omniture

Pameran Cenderamata & Kediaman China (Shenzhen), Anjuran Reed Huabo Exhibitions akan berlangsung pada Oktober 2018 di Shenzhen

Reed Huabo Exhibitions
2018-07-06 16:50 2734

SHENZHEN, China, 6 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Ramai orang mengenali China sebagai pembekal utama bagi semua jenis produk kepada dunia. Walau bagaimanapun, dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat, kini China menjadi pengguna utama bagi produk mewah dunia. Memandangkan kini China merupakan ekonomi kedua terbesar dari segi agregat dan pertumbuhan pendapatan, penduduk Cina sanggup membelanjakan lebih banyak wang terhadap produk-produk ini. Mereka khususnya meminati produk luar negara yang mempunyai reka bentuk dan kualiti yang baik. Reed Huabo Exhibitions dan Pameran Cenderamata & Kediaman China (Shenzhen) ingin membantu syarikat-syarikat luar negara memanfaatkan pasaran baru muncul di China ini.

Ditubuhkan pada tahun 1993, Pameran Cenderamata & Kediaman China (Shenzhen) ialah pameran perdagangan profesional selama 4 hari melibatkan pelbagai seminar industri dan aktiviti perhimpunan. Edisi akan datang bakal diadakan mulai 20-23 Oktober 2018 di Pusat Konvensyen & Pameran Shenzhen. Peluang mempamerkan barangan dalam pameran ini merupakan salah satu pilihan terbaik untuk syarikat-syarikat asing bertemu rakan niaga ideal dan pembeli di China. Ia juga merupakan kaedah yang berkesan kos untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan di China.

Berikut merupakan beberapa maklumat umum pameran tersebut:

Statistik:

Ruang pameran: 110,000 meter persegi
Bilangan Reruai: 5,200
Bilangan Pempamer: 2500
Bilangan Pengunjung: 150,000 (90% merupakan pembeli domestik Cina)

Pameran:

Cenderamata & Premium, Perkakas Rumah, Peralatan Elektronik & Elektrik, Barangan Promosi, Seni & Kraf, Hiasan Rumah, Seramik, Tekstil Rumah, Kristal & Barang Kaca, Kertas & Produk Pembungkusan, Peti, Beg & Produk Kulit, Produk Kecantikan & Kesihatan, Alat Tulis, Produk Sukan & Riadah, Barangan Makanan.

Profil Pembeli:

Syarikat Cenderamata, Ejen & Pengedar, Pengilang, Pemborong, Pengimport, Hotel & Hartanah, Syarikat Kewangan (Bank, Syarikat insurans & sekuriti), Syarikat Telekomunikasi, Syarikat Automobil & Penerbangan, Syarikat Pakaian, Pemilik kedai & Peruncit, Gedung Serbaneka & Rangkaian Kedai, Pejabat Pembelian, Peniaga e-dagang, ejen riadah/hiburan dan AD, dan sebagainya.

Setakat ini, pempamer-pempamer dari negara-negara dan wilayah-wilayah seperti Iran, Thailand, Korea Selatan, Jepun, Malaysia, Australia, Belanda, India, Pakistan, Nepal, Hong Kong dan Taiwan telah mengadakan pameran dalam pameran tersebut. Astaka kumpulan yang dianjurkan oleh Pusat Sokongan Perniagaan Kecil-kecilan dan Sederhana Gyeonggi-do (GSBC) Kotra, KOHAND dari Korea dan DITP dari Thailand menerima maklum balas yang baik di pameran berkenaan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi kami di: www.chinagiftsfair.com

Maklumat Perhubungan Pameran:

En. Felix Wu         
TEL: +86-755-3332-4215       
E-mel: felix.wu@reedhuabo.com 

Source: Reed Huabo Exhibitions
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Furniture & Furnishings Household Products Household/Consumer/Cosmetics Corporate Expansion Trade show news Future Events