omniture

Hisense Lancar TV ULED Zon 5376

Hisense
2018-07-17 18:05 1089

Catatan Rekod Baharu dalam Kualiti Imej

MOSCOW, 17 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Pada 15 Julai, Hisense, selaku penaja rasmi FIFA World Cup™ Rusia 2018 dari China, secara rasminya melancarkan TV U9D istimewa berkualiti tinggi di Persidangan Rakan Kongsi Global di Moscow pada sebelah malam sebelum berlangsungnya World Cup. Cahaya belakang dinamik TV dibahagikan kepada 5376 zon buat pertama kalinya dan ia merupakan TV yang paling banyak dibahagikan dan mempunyai imej paling halus di dunia. Dengan teknologi ULED berkualiti imej super yang dibangunkan secara bebas, Hisense menetapkan piawaian baharu untuk kualiti imej dalam industri TV global.

Hisense Lancar TV ULED Zon 5376
Hisense Lancar TV ULED Zon 5376

Sejak 6 tahun lalu, Hisense terus menjalankan kajian mengenai kawalan cahaya belakang dinamik berbilang zon dan teknologi enjin Hiview berdasarkan LED, dan telah dapat menaik taraf kecerahan imej, kontras gambar, tahap penggredan, butiran gelap dan masa tindak balas dengan ketara, demi meningkatkan kualiti imej TV ke tahap bertaraf dunia. Setakat ini, Hisense telah melalui lima generasi teknologi dan terus mendorong kualiti imej TVnya ke tahap tertinggi. Hisense telah dianugerahkan dengan "Anugerah Global untuk Teknologi Paparan Tahunan Global" sebanyak dua kali.

TV U9D ULED Zon 5376 Hisense
TV U9D ULED Zon 5376 Hisense

"Teknologi paparan ialah asas bagi Teknologi Hisense," kata Ketua Saintis Ma Xiaohang, "pelancaran U9D akan terus mengukuhkan kedudukan utama Hisense dalam bidang kualiti imej global dan menjadikan Hisense sebagai pakar imejan bertaraf dunia."

Persidangan Rakan Kongsi Global Hisense
Persidangan Rakan Kongsi Global Hisense

Latar Belakang Hisense

Ditubuhkan pada tahun 1969, Hisense ialah salah sebuah perusahaan inovatif peringkat negeri yang pertama dan menempatkan pusat-pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) rintis peringkat negeri di China. Hisense mempunyai pusat teknologi kebangsaan, makmal teknologi multimedia digital dan institut penyelidikan pascakedoktoran. Hisense mempunyai pusat-pusat R&D di Qingdao, Shenzhen, Shunde, Beijing, Amerika Syarikat dan Eropah. Hisense mempunyai dua buah syarikat senaraian (Hisense Electric Co., Ltd. (600060) pada Bursa Saham Shanghai dan Hisense Kelon Electrical Holdings Company Ltd. (000921) pada Bursa Saham Shenzhen dan Hong Kong). Hisense juga memiliki tiga tanda dagangan yang terkenal (Hisense, Kelon dan Ronshen).

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180716/2187432-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180716/2187432-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180716/2187432-1-c  

Source: Hisense
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Television New products/services