omniture

Hikvision lancar kamera EasyIP 4.0 dan NVR bantu perniagaan kecil dan sederhana maksimumkan keselamatan tapak mereka

Hikvision Digital Technology
2018-06-06 18:54 1419

HANGZHOU, China, 6 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Hikvision, penyedia yang terkemuka di dunia bagi produk dan penyelesaian pengawasan video yang inovatif, hari ini mengumumkan rangkaian baharu kamera EasyIP 4.0 dan NVR. Memanfaatkan keupayaan rangkaian EasyIP 3.0 kami, rangkaian baharu ini menyediakan penyelesaian pengawasan yang mudah, praktikal dan berpatutan untuk perniagaan-perniagaan bersaiz kecil dan sederhana.

Infografik EasyIP 4.0 Hikvision
Infografik EasyIP 4.0 Hikvision

Produk EasyIP 4.0 dibangunkan melalui H.265+ Smart Codec Hikvision yang dapat mengurangkan lebar jalur serta keperluan storan sehingga 50% menerusi H.265, memberi penjimatan IT utama kepada perniagaan-perniagaan bersaiz kecil dan sederhana.

Sebagai faedah tambahan, rangkaian EasyIP 4.0 memperkenalkan beberapa inovasi teknologi baharu demi membantu perniagaan-perniagaan memaksimumkan ciri pengawasan dan keselamatan mereka. Ini termasuk:

AcuSense Hikvision– faedah-faedah utama

Penyepaduan AcuSense Hikvision ke dalam kamera EasyIP 4.0 IP dan NVR dapat membantu menapis maklumat salah dengan lebih 90% ketepatan dan mempunyai tindak balas lebih pantas terhadap ancaman keselamatan sebenar. AcuSense Hikvision berfungsi dengan mengesan manusia atau kenderaan dan menapis maklumat salah yang dicetuskan oleh pergerakan biasa, seperti hujan atau daun dengan berkesan. Dengan lampu strob automatik dan penggera audio, kamera didayakan AcuSense Hikvision ini juga dapat menghalang bakal penceroboh sebelum berlakunya pelanggaran keselamatan.

Di samping itu, kamera AcuSense Hikvision terus menggabungkan teknologi pencahayaan cahaya ultra rendah "Powered by DarkFighter" Hikvision, yang menyediakan imej pengawasan unggul, walaupun pada waktu malam. Digabungkan dengan keupayaan video berdefinisi ultra tinggi, Powered by DarkFighter menjamin organisasi-organisasi dapat mengenal pasti dan bertindak balas terhadap ancaman keselamatan dengan berkesan, selain menyediakan bukti video yang hebat untuk kejadian pelanggaran keselamatan.

Sebagai lanjutan kepada AcuSense Hikvision, NVR EasyIP 4.0 menawarkan ciri "carian sasaran pantas" yang membolehkan pasukan-pasukan keselamatan mencari rakaman dengan pantas ketika berlakunya insiden keselamatan. Ini dapat menjimatkan banyak masa untuk pasukan yang sebaliknya terpaksa mencari rakaman secara manual.

ColorVu Hikvision– faedah-faedah utama

Kamera EasyIP 4.0 ColorVu menggunakan cahaya tambahan yang hangat bagi memberikan imej video berwarna terang, walaupun pada waktu malam. Keupayaan merangsang warna sepanjang masa dikuasakan oleh apertur super F1.0 dengan sensor yang lebih canggih, cahaya tambahan yang hangat dan pelbagai teknologi lain. Dengan adanya video yang lebih terang dan berwarna warni, kamera EasyIP 4.0 ColorVu dapat menyokong perlindungan terhadap pelanggaran keselamatan di mana-mana ia berlaku, pada waktu siang dalam malam.

Kamera baharu EasyIP 4.0 ColorVu dapat digandingkan dengan salah satu NVR didayakan AcuSense Hikvision bagi meminimumkan maklumat salah dan mempercepatkan carian sasaran.

Keselamatan tapak terulung untuk perniagaan bersaiz kecil dan sederhana

Kamera EasyIP 4.0 dan NVR menyediakan penyelesaian pengawasan bergred tinggi dan berkesan kos untuk perniagaan-perniagaan bersaiz kecil dan sederhana.

Frank Zhang, Pengurus Besar Jabatan Pemasaran Produk Antarabangsa di Hikvision berkata, "Pada masa lalu, ciri-ciri pengawasan seperti video berdefinisi ultra tinggi, video warna waktu malam dan lampu strob automatik serta penggera audio sukar didapati untuk banyak organisasi yang lebih kecil. Kini, dengan rangkaian EasyIP 4.0, kami menjadikan ciri-ciri ini boleh diakses oleh perniagaan-perniagaan bersaiz kecil dan sederhana, bagi membantu mereka mencapai tahap keselamatan di tapak yang jauh lebih tinggi."

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyelesaian keselamatan EasyIP 4.0 Hikvision, kunjungi reruai mereka di IFSEC International, #D300.

Rangkaian produk EasyIP 4.0 Hikvision baharu akan disediakan melalui saluran pengedaran Hikvision yang sah pada Suku Ketiga 2018.

Latar Belakang Hikvision 

Hikvision ialah penyedia terkemuka dunia bagi produk dan penyelesaian pengawasan video yang inovatif. Syarikat memajukan teknologi-teknologi teras pengekodan audio dan video, pemprosesan imej video dan storan data berkaitan, serta teknologi-teknologi berpandangan jauh seperti pengkomputeran awan, data raya dan pembelajaran mendalam. Kunjungi kami di www.hikvision.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180605/2151690-1

Source: Hikvision Digital Technology
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology