omniture

Cabaran Kembara Berpandu Arah Bandar-bandar Dunia 2018 Merentasi Xiamen galakkan kecergasaan nasional

Xiamen Hi-Team C&D Communication Consultant Co., Ltd
2018-04-25 08:24 419

Acara tawarkan peluang untuk pelajari bandar Xiamen lebih lanjut dan perkara yang jadikan bandar istimewa

XIAMEN, China, 25 April 2018 /PRNewswire/ -- Cabaran Kembara Berpandu Arah Bandar-bandar Dunia 2018 Merentasi Xiamen dimulakan di Wuyi Culture Square, hab kebudayaan Xiamen, pada 21 April. Acara ini dianjurkan oleh Xiamen Hi-Team C&D Communication Consultant Co., Ltd., subsidiari milik penuh Xiamen C&D International Travel Service Group Co., Ltd. dan dianjurkan bersama Pentadbiran Pelancongan Daerah Siming, Biro Kebudayaan, Sukan, Akhbar dan Penerbitan Daerah Siming serta Biro Pelancongan Kebudayaan, Sukan, Akhbar dan Penerbitan Daerah Huli.

Di majlis perasmian Cabaran Kembara Berpandu Arah Bandar-bandar Dunia 2018 Merentasi Xiamen
Di majlis perasmian Cabaran Kembara Berpandu Arah Bandar-bandar Dunia 2018 Merentasi Xiamen

Meneruskan kejayaan edisi tahun lalu, acara tahun ini membawakan jadual perjalanan yang mencakupi tujuh jenis tarikan pelancongan, termasuk tempat-tempat menarik, bangunan awam, jalan raya yang terkenal dengan kluster restoran hidangan makanan mewah serta pusat membeli belah. Para peserta perlu menyelesaikan jenis-jenis tugasan berbeza berkaitan sejarah, fesyen dan gaya hidup bandar, serta budaya, hiburan dan sukan tontonan, semasa proses penerokaan dan penemuan perkara yang menjadikan Xiamen satu tarikan pelancongan.

Sebagai acara berskala luas, Cabaran Kembara Berpandu Arah Bandar-bandar Dunia 2018 Merentasi Xiamen menerima pendaftaran kira-kira 5,000 peserta tahun ini, berbanding 3,000 peserta pada tahun 2017. Peserta-peserta luar menyumbang sebanyak lebih 40 peratus daripada jumlah keseluruhan, mencapai jumlah tertinggi yang baharu.

Cabaran Kembara Berpandu Arah Bandar-bandar Dunia, acara bertaraf antarabangsa yang dianjurkan bersama Persekutuan Bandar-bandar Pelancongan Dunia, Pusat Penyelarasan Shanghai bagi Hari Bandar-bandar Dunia serta Xiamen C&D International Travel Service Group, telahpun diadakan buat tahun ketiga berturut-turut. Roy Luo, Timbalan Pengurus Besar Xiamen Hi-Team C&D Communication Consultant, berkata selain Xiamen, acara ini akan diadakan di Xi'an, Shanghai, Yinchuan, Guilin dan bandar-bandar lain di seluruh China.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180424/2111916-1

Source: Xiamen Hi-Team C&D Communication Consultant Co., Ltd
Keywords: Sporting Events Travel