omniture

China Literature Perkenal Era Berkembang Maju Kesusasteraan Dalam Talian Seluruh Dunia tatkala Platform Antarabangsa Webnovel Sambut Ulang Tahun Pertama

China Literature
2018-05-23 16:25 1448

SHANGHAI, 23 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Platform antarabangsa China Literature (webnovel.com), operasi antarabangsa bagi platform kesusasteraan dalam talian yang terkemuka di China Qidian.com, menyambut ulang tahun pertamanya pada 15 Mei 2018. Tahun lalu, Webnovel menggiatkan usahanya untuk menambah baik ketepatan terjemahan dan meningkatkan kepelbagaian kandungan. Ia telah memecah rekod bagi bilangan karya dalam talian dan pengguna aktif, menjadikannya penetap trend bagi peluasan China Literature ke dalam pasaran bacaan dalam talian global. Sejak tahun 2005, hasil karya dalam platform China Literature Qidian.com menjadi wakil bagi kesusasteraan Cina dalam talian di seluruh dunia. Webnovel mendorong kemajuan menerusi inovasi dalam model perniagaan dan pemupukan bakat, selain mendorong sektor kesusasteraan dalam talian global bersama-sama bakat sastera Cina.

Webnovel sambut ulang tahun pertama
Webnovel sambut ulang tahun pertama

Kepelbagaian kisah dan kaedah bayaran

Pada Mei 2017, China Literature melancarkan Webnovel bagi menyediakan kandungan terpelbagai dengan segera dan pengalaman pengguna yang mudah kepada pembaca di seluruh dunia. Hanya dalam tempoh setahun, Webnovel berjaya menarik lebih 10 juta pengunjung dengan barisan yang melibatkan lebih 150 karya terjemahan berbahasa Inggeris dan lebih 620 cerita asal.

Qidian.com ialah tumpuan kepada semua genre popular dalam kalangan pembaca luar negara, termasuk fantasi, percintaan dan seni mempertahankan diri. Bagi karya terjemahan, Webnovel menetapkan standard untuk terjemahan dan melatih bakat baharu dengan kerap bagi menjamin kualiti yang bagus. Ia mempunyai jaringan melibatkan lebih 200 penterjemah dan kumpulan penterjemah di seluruh dunia. Terjemahan berbahasa Inggeris bagi sebilangan kisah disiarkan dan dikemas kini serentak dengan karya asal berbahasa Cina. Bagi memperkayakan kandungan, Webnovel turut bekerjasama dengan institusi-institusi luar negara, seperti Gravity Tales, demi menggalakkan globalisasi karya sastera dalam talian.

Webnovel mengguna pakai pelbagai kaedah bayaran yang menarik minat kategori pembaca yang berbeza termasuk bayaran mengikut bab, "tunggu atau bayar" dan bayaran dengan mengklik pada iklan bagi meneroka bab-bab baharu. Menurut China Literature, matlamat kesemua langkah inovatif ini yang menawarkan perkhidmatan yang berkesan dan diperibadikan adalah untuk menjadikannya industri yang lestari.

Inkubasi bakat baharu seluruh dunia

Visi Webnovel, menurut China Literature, bukan sahaja untuk menjadi platform bacaan utama untuk karya sastera dalam talian terbaik, tetapi juga untuk menjadi tapak inkubasi kepada penulis luar negara. Komuniti global menerima langkah tersebut dengan semangat yang tinggi. Sejak 10 April 2018, pengguna berpeluang menghantar cerita asal kepada laman sesawang tersebut. Dalam tempoh percubaan selama sebulan, lebih 1,000 penulis telahpun mendaftar. Lebih 620 cerita berbahasa Inggeris diterima dan dibaca. Kebanyakan karya tersebut amat dipengaruhi oleh kesusasteraan dalam talian berbahasa Cina dengan tema budaya Cina yang tipikal.

Agar dapat terus membangunkan bakat baharu, Webnovel membina pasukan editorial bagi meneroka aspek berharga dalam kisah-kisah berbahasa Inggeris ini. Penulis karya yang mempunyai potensi akan ditawarkan kontrak. Selain itu, Webnovel akan menyediakan peluang pembelajaran kepada penulis, seperti mempunyai editor terkemuka atau pengarang terkenal bagi berkongsi kepakaran melalui ceramah. Terdapat juga bonus dan hadiah kewangan untuk penulis-penulis cemerlang.

Webnovel telah melakukan penembusan penting untuk meningkatkan pengalaman pengguna. Rangkaian inovasi teknologi kini sedang diusahakan. Sebagai contoh, ia telah melaksanakan projek-projek Halaman Mudah Alih Dipercepat bersama Google, yang akan mewujudkan kandungan dioptimum mudah alih sekali dan membolehkannya dimuatkan serta merta di mana-mana jua.

Penarafan kuasa diwujudkan bagi mengiktiraf kisah paling popular pada minggu tersebut
Penarafan kuasa diwujudkan bagi mengiktiraf kisah paling popular pada minggu tersebut

Bagi meraikan ulang tahun pertama Webnovel, China Literature memperkenalkan pelbagai pilihan acara penarafan, termasuk acara yang membolehkan pengguna mengundi kisah paling popular dalam minggu tersebut. Tiga kisah terbaik akan dianugerahkan dengan hadiah wang tunai. Di samping itu, laman sesawang tersebut turut memperkenalkan "Judul Terbaik Tahunan". Judul yang paling banyak dilihat ialah Library of Heaven's Path.

Judul terbaik tahunan
Judul terbaik tahunan

China Literature mempunyai lebih banyak acara yang dirancang di New York dan Singapura bagi menghubungkan penulis global, penterjemah dan juga pembaca. China Literature berharap dapat terlibat dalam banyak peluang untuk memperbaharui budaya Cina, serta perusahaan Cina yang inovatif serta berdaya saing dalam pasaran global.

Latar Belakang China Literature

China Literature Limited ialah perintis bagi pasaran kesusasteraan dalam talian dan mengendalikan platform kesusasteraan dalam talian yang terkemuka di China. Saham Syarikat disenaraikan pada Papan Utama Bursa Saham Hong Kong di bawah kod saham 0772 pada 8 November 2017.

China Literature ialah peneraju pasaran seperti mana yang diukur menurut skala dan kualiti penulis, pembaca dan tawaran kandungan sastera. Setakat 31 Disember 2017, Syarikat mempunyai 6.9 juta penulis dan 10.1 juta karya sastera dalam talian, mencakupi lebih 200 genre dan mencapai jutaan pembaca. Semasa tahun 2017, Syarikat mempunyai purata pengguna aktif bulanan seramai 191.5 juta orang pada platform dan saluran kendalian sendiri menerusi platform agihan rakan kongsi.

Latar Belakang Webnovel

Webnovel ialah platform dan komuniti kesusasteraan dalam talian yang terkemuka di dunia. ia merupakan jenama yang bekerjasama dengan China Literature. Webnovel menumpu untuk menyediakan kisah-kisah dalam talian yang berkualiti tinggi kepada jutaan pembaca dalam pasaran dunia merentasi laman sesawang dan aplikasi mudah alih, menawarkan mereka dengan pengalaman membaca yang tersuai.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180522/2138632-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180522/2138632-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180522/2138632-1-c

Source: China Literature
Keywords: Books Publishing/Information Service Asian-related news