omniture

Tessa Therapeutics umum Ahli Lembaga baharu dan tingkatkan pusingan pembiayaan terkini

Tessa Therapeutics
2018-04-13 11:29 913
  • Göran Ando, mantan Pengerusi Novo Nordisk A/S bakal sertai Lembaga Pengarah Tessa  
  • Pusingan pembiayaan terkini meningkat sebanyak USD 50 juta berdasarkan permintaan tambahan yang tinggi, menjadikan jumlah dana yang dikumpul dalam pusingan ini kepada USD 130 juta  

SINGAPURA, 13 April 2018 /PRNewswire/ -- Tessa Therapeutics, sebuah syarikat biofarmaseutikal peringkat klinikal bertaraf antarabangsa yang menumpu pada rawatan imunoterapi selular untuk kanser, berbesar hati mengumumkan bahawa Göran Ando, mantan Pengerusi Novo Nordisk A/S, menyertai Lembaga sebagai Pengarah Bebas.

Syarikat turut mengumumkan bahawa, disebabkan oleh permintaan tambahan dalam pusingan pembiayaan terkininya, ia dapat mengumpul tambahan USD 50 juta, menjadikan jumlah yang dikumpul dalam pusingan tersebut kepada USD 130 juta. Tessa akan menggunakan hasil kutipan tersebut untuk meneruskan kemajuan rancangan klinikalnya dan memperkenalkan terapi baharu dalam percubaan klinikal, meluaskan jenis kanser yang dapat dirawat menggunakan platform sel T Khusus Virus (VST) syarikat.

Mengulas mengenai jawatan baharu beliau, Dr. Göran Ando berkata, "Imunoterapi dan khususnya terapi sel T, ialah salah satu bidang paling menarik dalam sektor rawatan kesihatan hari ini dan Tessa Therapeutics menjadi peneraju dalam bidang mereka. Saya berbesar hati untuk menyertai Lembaga dalam syarikat inovatif ini dan berharap dapat bekerjasama dengan rakan-rakan sejawat Lembaga saya serta pihak pengurusan untuk terus membangunkan rancangan ke arah menjadikan terapi-terapi baharu tersedia kepada para pesakit."

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Tessa Therapeutics, Andrew Khoo berkata, "Saya dengan bangganya mengalu-alukan Dr. Ando ke dalam Lembaga Tessa Therapeutics. Pengalaman luas yang dibawakan oleh Göran daripada kerjaya hebat beliau dalam memimpin beberapa syarikat rawatan kesihatan dan farmaseutikal terkemuka di dunia akan menjadi faedah yang besar buat kami semua. Digabungkan dengan pembiayaan tambahan yang berjaya kami kumpul dengan meluaskan pusingan pembiayaan terkini kami, saya berpendapat kini kami berada pada saat penting dalam perjalanan kami sebagai pengusaha penting dalam pembangunan imunoterapi selular, dan kami turut berbesar hati kerana Dr. Ando menyertai kami di tahap yang menarik ini."

Dr. Ando membawakan pengalaman selama lebih 35 tahun dalam rawatan kesihatan antarabangsa kepada Tessa Therapeutics. Memulakan kerjaya beliau di Pfizer, beliau menyandang jawatan kanan di syarikat-syarikat rawatan kesihatan dan farmaseutikal terkemuka di dunia termasuk Bristol-Myers Squibb dan GlaxoSmithKline, sebelum menyertai Pharmacia AB sebagai Naib Presiden Eksekutif dan kemudiannya menjadi Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif pada tahun 1995. Terbaharu, Dr. Ando berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Cell Tech Group PLC dan menjadi Penasihat Kanan untuk kumpulan pelaburan pakar rawatan kesihatan utama Essex Woodlands sejak tahun 2007. Sehingga Mac 2018, Dr. Ando menjadi ahli Lembaga Pengarah Novo Holdings A/S.

Teknologi sel T Khusus Virus (VST) Tessa menunjukkan keputusan yang menarik dan profil keselamatan cemerlang dalam rawatan kanser. Syarikat tersebut kini menjalankan percubaan Fasa III berbilang pusat yang menyasarkan kanser nasofarinks dan percubaan Fasa I menyasarkan kanser serviks serta kanser orofarinks, dan bakal beralih kepada Fasa II pada tahun 2019. Selain itu, Tessa turut membangunkan rancangan luas program-program praklinikal yang menyasarkan kanser-kanser utama seperti hati dan peparu menggunakan platform VST.

***TAMAT***

Hubungi

Media: 

Tessa Therapeutics
Brunswick Group
Will Carnwath, Ben Fry
TessaTherapeutics@brunswickgroup.com
+65 6426 8188

Perhubungan Pelabur: 

Tessa Therapeutics
Trout Group
Gitanjali Jain Ogawa
gogawa@troutgroup.com
+1 646-378-2949

Latar Belakang Tessa Therapeutics

Tessa Therapeutics ialah sebuah syarikat biofarmaseutikal peringkat klinikal yang mempunyai visi saintifik untuk merevolusikan rawatan kanser dengan mengalihkan tindak balas imun antivirus poten tubuh bagi mengenali dan membunuh sel-sel kanser. Platform sel T khusus virus (VST) teras Tessa menunjukkan keputusan yang menggalakkan bagi rawatan tumor pepejal, dan syarikat membangunkan portfolio terapi bagi menangani pelbagai jenis tumor dengan menggabungkan kualiti platform sel T dengan teknologi-teknologi pelengkap. Percubaan utama Tessa untuk karsinoma nasofarinks (NPC) ialah percubaan imunoterapi sel T Fasa III yang terbesar di dunia untuk sebarang indikasi kanser. Syarikat turut membangunkan keupayaan operasi dan rantaian bekalan yang mantap bagi menyediakan rawatan terapi sel T autologus dengan jayanya kepada kumpulan pesakit yang luas merentasi lima negara. Gabungan teknologi daripada rakan akademik, klinikal dan komersial membolehkan syarikat mewujudkan pendekatan yang bersepadu sepenuhnya terhadap rawatan kanser dengan imunoterapi.

Untuk maklumat lanjut tentang Tessa, sila layari www.tessatherapeutics.com

Source: Tessa Therapeutics
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Personnel announcements