omniture

Emily DiDonato Sertai Biotherm sebagai Duta Penjagaan Kulit Seluruh Dunia

Biotherm
2018-05-22 20:15 868

PARIS, 22 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Jenama penjagaan kulit mewah Biotherm hari ini mengumumkan model Emily DiDonato sebagai duta global. Model yang memiliki kecantikan semulajadi dan pelajar Sains Columbia ini menyertai Christy Turlington-Burns dan Candice Swanepoel dalam mewakili penjagaan kulit Life Plankton™ jenama yang mempunyai ciri penyembuhan.

Untuk melihat Hebahan Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8333051-emily-didonato-biotherm-skincare-ambassador/

"Saya sangat gembira untuk menyertai keluarga Biotherm. Saya menyukai sifat semulajadi produk Biotherm," kata Emily DiDonato. "Saya mula menggunakan Biotherm apabila kehidupan saya sentiasa berkisarkan perjalanan. Life Plankton Essence mereka merupakan transformasi untuk perasaan 'bolehkah kulit saya bertahan lagi' yang kering, dan tegang. Semua formula mereka berasaskan kepada Life Plankton, bahan yang sangat berkuasa yang benar-benar membantu untuk melegakan dan memulihkan kulit anda.Kini, di waktu saya meletakkan kulit saya dalam tekanan tambahan untuk menganjurkan perkahwinan musim panas saya, jemputan Biotherm memang tepat pada masanya."

Dengan kecantikan bintang yang menyerlahkan kacukan New York beliau dengan keturunan Itali, Irish dan Orang Asli Amerika, Emily DiDonato akan membuat kempen pertamanya untuk Biotherm dalam bulan Jun.

Ketika di luar dunia fesyen, model ini ialah lambang kepada pendekatan semulajadi Biotherm kepada kecantikan, yang memilih kulit wajah segar dan tidak berselindung dalam imej-imej yang beliau kongsikan bersama dunia. Padanan sempurna terhadap komitmen Biotherm untuk transformasi kulit yang jelas melalui kuasa penyembuhan semulajadi.

Pada kemuncak kerjayanya, pada umur 27 tahun, Emily mengatasi kesangsian diri untuk kembali belajar dan kini belajar biologi di Columbia. Mengimbangi antara penggambaran dengan menulis kertas, model insta ini berkongsi kehidupan model di bandaraya New York: kitaran jiwa, yoga dan masa rehat Vitamin D di utara, di pergunungan, atau di laluan maraton.

Ghairah tentang penjagaan kulit, Emily DiDonato merupakan peminat produk Biotherm selama bertahun-tahun sebelum didatangi oleh jenama itu. "Minat peribadi Emily dalam Biotherm, gaya hidupnya yang sangat aktif dan cintakan alam semula jadi, menjadikan beliau duta yang sangat sesuai untuk keberkesanan penyembuhan Biotherm," kata pengurus besar Biotherm David Fridlevski. "Bijak, beliau bukan sahaja pembentuk pandangan berpengaruh di bidang penjagaan kulit, tetapi juga dalam kehidupan yang sihat. Dengan penglibatannya dengan komuniti beliau; beliau ialah pilihan semulajadi yang jelas untuk Biotherm."

RUTIN PENYEMBUHAN KULIT EMILY

Untuk meraikan pengumuman ini, Emily telah memilih 5 keperluan Biotherm kegemarannya. Rutin ini akan didedahkan di Instagram @biotherm lewat bulan Mei dan jenama ini akan mencabar peminat untuk mengambil peluang untuk menerimanya di rumah. #emilylovesbiotherm

Emily DiDonato
Tarikh lahir: Feb. 24, 1991
Tempat lahir: New York
Model semenjak: 2009
@emilydidonato: 1.1 juta

LATAR BELAKANG BIOTHERM

Perintis dalam biologi kulit. Semenjak menemui manfaat Life Plankton™ dalam tahun 1952, Biotherm menggunakan kuasa penyembuhan luar biasa Life Plankton™ dalam penyelesaian penjagaan kulit yang canggih. Melalui kepakaran dalam Bioteknologi, jenama ini mengadun bahan-bahan aktif yang paling berkuasa dalam tekstur lembut yang tiada tandingannya untuk kecantikan yang sihat dan aktif. Biotherm menawarkan rangkaian lengkap lebih 130 penyelesaian muka dan badan, yang disesuaikan untuk setiap jenis kulit, kebimbangan dan gaya hidup. Produk ikonik termasuk Life PlanktonTM Essence, Aquasource Gel, Blue Therapy Serum dan Lait Corporel. Temui lebih lagi di: http://www.biotherm.com

(Foto: https://mma.prnewswire.com/media/693670/Biotherm.jpg )
Video: https://www.multivu.com/players/uk/8333051-emily-didonato-biotherm-skincare-ambassador/

Source: Biotherm
Related Links:
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Licensing/marketing agreements