omniture

Pakar Sains Data Nuria Oliver Sertai Lembaga Penasihat Comviva

Comviva
2018-07-24 12:59 697

NEW DELHI, 24 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Comviva, peneraju bertaraf global bagi penyelesaian mobiliti, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Nuria Oliver telah menyertai lembaga penasihatnya. Nuria ialah Pengarah Penyelidikan dalam sains data di Vodafone, Ketua Saintis Data di Data-Pop Alliance dan Ketua Penasihat Saintifik untuk Institut Vodafone.

generated by system

Nuria akan membantu Comviva dalam usaha mencapai visi semasanya dan memanfaatkan peluang-peluang pertumbuhan masa depan. Beliau akan bekerjasama dengan pasukan kepimpinan Comviva, bagi memberikan cadangan strategik berhubung portfolio sedia ada dan inisiatif-inisiatif baharu syarikat. Beliau akan turut menyediakan kepakaran beliau bagi tujuan pakatan dan pelaburan strategik.

Beliau membawakan lebih 20 tahun pengalaman penyelidikan dalam bidang pemodelan tingkah laku manusia dan ramalan daripada data dan interaksi antara manusia-komputer. Beliau berkelulusan PhD dalam kecerdasan persepsi dari MIT dan pernah bertugas di Microsoft Research serta merupakan pengarah saintifik wanita pertama di Telefónica R&D. Kerja-kerja beliau amat dikenali, menerusi lebih 150 bahan penerbitan saintifik yang telah menerima hampir 14000 petikan. Beliau merupakan pencipta bersama 40 paten yang difailkan dan merupakan penyampai ucapan dasar tetap di persidangan-persidangan antarabangsa.

Manoranjan Mohapatra, Ketua Pegawai Eksekutif, Comviva, berkata, "Kami berbangga kerana dapat memasukkan seseorang yang berkaliber seperti Nuria Oliver dalam lembaga penasihat kami. Kami telah melakukan banyak perbincangan berhubung bidang perniagaan kami dan berpendapat bahawa beliau ialah padanan sempurna untuk organisasi kami. Kami berharap dapat memanfaatkan pengalaman luas beliau tatkala kami meneruskan perjalanan kami ke arah menjadi organisasi yang berpandukan inovasi, bertumpukan data dan berpusatkan pelanggan"

Nuria Oliver berkata, "Saya berasa teruja dapat menjadi sebahagian daripada lembaga penasihat Comviva. Keputusan saya dibuat berdasarkan semakan terhadap jumlah dan ketekalan projek yang dijalankan pada masa lalu dan peluang meneroka masa depan bersama-sama pasukan kepimpinan. Tahap komunikasi yang sangat baik mewujudkan satu kerangka penghargaan dan kepercayaan bersama yang mengukuhkan keputusan saya untuk menyertai lembaga penasihat Comviva."

Lembaga penasihat Comviva akan melibatkan penasihat-penasihat yang mempunyai pelbagai pengalaman dan kepakaran daripada berbagai-bagai industri. Antara hal lain, pihak lembaga akan memberi khidmat nasihat kepada pasukan kepimpinan tatkala Comviva menyasarkan untuk mengembangkan dan meluaskan perniagaannya di peringkat global.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Sundeep Mehta
Perhubungan Awam & Komunikasi Korporat
Comviva
Hubungi: +91-124-481-9000
Emel: pr@mahindracomviva.com  

Source: Comviva
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Personnel announcements