omniture

Jelajah Dunia Bola Tampar Pantai Federation Internationale de Volleyball (FIVB): Juara-Juara Baharu bakal Dinobat di Langkawi

Pasukan Malaysia Berharap Menyerlah di Gelanggang Sendiri
E-Plus Global Sdn Bhd
2018-04-27 09:43 897

PETALING JAYA, Malaysia, 27 April 2018 /PRNewswire/ -- Dengan bilangan pesaing yang lebih ramai, Jelajah Dunia Bola Tampar Pantai Federation Internationale de Volleyball (FIVB) -- Kejohanan Terbuka Langkawi 2018 bakal menobatkan juara-juara baharu dalam pertandingan kategori lelaki dan wanita. Berjaya menarik lebih banyak pasukan berbanding tahun lalu, perlawanan tersebut yang dipromosikan dan dianjurkan oleh E-Plus Global berlangsung mulai 26 hingga 29 April di Pantai Cenang, Langkawi, Malaysia.

Perlawanan ini dijangka menjadi aksi sengit bagi kategori lelaki dengan pemain-pemain Thailand, Nuttanon Inkiew/Sedtawat Padsawud berada dalam perlawanan utama, yang merupakan pemenang perlawanan WT1 terkini di Satun, Thailand. Bakal mengalahkan pesaing mereka dan tidak sabar-sabar untuk membalas kekalahan mereka terhadap pasukan Thailand di Satun ialah pasukan Indonesia di kedudukan teratas, Ade Candra Rachmawan/Mohammad Ashfiya.

Berdepan dengan sekumpulan pesaing yang kuat, negara tuan rumah, Malaysia akan diwakili oleh tiga pasukan dalam perlawanan utama. Kapten Pasukan Malaysia, Rafi Asruki Nordin mengakui cabaran sukar daripada pasukan Indonesia namun berharap dapat memanfaatkan kelebihan bermain di gelanggang sendiri. Beliau berkata, "Peluang mengadakan Jelajah Dunia di Malaysia adalah penting khususnya bagi tujuan pendedahan, pembangunan dan penambahbaikan di peringkat pemain bola tampar pantai kami."

Bergandingan dengan Raja Nazmi Saifuddin Raja Hussin tahun ini, Rafi berharap dapat memperbaiki kedudukan kelima beliau tahun lalu. Beliau berkata, "Tahun ini, saya mempunyai ahli pasukan baharu namun amat berpengalaman. Ini satu peluang hebat kerana ia berfungsi sebagai sebahagian daripada program latihan jangka lebih panjang kami dan khususnya, persiapan kami untuk Sukan Asia lewat tahun ini." Dua pasukan Malaysia yang lain ialah Gee Jia Wei/How Juen Ang dan Yong Wai Kin/Kwan Young Kuck.

Kategori wanita juga sama hebat saingannya dengan Michelle Sharon Valinete Amarilla/Erika Sofia Mongelos Bobadilla dari Paraguay, Dhita Juliana/Putu Utami dari Indonesia, Phoebe Bell/Jessyka Ngauamo dari Australia dan Julia Tilley/Alice Bain dari New Zealand, kesemuanya berentap agar berpeluang menggenggam pingat. Sementara itu, pemain-pemain Malaysia, Lai Jessie dan Shu Woon Joo berharap dapat mengambil peluang daripada pertandingan ini untuk memanfaatkan pengalaman kompetitif mereka.

"Dengan bilangan pesaing yang lebih ramai, kami menjangkakan perlawanan yang sengit dan prospek yang menarik untuk menobatkan juara-juara baharu dalam perlawanan kategori lelaki dan juga wanita. Para peminat telahpun bersiap sedia untuk menyaksikan perlawanan yang amat mengujakan!" ulas Andrew Ching, Ketua Pegawai Eksekutif E-Plus Global.

Pertandingan ini bermula pada hari Khamis dengan pusingan kelayakan, pusingan 12 pada hari Jumaat, peringkat suku akhir pada hari Sabtu manakala peringkat separuh akhir dan perlawanan akhir berlangsung pada hari Ahad.

Source: E-Plus Global Sdn Bhd
Keywords: Sporting Events Sports