omniture

SHISEIDO Lancar Semula Serum Wiranya, Ultimune Power Infusing Concentrate Dengan Sambutan Global #StrongSouls Dalam Diri Setiap Insan

Shiseido Co Ltd
2018-06-04 14:46 1394

TOKYO, 4 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Shiseido Company, LTD memperingati pelancaran semula serum wira, Ultimune Power Infusing Concentrate dengan perayaan serentak di seluruh dunia. Bermula di Paris pada 31 Mei perayaan ini diteruskan di Tokyo, Hong Kong, Taipei, Bangkok dan Singapura, memuncak di Malibu, Amerika Syarikat pada 1 Jun. Dengan kerjasama artis artis dan koreografer yang terkenal di peringkat antarabangsa, Koharu Sugawara, setiap acara memberi tumpuan kepada kekuatan dalaman, keyakinan yang hadir bersama-sama kekuatan ini, dan kegembiraan yang dibawakannya.

Dengan Ultimune Power Infusing Concentrate sebagai tumpuan utama, siri acara ini merupakan satu peristiwa penting dalam perjalanan memberi nafas baharu jenama SHISEIDO, yang mendasari VISI 2020 jenama.

Tidak lama selepas pelancaran sulung pada tahun 2014, Ultimune Power Infusing Concentrate memantapkan statusnya sebagai produk terlaris dalam rangkaian SHISEIDO, dengan satu botol dijual setiap 13 saat.* Serum yang mengubah industri ini telah menerima lebih daripada 132 anugerah kecantikan di seluruh dunia ** - lebih daripada mana-mana produk lain dalam portfolio SHISEIDO dalam sejarah 145 tahun jenama ini. Ultimune Power Infusing Concentrate telah dibangunkan dengan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk memperkuat pertahanan dalaman kulit, dan kempen #StrongSouls global merupakan ungkapan motivasi janji akhir produk. Satu penghormatan kepada kekuatan dalaman setiap individu, #StrongSouls menjemput setiap kita untuk menerima kepercayaan kita sendiri, kuasa peribadi kita dan empati yang menyatukan kita dengan orang lain, menerusi perayaan bersama ini dan rasa positif yang wujud bersama-samanya.

Menggabungkan Seni dengan Keanggunan dan Kekuatan

Dengan imej yang memberikan inspirasi, kempen #StrongSouls menggunakan warisan yang berkekalan SHISEIDO sebagai jenama kecantikan yang cemerlang, dan kedudukannya sebagai suara progresif bagi wanita. Filem kempen ini dibentuk oleh seni tarian Koharu Sugawara ketika beliau bergerak melalui kota Tokyo. Melalui tarian, dia menyampaikan kisah emosi yang mendalam dan dengan nuansa terancang, beliau menggunakan kekuatan dalaman dan luarannya sendiri untuk mewujudkan ekspresi kegembiraan dan kuasa sebenar.

Raikan kuasa kekuatan dalaman dan kongsikan kegembiraan yang dinikmati bersama Koharu Sugawara di https://youtu.be/ELYYRQkCYzc

Credit : Photo by Christopher Jue/Getty Images for SHISEIDO
Credit : Photo by Christopher Jue/Getty Images for SHISEIDO

 

Credit : Photo by Christopher Jue/Getty Images for SHISEIDO
Credit : Photo by Christopher Jue/Getty Images for SHISEIDO

Untuk lebih banyak imej acara, sila ikuti SHISEIDO di www.instagram.com/shiseido/
Untuk melihat di belakang tabir, sila lawati https://www.image.net/ultimune_strongsouls2018

*Berdasarkan data sell-in global yang dikumpul dari Januari 2017 – Disember 2017, yang mana 1 hari dikira sebagai 24 jam
**Jumlah anugerah global setakat Disember 2017

Unit Jenama Shiseido
Hiroko Ozeki
hiroko.ozeki@to.shiseido.co.jp

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180602/2149066-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180602/2149066-1-b

Source: Shiseido Co Ltd
Keywords: Art Cosmetics & Personal Care Fashion Household/Consumer/Cosmetics Women-related news