omniture

Pertumbuhan Kenderaan Tenaga Baharu Jadikan Permintaan Aloi Aluminium Berkembang Pesat, Aluminium China 2018 di Shanghai, mulai 11-13 Julai

Aluminium China
2018-05-21 10:29 1224

SHANGHAI, 21 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Penggunaan bahan-bahan ringan yang semakin meningkat untuk kenderaan tenaga baharu mendorong permintaan terhadap aloi aluminium di China dan seluruh dunia. Dalam pameran Auto China terdahulu sahaja, jenama-jenama utama mempamerkan 174 model tenaga baharu dan diramalkan bahawa menjelang tahun 2020, bilangan kenderaan tenaga baharu di China akan mencecah 2 juta kenderaan. Pertumbuhan pesat dalam pengeluaran dan jualan ini disokong oleh dasar-dasar kerajaan dan permintaan pasaran yang tinggi.

Aluminium China 2018 di Shanghai, mulai 11-13 Julai, akan menawarkan platform antarabangsa utama untuk rangkaian bahan ringan baharu dan penyelesaian pengeluaran yang semakin berkembang. Acara ini khususnya akan menekankan peranan penting aluminium dalam masa depan industri automotif tenaga baharu.

Aluminum China tonjolkan penyelesaian untuk industri automotif tenaga baharu
Aluminum China tonjolkan penyelesaian untuk industri automotif tenaga baharu

Sebanyak 32 dasar berkaitan auto tenaga baharu dilancarkan di China pada tahun 2017. Dasar rebat cukai untuk pengguna yang membeli kenderaan tenaga baharu bakal dilanjutkan untuk tiga tahun lagi. Selain itu, strategi 'Buatan China 2025' China meletakkan kenderaan tenaga baharu sebagai tumpuan wawasan masa depannya, komited untuk "menyokong pembangunan automobil elektrik dan sel bahan api; menggalakkan teknologi emisi karbon rendah dan teknologi auto pintar."

Reka bentuk ringan, berserta kejuruteraan pemanduan elektrik dan teknologi pintar akan menakrifkan industri auto tenaga baharu dalam tempoh sepuluh tahun akan datang. Statistik CPCA (Persatuan Kereta Penumpang China) menunjukkan bahawa jenama-jenama tenaga baharu utama, dari segi jualan, di China terdiri daripada BYD, ZD, BAIC New Energy, Chery New Energy dan SAIC Rowe, manakala pengeluar bas turut terlibat dalam gelombang tenaga baharu berkenaan.

"Peningkatan penggunaan aluminium untuk automobil tenaga baharu menggalakkan trend reka bentuk ringan dan mempercepatkan pertumbuhan industri," kata Chris Zang, pengurus projek Aluminium China. "Disokong oleh kajian pasaran mendalam untuk memahami keperluan auto tenaga baharu, Aluminium China akan membantu perniagaan-perniagaan berkembang ke dalam pasaran baharu yang menarik ini."

Acara tahun ini akan membawakan acara-acara sampingan seperti program 'Kenali Pengeluar Automotif', Hari Pertukaran Pembeli Auto dan Persidangan Bertemakan Pasaran Thai. Turut berlangsung serentak bersama Aluminium China tahun ini ialah Lightweight Asia 2018, yang menyediakan bahan dan penyelesaian yang lebih pelbagai untuk industri auto tenaga baharu.

Hubungi: Diana Wang  
Tel: +86-10-5933 9179
Emel: diana.wang@reedexpo.com.cn

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180514/2132000-1

Source: Aluminium China
Keywords: Auto Chemical Mining/Metals Transportation Trade show news