omniture

Rémy Martin Ganding Bahu Dengan Artis Matt W. Moore Peroleh Perspektif Baharu Dunia Di Sekeliling Kita

Remy Martin
2018-07-05 19:31 1413

PARIS, 5 July 2018 /PRNewswire/ -- Sebagai ekspresi terkini penetapan minda yang bertumpu masa depan, Rémy Martin mengundang Matt W. Moore yang terkenal di peringkat antarabangsa untuk memperkenalkan lembaran visual seterusnya dalam kisah yang berusia berabad-abad lamanya, dihidupkan melalui VSOP Edisi Terhad yang eksklusif dan aplikasi Realiti Imbuhan revolusioner.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:

https://www.multivu.com/players/uk/8356851-unique-collab-remy-martin-matt-moore/

generated by system

https://www.multivu.com/players/uk/8356851-unique-collab-remy-martin-matt-moore/ 

MENCIPTA BAHASA VISUAL BAHARU  

Rémy Martin telah lama meraikan seni, namun untuk kolaborasi istimewa ini, yang terhasil daripada perkongsian nilai antara daya kreativiti dan keberanian, membawakan kepakaran pembuatan Cognac tradisionalnya ke dalam persekitaran kosmopolitan moden. Didorong oleh kuasa digital, Matt W. Moore telah mencipta naratif visual untuk jenama ini menggunakan grafik abstrak "Vectorfunk" ikonik beliau bagi menghasilkan sejarah baharu, dengan tenaga berwarna warni dan harmoni.

Diilhamkan oleh persekitaran Cognac, naratif visual Moore untuk Rémy Martin memperkenalkan suatu alam penemuan, mengadunkan unsur-unsur semula jadi seperti anggur dan dedaunan. Ia turut menyertakan petunjuk tersembunyi, bagi mengajak audiens untuk mengalami satu pengembaraan antara pergerakan dan misteri. Malah, Moore turut melihat semula simbol kesayangan Rémy Martin, seperti sentora mitos, terkedang dengan menonjol sekali dalam skema grafik keindahan geometri.

DARI SENI KEPADA ARt #ARtbyremymartin 

"Dengan realiti imbuhan, marilah mencipta sesuatu yang belum pernah dilihat sebelum ini." Matt. W. Moore

Melalui pengembaraan baharu yang imaginatif melibatkan realiti imbuhan, anda diundang untuk melihat semula persekitaran anda dengan memainkan peranan sebagai penonton dan artis. ARt bermaksud Jelajah Realiti Imbuhan yang akan diraikan dengan cara Jelajah Bandar di bandar-bandar utama seluruh dunia, bermula dari New York dan London ke Moscow dan Shanghai.

Ia merupakan pengaktifan jenama pertama dunia yang memanfaatkan teknologi ARKit melalui perspektif seni. Bermain dengan palet elemen grafik 3D yang luas diilhamkan oleh alam visual baharu Matt, anda bebas sama ada untuk menjadi artis, mereka semula persekitaran anda dan mencipta visi unik anda sendiri terhadap dunia.

Muat turun Aplikasi melalui Apple Store Remy Martin ARt ciptalah dunia ARt anda dan kongsikannya di #ARtbyRemyMartin

Rémy Martin VSOP Edisi Terhad tersedia mulai 1 Jun 2018.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut

http://vsopbymwm.remymartin.com

http://www.remymartin.com

Untuk melihat video

https://youtu.be/DBMyPil1gRI

https://youtu.be/06Mm2CjzxZg

Hubungi: Florence Puech, Pengarah Komunikasi Antarabangsa, Florence.puech@remy-cointreau.com
Pauline Candelle, Pengurus Komunikasi Antarabangsa, Pauline.Candelle@remy-cointreau.com

 

Source: Remy Martin
Keywords: Art Beer, Wine & Spirits Beverages Licensing/marketing agreements