omniture

Herbalife Nutrition Lantik Saintis Pemakanan Malaysia Pertama dalam Lembaga Penasihat Pemakanan

Herbalife Nutrition Asia Pacific
2018-07-26 11:44 2854

KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Herbalife Nutrition (NYSE:HLF), sebuah syarikat pemakanan global yang unggul, yang bermatlamat untuk menjadikan dunia lebih sihat dan lebih bahagia, hari ini mengumumkan pelantikan Dr. Hamid Jan bin Jan Mohamed, seorang pakar dalam bidang pemakanan, sebagai ahli Lembaga Penasihat Pemakanan (Nutrition Advisory Board, NAB) pertamanya di Malaysia.

Pakar pemakanan Dr. Hamid Jan bin Jan Mohamed menyertai Lembaga Penasihat Herbalife Nutrition.
Pakar pemakanan Dr. Hamid Jan bin Jan Mohamed menyertai Lembaga Penasihat Herbalife Nutrition.

Dr. Hamid Jan bin Jan Mohamed ialah Pengerusi Program Pemakanan dan Dietetik di Universiti Sains Malaysia dan merupakan Profesor Madya yang berkepakaran dalam pemakanan dan obesiti.

"Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan Dr. Hamid Jan dalam Lembaga Penasihat Pemakanan Herbalife. Sebagai seorang pakar yang dipandang tinggi dalam bidang pemakanan dan dietetik, Dr. Hamid Jan merupakan penambahan penting dalam pasukan pakar kami bagi bidang pemakanan, sains dan kesihatan," kata Dr. John Agwunobi, presiden bersama dan ketua pegawai kesihatan dan pemakanan di Herbalife Nutrition. "Kami berharap dapat bekerjasama dengan beliau untuk menginspirasikan orang ramai bagi mengambil langkah ke arah perubahan pemakanan dan gaya hidup yang positif serta membantu menangani trend-trend mega berkaitan kesihatan seperti kadar obesiti yang tinggi dan masyarakat yang semakin meningkat usia."

Dr. Hamid Jan pernah menerima beberapa anugerah industri sepanjang tempoh kerjaya beliau. Ini termasuk Anugerah Malaspina Scholar Travel oleh International Life Sciences Institute, AS pada tahun 2015 dan Keahlian Felo dalam Persatuan Pemakanan Malaysia.

Lembaga Penasihat Pemakanan (NAB) Herbalife terdiri daripada pakar-pakar yang terkemuka dari seluruh dunia dalam bidang pemakanan, sains dan kesihatan. NAB membantu mendidik dan melatih Ahli-ahli Bebas Syarikat dalam menjalani gaya hidup yang sihat serta aktif dan mengambil zat pemakanan yang baik.

Pelantikan Dr. Hamid Jan dalam Lembaga Penasihat Pemakanan Herbalife memperlihatkan dedikasi berterusan pihak Syarikat untuk meneruskan usaha dalam menginspirasikan tabiat pemakanan yang positif di Asia Pasifik, dengan menggalakkan perkongsian yang erat bersama pakar-pakar pemakanan di rantau berkenaan.

Latar Belakang Herbalife Nutrition

Herbalife Nutrition ialah sebuah syarikat pemakanan bertaraf global yang bertujuan untuk menjadikan dunia lebih sihat dan lebih bahagia. Syarikat telah melaksanakan misi untuk pemakanan dengan mengubah kehidupan orang ramai menerusi produk dan program pemakanan yang hebat, sejak tahun 1980. Bersama dengan ahli-ahli bebas Herbalife Nutrition, kami komited untuk menyediakan penyelesaian terhadap masalah pemakanan yang kurang sihat dan obesiti di seluruh dunia, populasi yang semakin tua, kos penjagaan kesihatan awam yang semakin meningkat dan peningkatan dalam keusahawanan bagi semua peringkat umur. Herbalife Nutrition menawarkan produk yang berkualiti tinggi berasaskan sains yang kebanyakannya dihasilkan di kemudahan yang dikendalikan oleh Syarikat, bimbingan secara peribadi dengan ahli bebas Herbalife Nutrition dan pendekatan komuniti sokongan yang memberi inspirasi kepada pelanggan untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan lebih aktif. 

Produk pemakanan, pengurusan berat badan, tenaga dan kecergasan serta produk penjagaan diri Herbalife Nutrition disediakan secara eksklusif kepada dan melalui ahli-ahli bebasnya di lebih 90 negara. Melalui usaha tanggungjawab sosial korporat, Herbalife Nutrition menyokong Yayasan Keluarga Herbalife (HFF) dan program-program Casa Herbalife untuk membantu memberikan pemakanan yang baik kepada kanak-kanak yang memerlukan. Herbalife Nutrition juga berbangga untuk menaja lebih 190 orang atlet, pasukan dan acara bertaraf dunia di seluruh dunia, termasuk Cristiano Ronaldo, LA Galaxy dan pelbagai pasukan Olimpik.  

Herbalife Nutrition mempunyai lebih 8,300 kakitangan di seluruh dunia, dan sahamnya didagangkan di Bursa Saham New York (NYSE: HLF) dengan jualan bersih kira-kira sebanyak AS$4.4 bilion pada tahun 2017. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari Herbalife.com atau IAmHerbalife.com.

Pertanyaan Media:

Daliea Mohamad-Liauw
Naib Presiden, Komunikasi Korporat, Herbalife Nutrition Asia Pasifik
DID: +852-3589-2643
Emel: dalieal@herbalife.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180712/2185578-1

 

Source: Herbalife Nutrition Asia Pacific
Related Stocks:
NYSE:HLF
Keywords: Health Care/Hospital Supplementary Medicine Personnel announcements