HONG KONG, 11 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak ISP Asia Pasifik Huawei diadakan hari ini di Hong Kong telah menghimpunkan lebih 150 ISP dan pakar industri dari Asia Tenggara bagi membincangkan bagaimana industri ISP dapat memajukan transformasi digital dan meneroka peluang baharu bagi mengembangkan ekonomi digital di Asia Pasifik. Di bawah tema "Menerajui ICT Baharu – Capai dan Percepat Revolusi Digital dengan ISP", Sidang Kemuncak ini dihadiri oleh pemimpin-pemimpin industri seperti United Information Highway Company Limited (UIH) dari Thailand. Semasa Sidang Kemuncak tersebut, Huawei melancarkan penyelesaian platform V5 FusionServer generasi seterusnya, penyelesaian CloudCampus dan penyelesaian bekalan kuasa tidak terganggu (UPS) FusionPower5000-S untuk pusat-pusat data yang besar di Asia Tenggara. Penyelesaian-penyelesaian ini direka untuk mempercepatkan transformasi digital ISP dan mempelbagaikan perkhidmatan mereka untuk membolehkan ekonomi digital berkembang maju.
Penyepaduan digital ASEAN akan mendorong pertumbuhan pesat ekonomi digital dan kehidupan yang selamat serta pintar, merangsang kemajuan ekonomi negara dan memacu pembangunan masyarakat pintar. Memandangkan kemudahan digital mengubah kehidupan orang ramai, ISP di Asia Pasifik semakin membangunkan perniagaan mereka dan memacu teknologi yang inovatif dalam segmen e-dagang, perangkaian sosial, permainan mudah alih dan pembayaran mudah alih merentasi negara-negara.
Penting untuk ISP beralih ke arah infrastruktur ICT tangkas yang akan mempercepatkan kematangan digital mereka. Qiu Lei, Naib Presiden Jabatan Jualan Pemasaran dan Penyelesaian Produk Huawei Enterprise Business Group, menyebutkan dalam ucapan alu-aluan beliau: "Kami komited untuk memperkasa transformasi digital ISP dan memajukan perkhidmatan digital mereka dengan menyediakan infrastruktur perkakasan dan perisian ICT sehenti yang inovatif, menampilkan sinergi awan-paip-peranti bagi membangunkan platform digital yang terbuka, anjal, fleksibel dan selamat. Dengan mematuhi strategi 'Platform + Ekosistem', kami bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi kami bagi memenuhi keperluan pelanggan untuk penggunaan perkhidmatan yang pantas, pelepasan sumber yang anjal, analitik Data Besar, saling hubung pusat data ultra jalur lebar dan akses perkhidmatan VR serta HD, membolehkan ISP mencapai transformasi digital dan kekal kompetitif dalam era digital."
ISP tradisional menjalani transformasi digital yang dipacu oleh kemajuan pesat ICT baharu termasuk teknologi awan, Data Besar dan kecerdasan buatan (AI); tuntutan terhadap sumber teragih dan sandaran; dan lebih banyak perusahaan menggunakan perkhidmatan awan. ISP kini menggunakan perkhidmatan awan bagi memacu perniagaan mereka, dan melakukan peralihan seni bina ICT mereka daripada IDC tradisional kepada pusat data awan.
Wing Kin Leung, Ketua Pegawai Teknologi Jabatan Jualan Pemasaran dan Penyelesaian Huawei Enterprise Business Group mengulas: "Sebagai penyedia dan penginovasi perkhidmatan dan infrastruktur awan, Huawei berusaha untuk membantu ISP menjalani transformasi secara pantas dengan membangunkan pusat data awan yang mempunyai pengurusan awan seragam, pecutan aplikasi, peruntukan yang tangkas dan pemuliharaan tenaga."
Sunti Medhavikul, Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah Urusan UIH, berkata: "Huawei menyediakan platform awan dan teknologi DWDM bagi membantu kami menawarkan perkhidmatan awan yang mempunyai lebar jalur yang tinggi, kapasiti luas dan tahap keandalan tinggi."
Penyelesaian Baharu Huawei Percepat Transformasi Digital ISP
Di Sidang Kemuncak ini, Huawei mempamerkan penyelesaian terkini yang direka untuk membantu perusahaan menyusun semula operasi dan infrastruktur serta mempercepatkan transformasi digital.
Huawei telah menyediakan penyelesaian kepada lebih 1,000 syarikat Internet dan penyedia perkhidmatan pusat data di lebih 50 negara, membantu perusahaan menyusun semula operasi dan infrastruktur mereka. Untuk maklumat lanjut tentang Sidang Kemuncak ISP Asia Pasifik Huawei, sila layari: http://e.huawei.com/topic/asia-pacific-isp-summit2018-en/index.html.