BEIJING, 25 April 2018 /PRNewswire/ -- Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, silikon karbida dan semikonduktor bandgap lebar lain telah menjadi titik permulaan persaingan strategik dalam bidang berteknologi tinggi global dan titik panas dalam industri semikonduktor dan bahan di seluruh dunia. Bahan semikonduktor bandgap lebar telah membentuk industri yang besar dalam bidang pencahayaan semikonduktor, dan ia akan membangun lebih mendalam dalam bidang peranti kuasa elektronik.
Persidangan antarabangsa ICSCRM (Persidangan Antarabangsa tentang Silikon Karbida dan Bahan Berkaitan) dan ECSCRM (Persidangan Eropah tentang Silikon Karbida dan Bahan-bahan Berkaitan) telah ditubuhkan, yang mencerminkan trend pembangunan teknologi di Amerika Syarikat dan Eropah. Untuk menggalakkan pembangunan silikon karbida dan semikonduktor bandgap lebar lain di rantau Asia Pasifik, Persidangan Asia Pasifik mengenai Silikon Karbida dan Bahan-Bahan Berkaitan (APCSCRM 2018) bakal diadakan pada 9 – 12 Julai 2018 di Beijing dengan lebih 400 peserta, yang ditaja oleh IAWBS (Persatuan Inovatif Teknologi Semikonduktor Bandgap Lebar), IOP (Instititut fizik sains akademi China) dan Persatuan Seramik Beijing.
Persidangan APCSCRM 2018 akan memberi tumpuan kepada topik-topik yang berkaitan dengan bahan bandgap (seperti SiC, GaN, AIN, berlian, Ga2O3 dan lain-lain), termasuk pembangunan penyelidikan dan aplikasi terhadap Pertumbuhan Bahan, struktur dan sifat fizikal Bahan, peranti Optoelektronik & kuasa dan perkakasan berkaitan. Pertukaran yand meluas akan dijalankan yang akan meningkatkan kerjasama dan komunikasi penyelidikan industri-universiti-penyelidikan. Kami percaya APCSCRM 2018 akan memainkan peranan yang penting dalam menggalakkan penyelidikan akademik, kemajuan teknologi dan pembangunan industri bahan semikonduktor bandgap lebar dan peranti-peranti di rantau Asia Pasifik.
APCSCRM akan menjadi persidangan peringkat tertinggi terhadap Silikon Karbida dan Bahan Berkaitan, Peranti dan Aplikasi di rantau Asia Pasifik. Dari tahun 2018, persidangan ini akan diadakan setiap tahun di lokasi berbeza di rantau Asia Pasifik. Mengenai butiran lanjut, sila lihat laman sesawang persidangan antarabangsa: http://www.apcscrm2018.iawbs.com/.