omniture

Dianggap Anugerah Grammy Asia, Majlis dan Festival GMA raih Pengiktirafan Antarabangsa

Taiwan Television Enterprise Ltd.
2018-07-05 14:04 3313

TAIPEI, Taiwan, 5 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Anugerah Golden Melody kali ke-29, disiarkan oleh Taiwan Television Enterprise Ltd., melabuhkan tirai dengan jayanya pada 23 Jun 2018 lalu. Upacara penganugerahan dan persembahan iringan dibawakan oleh barisan nama-nama hebat yang terdiri daripada Jam Hsiao, A-mei, Eason Chan, JJ Lin, Lala Hsu dan lebih seratus penghibur lain yang menerima pengiktirafan antarabangsa daripada golongan profesional industri serta penganjur-penganjur festival muzik antarabangsa seumpamanya. Hasil usaha "Kementerian Kebudayaan" dalam mempromosikan GMA sejak beberapa tahun kebelakangan ini; ketua biro Tokyo Billboard Magazine Rob Schwartz memuji GMA atas penambahbaikan dari segi kandungan dan bentuk penulisan beliau; penganjur festival NXNE Kanada Michael Hollet memuji GMA hasil nilai penerbitan yang hebat, menyatakan bahawa ia sememangnya merupakan anugerah Grammy Asia.

Festival Golden Melody - Lomosonic
Festival Golden Melody - Lomosonic

 

Komposer Terbaik GMA ke-29 - Crowd Lu
Komposer Terbaik GMA ke-29 - Crowd Lu

Festival GMA diadakan antara 20-23 Jun 2018 melibatkan Persidangan, Pusat Pemadanan Perniagaan, Perangkaian, Pameran, Penawaran, Pertunjukan dan GMA Heat. Persidangan ini mengundang lebih 40 wakil profesional, membincangkan trend muzik dan berkongsi pengalaman. Lebih 1,500 orang mengambil bahagian dalam persidangan ini.

Festival rakan kongsi GMA membuahkan hasil dalam bentuk jalinan kerjasama tahun ini menerusi festival muzik antarabangsa. Lomosonic dari Thailand, Bentham dari Jepun dan kumpulan punk popular Sweden Magnettes membuat persembahan dalam segmen Pertunjukan. Persembahan-persembahan oleh sejumlah 8 set artis Taiwan termasuk No Party for Cao Dong, Sangpuy, Joanna Wang dan Eric Chou semasa konsert turut dipuji oleh pengaturcara festival antarabangsa, dengan lebih 2,000 orang terlibat dalam acara ini.

Sejumlah 387 syarikat luar negara dan tempatan (321 tempatan, 66 luar negara), serta 1,026 ahli profesional industri menyertai Festival GMA, dengan lebih 330 sesi Pemadanan Perniagaan berdaftar dan anggaran nilai transaksi sebanyak 500 juta NTD. Ia juga merupakan acara kali pertama melibatkan lebih 1,000 ahli profesional industri sejak Festival GMA diperkenalkan pada tahun 2014.

Anugerah Golden Melody kali ke-29 membawakan gelombang idea baharu dan memudahkan banyak peluang untuk tujuan perdagangan dan kerjasama. GMA tahun ini menggabungkan media sosial dan menghasilkan bahan-bahan yang sesuai untuk Facebook, Instagram dan Weibo rasmi. Lebih 1.85 juta tontonan boleh dikaitkan dengan tag #GMA# di Weibo Cina. Semangat penyertaan oleh generasi lebih muda, pengaruh dan reputasi GMA berjaya ditingkatkan.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180704/2179626-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180704/2179626-1-b

Source: Taiwan Television Enterprise Ltd.
Keywords: Entertainment Music Awards