omniture

Laporan 'State of Digital' GroupM: Masa dengan Media Dalam Talian bakal Langkau TV Linear dalam tahun 2018

GroupM
2018-05-03 12:00 546

E-Dagang akan Bertumbuh 15% dalam tahun 2018, Mewakili 10% Runcit

NEW YORK dan LONDON, 3 Mei 2018 /PRNewswire/ -- GroupM, kumpulan pelaburan media WPP, melancarkan laporan baharu, "State of Digital", menawarkan kecerdasan trend penggunaan media pengguna dan pelaburan pengiklanan seluruh dunia. Antara beberapa siri penerbitan oleh GroupM meramalkan masa hadapan pasaran media di seluruh dunia, laporan baharu ini memberi tumpuan kepada impak keupayaan teknologi dan digital terhadap para pengguna dan pengiklan. 

Hari media sedunia diukur dengan pelaburan media tempatan






Agregat Purata Jam

2015

2016

2017

2018

Dalam Talian

2.70

3.19

3.53

3.69

TV Linear

3.78

3.76

3.71

3.63

Cetakan

0.68

0.66

0.70

0.68

Radio

1.67

1.71

1.74

1.73

Jumlah

8.83

9.31

9.68

9.73






Bahagian

2015

2016

2017

2018

Dalam Talian

31

34

36

38

TV Linear

43

40

38

37

Cetakan

8

7

7

7

Radio

19

18

18

18

Jumlah

100

100

100

100






Purata minit

2015

2016

2017

2018

Dalam Talian

162

191

212

221

TV Linear

227

226

222

218

Cetakan

41

39

42

41

Radio

100

102

104

104

Jumlah

530

559

581

584

GroupM menjadualkan masa yang diluangkan pengguna untuk setiap format media, secara global, dan mengira purata masa yang diluangkan dengan media secara keseluruhan. Dalam tahun 2018, para pengguna akan meluangkan purata 9.73 jam dengan media, meningkat daripada 9.68 jam dalam tahun 2017 (angka yang diselaras oleh pelaburan media). Selain itu, GroupM menjangkakan masa yang diluangkan dengan media dalam talian akan mengatasi masa yang diluangkan dengan TV linear untuk kali pertama, secara global, dalam tahun 2018. Dalam talian akan mempunyai 38% bahagian, TV 37% dan selebihnya tersebar terutamanya merentas cetakan dan radio.

Peningkatan masa yang diluangkan dengan media dalam talian menyokong peningkatan e-dagang yang berterusan. Tiga puluh lima negara telah membekalkan data e-dagang tahun 2017 kepada GroupM, mendedahkan urus niaga kumulatif yang bernilai $2.105 trilion, pertumbuhan sebanyak 17% melebihi tahun sebelumnya. GroupM meramalkan pertumbuhan sebanyak 15% dalam tahun 2018 ke $2.442 trilion atau hampir 10% dalam semua peruncit.

Untuk laporan ini, GroupM juga mengkaji trend pelaburan iklan yang programatik (automatik). Rata-rata di semua negara yang melaporkan, 44% pelaburan paparan dalam talian telah diurus niagakan secara programatik dalam tahun 2017 berbanding 31% dalam tahun 2016. Ini akan meningkat kepada 47% dalam tahun 2018. Untuk pelaburan video dalam talian, programatik adalah lebih kecil; 22% dalam tahun 2017 berbanding 17% dalam tahun 2016 dan dijangka meningkat kepada 24% tahun ini. (GroupM melaraskan pengiraannya berdasarkan saiz ekonomi pengiklanan negara.)


GroupM juga meninjau rangkaian luas WPP untuk melihat gambaran sepenuhnya topik hangat industri dengan lebih baik.

Rantaian blok: Setakat ini, terdapat sedikit bukti aplikasi yang praktikal. "Tarikan utama rantaian blok ialah lejar tersebar yang memberitahu semua orang segala-galanya dan dengan itu memberikan peluang untuk mengurangkan ketidakcekapan atau penipuan. Walau bagaimanapun, kelemahannya ialah keperluan untuk setiap komputer yang terlibat dikemas kini dengan segala-galanya pada sepanjang masa, dan ia terlalu perlahan untuk masa sebenar dunia," kata Adam Smith, Pengarah Masa Hadapan GroupM.

AI: Sebaliknya, responden melaporkan pembangunan yang mencukupi dan pelaksanaan terskala dengan Kecerdasan Buatan (AI). "Boleh dikatakan, alat pemasaran paling maju hari ini ialah algoritma canggih yang membantu jenama menganalisa penempatan kreatif atau media yang melakukan yang terbaik, pada skala dan kelajuan," kata Smith. "Di antara banyak aplikasi akan datang, kami berharap AI boleh membantu dalam menentang penipuan yang mengelak penyelesaian berdasarkan peraturan."

Data: Berkenaan aplikasi pemasar data kepada pelaburan media, responden menyatakan ruang yang mencukupi untuk penambahbaikan. Para pelanggan semakin sedar nilai data yang dimiliki/diperolehi, tetapi sering mengelak risiko untuk mendapat, menyimpan dan mengedarnya. Dalam banyak negara-negara kecil, data yang tersedia adalah sedikit. Kebanyakan pelanggan A.S. menggunakan data pihak pertama untuk mengaktifkan media digital, dan mereka sering melabur dalam platform pengurusan data perusahaan (DMP). Pasaran lain tidak jauh ketinggalan disebabkan oleh berbagai sebab. Pemasar yang sering menggunakan data pihak pertama merupakan mereka yang berorientasikan prestasi, didorong e-dagang, dan kebiasaannya terlibat dalam auto, perjalanan, hospitaliti, perbankan, atau kadang-kadang pasaraya dengan sistem jualan titik akhir yang diurus dengan baik.

Pertandingan video digital: Kerana pengukuran audiens video premium merentas platform amat tidak mencukupi dalam setiap pasaran, GroupM meminta responden untuk hanya menganggar bahagian penyandang TV berbanding kebangkitan digital. Pemain TV legasi dipercayai memegang tiga perempat daripada semua masa video tetapi kurang dari satu pertiga (29%) masa video dalam talian.

Metriks & kebolehlihatan: GroupM percaya bahawa pengiklanan yang berkesan mesti dilihat dan/atau didengar, dan kami mengambil kedudukan utama dalam menetapkan proses industri dan kebolehlihatan komersil. Konstituen melaporkan beberapa industri yang sedang berusaha untuk meningkatkan pengukuran audiens video platform omni. Sewaktu ia semakin meningkat maju, kebolehlihatan terus diperdebatkan dengan beberapa pembangkang mencadangkan iklan yang boleh dilihat 100% dalam persekitaran mudah ahli kadang kala boleh mengganggu dan menjadi negatif kepada pengalaman pengguna dan seterusnya jenama.

Pelaksanaan Dalaman: Responden berkata ia sering dibincangkan berbanding dilaksanakan, tetapi beberapa negara melaporkan pengaturan hibrid – kebiasaannya, para pelanggan mengambil strategi tetapi meletakkan pelaksanaan kepada agensi-agensi. Kebanyakan pelaksanaan dalaman melibatkan pelanggan terbesar melaksanakan fungsi programatik yang paling mudah.

Inflasi harga: Responden memetik dua pemacu inflasi: permintaan tinggi untuk kandungan jenama premium dan selamat dan pengukuran yang tidak cekap terhadap platform OTT dan mudah alih; kekurangan inventori yang boleh diukur mendorong kenaikan harga.

"Duopoli": Tiada pandangan pada lanskap digital global yang lengkap tanpa pengakuan bahawa Google dan Facebook terus menjadi pemacu pertumbuhan utama. Carian Google adalah sangat penting untuk para pelanggan, dan YouTube semakin penting untuk video berskala, dan "premium". Kebimbangan berkenaan kualiti inventori programatik dalam Rangkaian Paparan Google berterusan, tetapi penyelesaian sedang dijalankan. Kejayaan Facebook sebahagiannya adalah disebabkan oleh penyampaian penonton yang lebih muda melalui Instagram. Lonjakan dalam pelaburan pengiklan besar dalam tahun 2016-2017 juga membantu menggandakan saham Facebook dalam pelaburan digital di China.

"Automasi dan bakat ialah tema besar dalam revolusi pengiklanan semasa," kata Kelly Clark, Ketua Pegawai Eksekutif, GroupM Global. "Salah satu kelemahan pengkhususan ialah peningkatan pakar yang mengetahui banyak ilmu tentang perkara tertentu sahaja. Kita perlu menggunakan automasi untuk membebaskan kuasa otak, supaya orang yang berbakat boleh melihat merentas seluruh ekosistem media untuk membantu pelanggan mengoptimumkan keputusan jangka pendek dan mewujudkan nilai jenama jangka panjang."

Latar Belakang GroupM
GroupM ialah sebuah syarikat pengurusan pelaburan media global utama untuk agensi-agensi media WPP termasuk Mindshare, MediaCom, Wavemaker, Essence dan m/Six, dan syarikat audiens programatik didorong hasil, Xaxis. Bertanggungjawab terhadap lebih US $108B dalam pelaburan media tahunan oleh beberapa pengiklan terbesar dunia, agensi-agensi GroupM memberi kelebihan kepada pelanggan menerusi pandangan unik berhubung pasaran media dan audiens pengguna. GroupM mendayakan agensi-agensi dan para pelanggan dengan kepakaran perdagangan, data, teknologi dan pelbagai perkhidmatan istimewa termasuk TV, kandungan dan sukan yang boleh ditangani. GroupM bekerjasama erat dengan syarikat pengurusan pelaburan data WPP, Kantar dan kedua-duanya bersama-sama menyumbang sebanyak hampir 50% daripada pendapatan kumpulan WPP yang bernilai lebih US $19B. GroupM memberikan kelebihan pasaran yang tiada tandingan kepada pelanggan, pihak berkepentingan dan juga kakitangannya.

Ketahui lebih lanjut tentang GroupM di www.groupm.com
Ikuti @GroupMWorldwide melalui Twitter 
Ikuti GroupM melalui LinkedIn - https://www.linkedin.com/company/groupm

Hubungan Media:

David.Grabert@GroupM.com 
+1 212.297.8092

Samanta.Kops@GroupM.com 
+1 917.421.3019

Photo - https://mma.prnewswire.com/media/684372/GroupM_The_State_of_Digital.jpg

Logo -  https://mma.prnewswire.com/media/283547/groupm_Logo.jpg  

Source: GroupM
Related Links:
Keywords: Advertising Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Retail Television Survey, Polls & Research Blockchain