju bersejarah, First Solar dan SunPower, tetapi turut membelanjakan lebih banyak dalam satu tahun berbanding mana-mana pengeluar PV setakat ini.

Menurut laporan kewangan tahun 2017 yang dikeluarkan baru-baru ini oleh LONGi, jumlah perbelanjaan R&D pada tahun 2017 mencecah hampir dua kali ganda kepada RMB 1.1 bilion (US$175.7 juta), meningkat 96.67% berbanding US$89.2 juta pada tahun 2016. 

LONGi melaporkan jumlah pendapatan sebanyak RMB 16.362 bilion (US$2.59 bilion) pada tahun 2017, meningkat hampir 42% berbanding tahun sebelumnya. Dengan itu, perbelanjaan R&D menyumbang kepada pendapatan sebanyak 6.77% pada tahun 2017.

Menurut analisis perbelanjaan R&D oleh PV Tech yang telah lama dijalankan terhadap pengeluar-pengeluar modul PV terkemuka, hanya SunPower yang hampir sama tahapnya dengan LONGi apabila, pada tahun 2015, perbelanjaan R&D menyumbang kepada pendapatan sebanyak 6% dan First Solar mengungguli dengan kadar 5.1% pada tahun 2011.

Walau bagaimanapun, salah satu metrik utama ialah LONGi berjaya mengatasi pengeluar-pengeluar dengan perbelanjaan R&D yang tertinggi sejak bertahun-tahun, iaitu First Solar dan SunPower, dengan margin yang ketara. Kedua-dua syarikat mengurangkan perbelanjaan R&D pada tahun 2017, pertama kali bagi SunPower dalam tempoh empat tahun, manakala First Solar mengurangkan perbelanjaan R&D buat tahun ketiga berturut-turut.

Sebaliknya, LONGi meningkatkan perbelanjaan R&D selama enam tahun berturut-turut dan mengekalkan pelaburan R&D pada tahap yang tinggi sepanjang empat tahun yang lalu.

Pada mulanya, LONGi ialah pengeluar khusus jongkong dan wafer monohabluran, namun pada tahun 2015, syarikat ini mula mengeluarkan sel dan modul solar monohabluran. Menumpu pada teknologi PERC (Sel Belakang Pemancar Pasif) berkecekapan tinggi, perbelanjaan R&D yang dibuat hampir berganda setiap tahun selepas tahun 2016.

LONGi Green Energy Technology set a new solar industry R&D expenditure record in 2017, not only surpassing the two historical leaders, First Solar and SunPower, but spent more in one year than any PV manufacturer to date.
LONGi Green Energy Technology set a new solar industry R&D expenditure record in 2017, not only surpassing the two historical leaders, First Solar and SunPower, but spent more in one year than any PV manufacturer to date.

Namun begitu, dalam melaporkan perbelanjaan R&D sebanyak US$175.7 juta, LONGi turut mencatatkan rekod perbelanjaan industri solar tahunan baharu, menurut analisis oleh PV Tech.

Terdahulu, First Solar memegang rekod sebanyak US$143.9 juta, yang dicatatkan pada tahun 2014. First Solar kekal menjadi peneraju dalam perbelanjaan R&D mengikut asas kumulatif, mencecah lebih US$1.11 bilion antara tahun 2007 dan 2017. 

SunPower kekal berada di tempat kedua dengan perbelanjaan mencecah lebih US$663 juta dalam tempoh masa yang sama. Walau bagaimanapun, LONGi berjaya mengatasi beberapa pengeluar PV yang lain bagi menduduki tempat ketiga dengan perbelanjaan R&D kumulatif sebanyak lebih US$390 juta sejak tahun 2012.

Artikel asal PV Tech boleh ditemui di: https://www.pv-tech.org/news/longi-sets-solar-industry-record-for-rd-spending

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180411/2102116-1

Source: LONGi Solar
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Survey, Polls & Research