Galeri Digital dan Kempen Interaktif bakal sebarkan daya kreativiti
LONDON, 23 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Honor, e-jenama telefon pintar yang bergaya, baharu dan inovatif, hari ini memulakan beberapa perkongsian dengan artis-artis kontemporari muda dan baru muncul di seluruh dunia, sebagai sebahagian daripada kempen kreativiti global terkininya, Honor Your Creation. Clara Bacou, seorang artis teknologi digital berpangkalan di UK akan menjadi artis pertama yang mengambil bahagian dalam kolaborasi.
"Honor sentiasa kreatif dan menerobos sempadan dalam semua bidang, termasuk teknologi dan reka bentuk, dan itulah yang menjulang kami ke kedudukan teratas. Kami menerajui trend dengan memperkenalkan unsur-unsur warna pada telefon pintar, melancarkan Honor 8 dengan warna Biru Nilam (Sapphire Blue) pada tahun 2016 dan Honor 9 dengan warna Kelabu Glasier (Glacier Grey) pada tahun 2017. Tahun ini, kami mengejutkan dunia dengan Honor 10 yang mempunyai warna yang sentiasa berubah-ubah dan kami akan terus membawa minat terhadap warna dan reka bentuk ini ke tahap seterusnya," kata George Zhao, Presiden Honor.
Clara Bacou, yang mengkhusus dalam reka bentuk makhluk dan animasi watak menggunakan teknologi digital seperti 3D dan AR, mempunyai minat yang sama terhadap warna seperti Honor. Baru sahaja menamatkan pengajian daripada Central Saint Martins pada tahun 2017, Clara ialah bintang yang semakin menyerlah dalam seni bukan konvensional. "Saya suka cara Honor bermain dengan warna. Saya menggunakan banyak warna terang dalam karya seni saya dan warna-warna ini memberi saya tenaga! Saya berasa sangat teruja untuk meneroka warna-warna dengan Honor dan mendekati komuniti global melalui perkongsian ini," kata Clara Bacou.
Honor sedang membangunkan galeri digital pada laman sesawang Honor untuk menyokong Clara dengan membolehkan karya seni bukan konvensional beliau tersedia kepada peminat Honor dan audiens global. Pada minggu-minggu akan datang, Honor akan melancarkan satu kuiz dalam talian yang interaktif, dengan memanfaatkan makhluk-makhluk ciptaan Clara untuk menghubungkan peminat dan pengguna natif digital.
Pada musim panas ini, Honor bekerjasama dengan BBC untuk mendokumenkan bagaimana Honor 10 membantu proses kreatif Clara. Seorang lagi jurugambar muda yang berbakat, Ollie Ali akan turut muncul dalam video tersebut. Bersama-sama artis-artis ini, Honor melancarkan beberapa kempen interaksi pada seluruh platform media sosial Honor Global bagi menyebarkan keseronokan dan daya kreativiti.
Kempen-kempen interaksi bermula hari ini. Layari platform-platform media sosial Honor Global untuk menjadi sebahagian daripada keseronokan tersebut! Video penuh Honor bersama Clara dan Ollie, disusun atur oleh BBC, akan ditayangkan pada Ogos ini. Para peminat boleh menyaksikan imbasan pertamanya di sini: https://www.facebook.com/honorglobal/videos/2101183156761740/. Nantikan maklumat selanjutnya.
Latar Belakang Honor
Honor ialah e-jenama telefon pintar terkemuka. Seiring dengan slogannya "Untuk yang Berani", jenama ini dicipta bagi memenuhi keperluan pengguna digital menerusi produk-produk yang dioptimumkan dengan fungsi internet, yang menawarkan pengalaman pengguna yang unggul, mengilhamkan tindakan, memupuk daya kreativiti dan memperkasa golongan muda untuk mencapai impian mereka. Dengan berbuat demikian, Honor telah menjadikan dirinya unik dengan menonjolkan keberaniannya melakukan perkara berbeza serta mengambil langkah yang diperlukan untuk mengalu-alukan kehadiran teknologi dan juga inovasi terkini untuk pelanggannya.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Honor secara dalam talian di www.hihonor.com atau ikuti kami di:
https://www.facebook.com/honorglobal/
https://twitter.com/Honorglobal
https://www.instagram.com/honorglobal/
https://www.youtube.com/honorglobal
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180720/2191236-1