omniture

Singapore Airlines harapkan perkhidmatan FlytCARE Thales untuk pesawat A350 jarak sederhana

Thales
2018-04-23 10:00 320

SINGAPURA, 23 April 2018 /PRNewswire/ --

Perkara-perkara Utama:

  • Perkhidmatan FlytCARE Thales akan disediakan untuk kumpulan pesawat A350 XWB jarak sederhana Singapore Airlines
  • FlytCARE melibatkan penyelenggaraan laluan, perisian dan pemuatan kandungan media, pembaikan dan sokongan di lapangan terbang Singapura serta lokasi-lokasi utama akan datang yang lain dalam jaringan Singapore Airlines
  • Terdahulu, Singapore Airlines memilih sistem IFE AVANT Thales dan penyelesaian ketersambungan Ka-band untuk kumpulan pesawat A350 XWB

Semasa Ekspo Dalaman Pesawat, Thales dan Singapore Airlines mengukuhkan kerjasama mereka dengan mengumumkan seleksi perkhidmatan FlytCARE Thales untuk kumpulan pesawat A350 XWB jarak sederhana syarikat penerbangan ini.

Diiktiraf atas piawaiannya yang tinggi terhadap perkhidmatan dan pengalaman dalam kabin, Singapore Airlines mencapai visinya iaitu keselesaan penumpang yang berkualiti dengan menyediakan pengalaman dalam pesawat yang melangkaui jangkaan penumpang. Dengan perkhidmatan FlytCARE Thales, Singapore Airlines terus memperlihatkan kepercayaan mereka terhadap komitmen Thales untuk menjadikan pengalaman perjalanan lebih menyeronokkan buat semua penumpang.

Sebelum ini, Singapore Airlines memilih sistem IFE AVANT canggih daripada Thales serta penyelesaian ketersambungan Ka-band untuk kumpulan pesawat A350 XWB yang dikonfigurasi untuk operasi jarak sederhana. Gandingan antara ketersambungan Ka-band global dengan inovasi IFE terkini Thales menyediakan perkhidmatan unik yang mengubah pengalaman penumpang ke mana-mana mereka terbang.

Melalui perjanjian FlytCARE, Thales akan menyediakan perkhidmatan dan menyokong sistem hiburan serta ketersambungan dalam pesawat dengan menjalin kerjasama bersama SIA Engineering Company (SIAEC) bagi menyediakan piawaian industri yang tertinggi. Program penyelenggaraan siap guna ini menjamin perkhidmatan luar biasa dalam seluruh kumpulan pesawat A350 jarak sederhana syarikat penerbangan, seraya membolehkan Singapore Airlines menumpu pada aktiviti-aktiviti perniagaan utama. Di samping itu, perjanjian yang dimeterai bersama SIAEC terus memperlihatkan komitmen Thales dalam mengukuhkan kolaborasinya bersama rakan-rakan kongsi industri Singapura.

"Thales berbangga dapat meluaskan perkongsiannya bersama Singapore Airlines serta menyokong jenamanya dengan memberikan pengalaman penumpang yang unggul. Pilihan Singapore Airlines terhadap perkhidmatan FlytCARE Thales untuk IFE AVANT dan sistem ketersambungan ialah demonstrasi selanjutnya terhadap matlamat yang dikongsi bersama bagi mendorong kepuasan penumpang pada tahap tertinggi," kata Kevin Chow, Pengarah Negara & Ketua Pegawai Eksekutif Thales di Singapura.

Thales telah bertapak kukuh di Singapura sejak empat dekad lalu dengan tenaga kerja seramai 700 kakitangan berdedikasi dalam seluruh perniagaan Aeroangkasa, Pertahanan, Keselamatan dan Pengangkutan Darat. Pusat Sokongan Pelanggan (CSC) avionik Singapura menyediakan perkhidmatan pembaikan, rantaian bekalan dan kejuruteraan kepada pelanggan di seluruh Asia Pasifik dan dilengkapi sepenuhnya bagi menyokong Singapore Airlines dengan menyelenggarakan peralatan pesawat sekaligus memaksimumkan tahap kecekapan.

Latar Belakang Thales

Pihak-pihak yang menjadi harapan kita semua dalam memastikan segalanya teratur – mereka bergantung pada Thales. Pelanggan kami mendapatkan perkhidmatan daripada kami dengan cita-cita yang tinggi: untuk menjadikan kehidupan lebih baik, memastikan kita semua lebih selamat. Menggabungkan kepelbagaian unik antara kepakaran, bakat dan budaya, arkitek-arkitek kami mereka bentuk dan menyediakan penyelesaian teknologi tinggi yang luar biasa. Penyelesaian yang dapat mewujudkan masa depan, bermula hari ini. Dari dasar lautan ke ruang angkasa dan ruang siber yang luas, kami membantu pelanggan kami berfikir dengan lebih pintar dan bertindak lebih pantas - menguasai kerumitan yang lebih besar dan setiap detik penentuan sepanjang perjalanannya. Dengan 65,000 kakitangan di 56 negara, Thales melaporkan jualan sebanyak EUR5.8 bilion pada tahun 2017.

www.thalesgroup.com

Sila layari:

Thales Group 
Aeroangkasa Awam 
Media  

Source: Thales
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Transportation Licensing/marketing agreements