omniture

Dengan Mumm Grand Cordon Stellar, Kehidupan Di Angkasa Tak Akan Pernah Sama Lagi

Maison Mumm
2018-06-08 15:49 903

LONDON, 8 Jun 2018 /PRNewswire/ --

Selaras dengan sejarah panjang inovasinya, Maison Mumm bangkit bagi menyahut cabaran baharu yang berani: mencipta kembali upacara mencicip champagne untuk perkembangan angkasa dan graviti sifar baharu.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8338751-mumm-grand-cordon-stellar/

Kiraan detik untuk dilancarkan 
Pada September 2018, Maison Mumm secara rasminya melancarkan Mumm Grand Cordon Stellar: pencapaian hebat rintis bagi teknologi yang memungkinkan angkasawan dan penjelajah angkasa lain menikmati champagne dalam persekitaran graviti sifar yang mencabar. Hasil daripada perkongsian selama tiga tahun bersama Spade, sebuah agensi baharu yang mengkhusus dalam reka bentuk untuk angkasa lepas, Mumm Grand Cordon Stellar mengguna pakai konsep botol dan gelas baharu yang revolusioner untuk mengubah kehidupan di angkasa, menjadikan upacara champagne berteknologi tinggi tersedia kepada semua dalam masa terdekat. Disebabkan oleh Mumm Grand Cordon Stellar, seni perayaan Mumm, berserta pelbagai ciri rasa baharu yang menarik kini akan mengiringi pembina kejayaan yang berani dalam era baharu penerokaan angkasa lepas.

Pasukan impian 
Bagi menjadikan impian ini suatu kenyataan, Mumm memperlihatkan keberanian semula jadinya dengan berganding bahu bersama syarikat baharu reka bentuk yang termaju. Diasaskan oleh Octave de Gaulle, Spade ialah sebuah agensi yang mengkhusus bagi mereka bentuk objek-objek untuk digunakan di angkasa lepas. "Sejak 40 tahun lalu, penjelajahan angkasa lepas dibentuk oleh jurutera dan bukannya pereka. Dengan tidak melihat graviti sifar sebagai masalah untuk diselesaikan, kami melihat graviti sifar sebagai kemungkinan untuk mereka bentuk," jelas Octave de Gaulle. "Cabaran reka bentuk yang besar untuk Mumm Grand Cordon Stellar sebenarnya adalah untuk mengeluarkan cecair tersebut daripada botol."

Terapung di udara 
Sememangnya, Mumm Grand Cordon Stellar mengubah kaedah minum ucap selamat kepada sesuatu yang belum pernah dilihat sebelum ini. Tanpa bantuan graviti, reka bentuk botol berteknologi tingginya - diperbuat daripada kaca lutsinar dan dihiasi dengan selempang merah unik Mumm Grand Cordon cuvée - menggunakan gas champagne untuk mengeluarkan cecair ke dalam bingkai berbentuk cincin, yang mana ia bertukar pekat menjadi titisan buih. Kemudiannya, ia dapat diberikan kepada seseorang dan dibebaskan ke udara, yang mana ia terapung sehingga berkumpul dalam gelas yang direka khas. "Dengan menyahut cabaran baharu ini, Mumm mencabar graviti dan sekali lagi menerobos sempadan inovasi. Botol revolusioner ini menonjolkan kedudukan Maison sebagai ikon baharu dan progresif," kata Louis de Fautereau, Pengarah Jenama Global Mumm.

Mencicip masa depan  
Inovasi tidak terhad kepada teknologi sahaja. Dalam keadaan graviti sifar yang unik, Mumm Grand Cordon membawakan sifat-sifat rasa baharu dan juga tidak diduga. Sensasi mula terasa sebaik sahaja wain dituangkan daripada botol, muncul sebagai bebola berbuih yang membuak. Keunikannya diteruskan apabila champagne memasuki mulut, apabila buih champagne bertukar menjadi cecair. "Ia suatu perasaan yang amat mengejutkan," jelas Pakar Bilik Wain Bawah Tanah Mumm, Didier Mariotti. "Disebabkan oleh graviti sifar, cecair serta merta meliputi seluruh bahagian dalam mulut, meningkatkan sensasi rasa. Terdapat sedikit rasa berbuih dan lebih kepada sifat bebolanya dan kelimpahannya, membolehkan wain tersebut mengekspresikan keunikannya secara menyeluruh." Hasilnya memperhebatkan dan menumpukan ciri istimewa Mumm Grand Cordon, mencetuskan kuasa Pinot Noir dalam letusan aroma buah-buahan yang ranum dan berjus."

Keraian di angkasa lepas 
Reka bentuk gelas baharu yang ikonik daripada Mumm adalah sebahagian daripada pengalaman Mumm Grand Cordon Stellar. Ia menampilkan batang tirus - dihiasi dengan selempang berwarna merah sebagai penghormatan kepada Mumm Grand Cordon - dimahkotakan dengan cawan yang sedikit cekung dengan diameter berukuran lima sentimeter. Ketegangan permukaan menjadikan titisan terapung berpaut pada gelas, membolehkannya diangkat ke bibir. Reka bentuk ini juga membolehkan gelas disentuh bersama-sama dalam minum ucap selamat, bahagian penting untuk mencipta kembali upacara champagne yang biasa dilakukan di sudut ruang angkasa nun jauh di sana. Bagi Maison Mumm, ini merupakan faktor penting untuk menjayakan Mumm Grand Cordon Stellar. Dalam konteks pelancongan angkasa lepas dan penerokaan masa depan ke Marikh yang baru bermula, usaha mencipta cara-cara bagi membantu angkasawan untuk menjadikannya lebih manusiawi menjadi keutamaan tertinggi.

Memasuki orbit 
Menjadi harapan Maison Mumm agar pengalaman mencicip wain yang revolusioner ini tidak lama lagi akan dapat disediakan kepada seramai orang yang mungkin. Mumm Grand Cordon Stellar akan disajikan kepada peserta dalam penerbangan graviti sifar yang dianjurkan oleh Air Zero G, ketika perbincangan masih dijalankan untuk membekalkannya dalam misi angkasa lepas dan penerbangan angkasa komersial masa depan. Ia juga akan menjadi daya penggerak untuk kempen digital baharu yang dikenali sebagai Defy Your Gravity (Cabar Graviti Anda), yang mana para peserta menghantar inovasi luar biasa dan projek yang berjaya akan dibiayai oleh Mumm. Maklumat lanjut akan disediakan tidak lama lagi.

Menerobos sempadan
Melalui kesemua inisiatif ini, Mumm meletakkan semangat inovatif yang sentiasa membimbing Maison sebagai aspek utama. Salah satu champagne pertama yang menyerikan pesawat penumpang supersonik French Concorde, Mumm kini akan menjadi yang pertama dihidangkan di luar atmosfera Bumi. Pengalaman luar biasa ini tidak lama lagi bakal menggamatkan media sosial, tatkala selebriti-selebriti antarabangsa mengetahui tentang pengalaman champagne baharu ini dalam suasana unik penerbangan angkasa lepas di rantau Champagne di Perancis. Sinonim dengan keberanian, Maison sentiasa berusaha menerobos sempadan inovasi. Dengan Mumm Grand Cordon Stellar, sempadan tersebut ditinggalkan jauh menuju kekosongan ruang angkasa yang amat luas.

(Foto: https://mma.prnewswire.com/media/698599/Maison_Mumm.jpg )
Video - https://www.multivu.com/players/uk/8338751-mumm-grand-cordon-stellar/  

Source: Maison Mumm
Related Links:
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment