SHANGHAI, 19 April 2018 /PRNewswire/ -- Unigroup Spreadtrum & RDA - syarikat semikonduktor tanpa fabrikasi yang terkemuka di dunia dan subsidiari utama Tsinghua Unigroup yang mempunyai teknologi termaju dalam komunikasi mudah alih dan IoT - hari ini mengumumkan secara rasminya bahawa platform cip mudah alih berprestasi tinggi SC9850 dan SC7731E Spreadtrum menyokong sepenuhnya AndroidTM 8.1 (versi Go). Kolaborasi erat Unigroup Spreadtrum & RDA dengan GoogleTM melalui Android Go bukan sahaja dapat memendekkan masa untuk dipasarkan kepada pengguna peranti Android, tetapi turut menyediakan peranti ini dengan tahap keselamatan yang mantap dan pengalaman prestasi yang lebih baik.
Pada Februari 2018, Unigroup Spreadtrum & RDA mengumumkan ia telah menyertai program GMS Express. Hanya sebulan kemudian, SC9850 dan SC7731E Spreadtrum kini menyokong Android 8.1 (versi Go) serta GMS Express for Go, dan lebih banyak platform SoC akan memberi sokongan dalam masa terdekat. Peranti pintar berasaskan SC7731E Spreadtrum Android 8.1 (versi Go) memberikan prestasi yang lancar dan pengalaman pengguna yang sangat hebat dengan RAM 512 MB.
Platform-platform SoC Unigroup Spreadtrum & RDA telahpun lulus Pensijilan Android Go - bermakna ia dapat menyediakan pengeluar peranti mudah alih dengan perisian Android yang diuji terlebih dahulu, diperakui terlebih dahulu dan serasi sepenuhnya, yang mencakupi Perkhidmatan Mudah Alih Google (GMS), Suit Ujian Keserasian Google (CTS) dan pengemaskinian keselamatan setiap bulan. Ini bukan sahaja dapat mengurangkan dengan ketara masa yang diperlukan untuk mengesahkan keserasian dengan Google dan membolehkan produk dipasarkan dengan lebih pantas, tetapi juga membolehkan pengguna menerima pengemaskinian keselamatan yang tetap dan sokongan teknikal serta merta daripada Android, mengurangkan risiko pencerobohan peranti.
"Unigroup Spreadtrum & RDA sentiasa komited untuk menyediakan pelanggan dengan penyelesaian yang berkesan kos dan menyeluruh," kata En. Adam Zeng, Naib Presiden Eksekutif Global Unigroup dan Ketua Pegawai Eksekutif Unigroup Spreadtrum & RDA. "Melalui jalinan kerjasama dengan Google bagi versi Android Go dan GSM Express, kami dapat membekalkan pelanggan dengan platform cip berprestasi tinggi dengan konfigurasi yang kompetitif sekaligus membantu mereka mencapai tempoh untuk dipasarkan yang pendek untuk produk akhir mereka dan meningkatkan pengurusan kecekapan tenaga, keselamatan dan pengalaman pengguna mereka. Pada masa depan, rangkaian penuh produk Spreadtrum daripada Unigroup Spreadtrum & RDA akan menyokong sepenuhnya edisi Android Go serta GMS Express dan kami akan berusaha bersama-sama pelanggan global untuk mencapai kejayaan yang pantas dalam persaingan pasaran."
Google dan Android ialah tanda dagangan berdaftar Google.