omniture

Kejayaan Strim Langsung Harbour City Bawakan Dua Anugerah AMEC

Harbour City
2018-07-16 09:43 1694
  • Harbour City terima anugerah EMAS bagi Penggunaan Pengukuran Paling Inovatif dalam Kempen Digital dan GANGSA bagi Penggunaan Pengukuran Media Sosial Terbaik, di Anugerah AMEC 2018.
  • Catat Rekod Strim Langsung Sina Hong Kong Baharu dengan lebih 28.2 Juta Tontonan

HONG KONG, 16 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Harbour City meraih anugerah Emas dan Gangsa sempena Anugerah AMEC 2018. Harbour City, pusat membeli belah terbesar Hong Kong, menerima Anugerah Emas bagi Penggunaan Pengukuran Paling Inovatif dalam Kempen Digital menerusi "ISentia untuk Harbour City Estates: Mencetuskan Pengalaman Jualan Baharu ". Kempen Harbour City ini turut menerima Anugerah Gangsa untuk Penggunaan Pengukuran Media Sosial Terbaik.

 

Kejayaan Strim Langsung Harbour City Bawakan Dua Anugerah AMEC
Kejayaan Strim Langsung Harbour City Bawakan Dua Anugerah AMEC

Harbour City berusaha ke arah inovasi dalam kempen-kempen pemasaran mereka. Biarpun pada tahun-tahun lalu, pemasangan dimanfaatkan khususnya untuk menggamit perhatian pengguna, semasa kempen ini, Harbour City bergantung dalam memperhebatkan kuasa media penstriman digital semata-mata. Kejayaan kempen inovatif ini boleh dikaitkan dengan kombinasi untuk memanfaatkan populariti platform penstriman langsung baharu, memeterai perkongsian dengan pihak berpengaruh utama dan memanfaatkan kedudukan Harbour City sebagai "Alam Kecantikan" Hong Kong.

Mereka Bentuk Kempen

Dengan memanfaatkan kedudukan strategiknya sebagai "Alam Kecantikan" Hong Kong, menerusi lebih 320 jenama kecantikan global di bawah satu bumbung, Harbour City melancarkan strim langsung selama 90 minit yang amat menarik di tapak pada Mei 2017.

Harbour City melabur begitu banyak masa dan tenaga untuk merancang kempen tersebut demi memastikan strim langsung selama sejam setengah itu cukup menarik bagi menggamit dan mengekalkan perhatian penonton. Harbour City menggabungkan model pengurusan "hasrat belian" terpilih bagi mengenal pasti pihak berpengaruh utama dalam kategori kecantikan.

Setelah menyenarai pendek dan mengenal pasti bakat media sosial yang paling relevan dan paling popular dalam kategorinya, Harbour City melancarkan kempen di salah satu tapak media sosial paling popular di China, Sina Weibo, yang mana ketika itu mengalami begitu banyak perhatian dan penglibatan melalui platform strim langsungnya.

Selepas melakukan carian menyeluruh, kempen Harbour City menampilkan jurugaya selebriti "Perry", individu berpengaruh dalam bidang Kecantikan No.1 di Sina Weibo yang mempunyai 36 juta pengikut dan membawakan enam jenama kosmetik berbeza, kesemuanya disediakan di Harbour City.

Kempen berkenaan berjaya mengubah niat pengguna kepada tindakan dengan memberikan panduan dan kepakaran penggunaan popular Perry. Panel penilaian berasa kagum dengan penukaran penglibatan kepada pembelian. Lantaran populariti penstriman langsung Perry, strim langsung beliau muncul dalam senarai cadangan strim langsung teratas melalui Yizhibo pada hari berkenaan. Pencapaian ini, berserta promosi Sina Microblog dan Harbour City membawa kepada peningkatan populariti video tersebut. Selain itu, selepas kempen berkenaan, Perry melancarkan aktiviti yang mempunyai insentif yang mana beliau menggalakkan peminat untuk memainkan semula strim langsung tersebut dan menjawab soalan-soalan bagi mendapatkan peluang untuk memenangi hadiah. Tindakan susulan ini mencetuskan satu lagi gelombang penglibatan. Tontonan video terkumpul selepas aktiviti dipacu insentif berkenaan, melonjak daripada angka asalnya 25 juta kepada 28.2 juta.

Keputusan Memecah Rekod

Dengan menggabungkan strim langsung dan pengaruh sosial, Harbour City berjaya mendorong strategi Dalam Talian-kepada-Luar Talian-kepada-Dalam Talian, meningkatkan hasil perniagaan dan pemasaran yang boleh diukur. Perry memecah rekod tontonan penonton strim langsung beliau sendiri. Perkara yang sama penting ialah kempen tersebut membantu memperbaiki sentimen pelanggan terhadap imej jenama Harbour City manakala reputasi "Alam Kecantikan" miliknya juga dapat ditingkatkan. Sina Weibo China mencapai tontonan yang memecah rekod di Hong Kong, dengan 28.2 juta tontonan diperoleh untuk strim langsung individu ini.

Panel penilaian berkepakaran daripada AMEC mengulas: "Kemasukan ini melakukan tugas yang mengagumkan dalam menghubungkan objektif-objektif komunikasi kepada hasil perniagaan dengan cara yang jelas dan boleh diukur, melangkaui matlamat perniagaan."

Dengan dua anugerah ini, tahun 2018 menjadi tahun paling berjaya di AMEC untuk Harbour City, yang telah menjadi penerima anugerah setiap tahun sejak lima tahun lalu. Harbour City merupakan antara 93 peserta yang disenarai pendek dan salah satu daripada lima penerima dua anugerah pada tahun 2018, suatu pencapaian yang luar biasa dalam sejarah Anugerah AMEC. Anugerah berkenaan diumumkan pada 14 Jun di Barcelona, Sepanyol.

Latar Belakang Perry

Perry dikenali dalam segmen media sebagai "Ahli Silap Mata Kecantikan" dan beliau merupakan jurugaya selebriti paling hangat di Asia. Beliau merupakan jurugaya eksklusif untuk selebriti-selebriti Dee Hsu (Little S), Barbie Hsu (Da S), Vivian Hsu dan artis-artis popular yang lain. Beliau turut terlibat dalam menggayakan untuk Anugerah Golden Bell Taiwan, Anugerah Golden Horse  serta anugerah-anugerah penting yang lain berkali-kali.

Tarikan awam WeChat Perry telah melangkaui 40 juta; dan tontonan tertinggi bagi strim langsung beliau berjaya memecah rekod menerusi 28.2 juta tontonan. Beliau ialah seorang usahawan industri fesyen, menubuhkan P.StylE (salun gaya profesional), Bright Eyelashes (jenama bulu mata dan kuku) serta Hulls (pusat pengurusan kulit). Beliau mencipta program mingguan kecantikan fesyen dalam talian yang pertama di China, #Magical Class#, yang dilancarkan 7 tahun lalu menerusi ribuan program video dan telah ditonton oleh lebih 2 bilion tontonan. Beliau juga merupakan penulis buku paling laris terjual. Beliau telah mengarang 8 buah buku sejak beberapa tahun lalu dan buku terkini yang diterbitkan pada April 2017 ialah autobiografi pertama beliau yang berjudul "The Way of Achieving Your Dreams is Incomparable" ("Cara Mencapai Impian Anda adalah Tiada Bandingannya"), yang mengadakan jualan dalam talian dengan catatan lebih 50,000 buku terjual pada bulan pertama.

Latar Belakang AMEC

AMEC, Persatuan Antabangsa untuk Pengukuran dan Penilaian Komunikasi, mengkaji semula dan mengiktiraf kecemerlangan aplikasi kempen digital, pengukuran dan pandangan media sosial di seluruh dunia. Anugerahnya merupakan pengiktirafan daripada rakan sejawat industri atas pencapaian luar biasa dan sebagai lambang kualiti.

Latar Belakang Harbour City

Harbour City ialah pusat membeli belah yang terbesar di Hong Kong. Mempunyai lebih 320 jenama yang ditampilkan menerusi 3 kedai kecantikan iaitu Lane Crawford, FACESSS, Joyce Beauty dan butik kecantikan berdiri sendiri yang lain. Ia dikenali sebagai "Alam Kecantikan" kerana menawarkan jumlah jenama kecantikan terbesar di Hong Kong dan berkemungkinan di seluruh rantau tersebut. Di samping itu, Harbour City menghimpunkan kedai-kedai fesyen unggul antarabangsa yang terkemuka, lebih 450 kedai, 50 outlet makanan dan minuman serta tiga buah hotel.

Pautan Berkaitan: www.harbourcity.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180712/2185506-1
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20140721/8521404095LOGO   

Source: Harbour City
Keywords: Advertising Amusement Parks and Tourist Attractions Fashion Multimedia/Online/Internet Retail Social Media Travel Awards