omniture

GAC Motor Serahkan 150 GA3S kepada Pasukan Polis Nigeria

GAC Motor
2018-06-05 08:10 983

Kemajuan penting di Nigeria buka laluan kepada pertumbuhan pantas dalam pasaran Afrika

ABUJA, Nigeria, 5 Jun 2018 /PRNewswire/ -- GAC Motor secara rasminya menyerahkan 150 buah GA3S kepada pasukan polis Nigeria di ibu kota Nigeria, Abuja, yang dibeli dan disumbangkan oleh Alhaji Aliko Dangote, Pengerusi Yayasan Aliko Dangote. Ini merupakan kali kedua syarikat menyerahkan kereta kepada pasukan polis Nigeria, selepas tempahan terdahulu yang dibuat oleh jabatan polis Lagos pada tahun 2015. Tempahan pukal berkenaan merupakan pengiktirafan selanjutnya terhadap pertumbuhan GAC Motor dalam pasaran Afrika dan mengesahkan kualiti cemerlang dan piawaian keselamatan tertinggi kenderaannya. Majlis penyerahan dihadiri oleh tetamu-tetamu kehormat termasuk Yemi Osinbajo, Naib Presiden Nigeria.

"GAC Motor berjaya membawakan pelbagai model istimewa kepada Nigeria, memperoleh tempahan belian secara pukal daripada kerajaan tempatan kerana memperlihatkan kualiti dan imej jenamanya yang positif. Kerjasama terkini ini akan mempercepatkan pembangunan kami yang selanjutnya dalam pasaran Nigeria," kata Yu Jun, Presiden GAC Motor.

150 GA3Ss at the Delivery Ceremony
150 GA3Ss at the Delivery Ceremony

Polis Nigeria memberi pujian tinggi terhadap reka bentuk yang hebat dan pintar serta ciri-ciri keselamatan yang cemerlang pada GA3S. Dipercayai bahawa gaya, reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan pintar tersuai model tersebut dapat diadaptasi mengikut keperluan rumit kereta polis.

Distinguished guests attended the Delivery Ceremony
Distinguished guests attended the Delivery Ceremony

 

GA3S, GAC Motor’s best-selling model in Nigeria
GA3S, GAC Motor’s best-selling model in Nigeria

Agar dapat beradaptasi dengan lebih baik kepada pembangunan pasaran di Afrika, GAC Motor sentiasa mengoptimumkan reka bentuk kenderaan berdasarkan keadaan jalan raya tempatan demi menjamin kualiti dan prestasi yang andal. Kebanyakan model telahpun diselaraskan secara khusus demi memenuhi keperluan untuk beroperasi di jalan raya yang berlekak lekuk dan berlumpur, seperti dengan menambah casis lebih tinggi bagi meningkatkan kelulusan kebenaran. Menerusi kualiti produk yang cemerlang dan kebolehsuaian yang tinggi terhadap pasaran Afrika, GAC Motor berjaya menambat hati pengguna tempatan dan menjadi jenama Cina terlaris di Nigeria.

GAC Motor mencapai kejayaan pasarannya dengan berpegang pada prinsip yang mengutamakan kualiti. Selama lima tahun berturut-turut, GAC Motor menduduki tempat pertama antara kesemua jenama Cina dalam kajian IQS J.D. Power Asia. GS8, model paling popular di Nigeria, diberi penilaian lima bintang oleh C-NCAP (Program Penilaian Kereta Baharu-China). Ia turut menjalin perkongsian strategik dengan pembekal-pembekal utama dunia dan merekrut bakat terbaik bagi memantau kualiti dengan ketat, yang akan merangsang peluasan syarikat dalam pasaran Afrika dan di dunia, umumnya.

Pencapaian penting yang wajar diberi perhatian untuk GAC Motor dalam pasaran Afrika

  • Membuka kedai pengedar pertama di Nigeria pada Disember 2014 dan kedai kedua dua tahun kemudian.
  • Pada tahun 2016, GAC Motor menubuhkan kilang SKD (separa pasang) di Nigeria, menjadi jenama auto Cina pertama yang memasang komponen kenderaan di dalam negara.
  • Pada tahun 2017, kerajaan Negeri Nasarawa membuat belian pukal GS8, GS4 dan GA3S sebagai kenderaan resepsi rasmi.
  • Pada bulan Februari 2018, model istimewa GAC Motor, GS8 dilancarkan di Nigeria.

Nigeria ialah salah satu pasaran paling penting dalam strategi pertumbuhan GAC Motor untuk Afrika, termasuk pembangunan pasukan pengurusan tempatan, pelancaran versi tempatan bagi model-model utama dan kilang di tapak yang membolehkan pembuat auto mencapai kemajuan penting yang berterusan dalam pasaran.

Menyediakan asas yang kukuh di Nigeria, negara yang mengambil bahagian dalam Inisiatif "Jalur dan Jalan" China, akan membolehkan GAC Motor menguasai pasaran Afrika yang lebih luas dengan lebih berkesan dan memajukan usaha pengantarabangsaan jenamanya.

Latar Belakang GAC Motor

Ditubuhkan pada tahun 2008, Guangzhou Automobile Group Motor CO., LTD (GAC Motor) ialah subsidiari GAC Group, yang menduduki kedudukan ke-238 dalam kalangan syarikat Fortune Global 500. Syarikat membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti premium. GAC Motor kini berada pada kedudukan teratas antara semua jenama Cina selama lima tahun berturut-turut dalam Initial Quality Study SM (IQS) China J.D. Power Asia Pasifik, yang menunjukkan strategi bertumpu-kualiti oleh syarikat bermula dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang inovatif, pengilangan hinggalah kepada rantaian bekalan dan jualan & perkhidmatan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor
Twitter: https://www.twitter.com/gac_motor

Perhubungan Media:

Sukie Wong
+86-186-8058-2829
GACMotor@126.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180604/2149998-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180604/2149998-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180604/2149998-1-c

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Transportation Public Safety