omniture

Chain IQ Lancar Aplikasi Penyumberan Bersama Pintar Baharu

Chain IQ Group AG
2018-07-31 21:55 1002

ZURICH, 31 Julai 2018 /PRNewswire/ --Mengkhusus dalam pengurusan perolehan strategik yang didigitalkan, Chain IQ merevolusikan industrinya sendiri. Sebagai yang pertama dalam siri pembangunan baharu daripada "Makmal Inovasi & Pendigitan" dalamannya, syarikat kini membawakan Aplikasi Penyumberan Bersama Pintar ke pasaran.

Beroperasi dalam empat benua, Chain IQ menakrifkan "Pelan Tindakan Pendigitan 2020" sebagai sebahagian daripada strategi berorientasi masa depan. Pelan tindakan ini membawakan pelbagai inisiatif inovatif yang luas untuk direalisasikan. Makmal Inovasi & Pendigitan yang ditubuhkan sedang membangunkan dan melaksanakan produk pintar, digital, analitikal dan Kecerdasan Buatan, selain perkhidmatan dan penyelesaian.

Makmal Inovasi & Pendigitan ini baru sahaja menghasilkan sesuatu yang baharu di dunia, iaitu Aplikasi Web Penyumberan Bersama Pintar Chain IQ berasaskan pembelajaran mesin. Dengan algoritma bersepadu, penyelesaian ini juga mengoptimumkan dengan ketara usaha pelanggan berkisarkan perancangan pembelian melalui penggunaan kaedah-kaedah analitik prediktif yang berkuasa, antara banyak faedah lain, sebagai contoh kalendar penyumberan dan volum dihimpunkan dan tender diurus sepenuhnya; dengan itu, Aplikasi Penyumberan Bersama Pintar Chain IQ menjamin terma-terma dan syarat-syarat sebaik mungkin, menjana penjimatan maksimum. Chain IQ mengaplikasikan Penyumberan Bersama Pintar khususnya untuk pelanggan-pelanggan utamanya dengan perbelanjaan tidak langsung tahunan bermula sebanyak CHF 200 juta.

Penyelesaian-penyelesaian selanjutnya daripada "Makmal Inovasi & Pendigitan" berkisarkan data raya, platform digital baharu atau interaksi dengan pelanggan serta pembekal melalui pasaran pintar telahpun dibangunkan.

Sejak ditubuhkan pada Mei 2014, Chain IQ telah mengikuti laluan progresif diiringi dengan pertumbuhan yang mantap. Sementara itu, berdasarkan jumlah perbelanjaan terurus, perusahaan ini disenaraikan sebagai salah sebuah syarikat perolehan terbaik di seluruh dunia, menawarkan perkhidmatan kepada lebih 30 pelanggan terkenal di peringkat antarabangsa merentasi berbilang industri di lebih 20 negara.

Siaran media ini turut disediakan di chainiq.com/media-releases .

Chain IQ ialah sebuah syarikat perkhidmatan bebas bertaraf global yang menyediakan perolehan strategik, taktikal dan operasi untuk pelanggannya. Chain IQ beroperasi dari pusat-pusat utamanya iaitu di Zurich (ibu pejabat), New York, London, Singapura, Mumbai dan Bucharest dan kini menawarkan perkhidmatan kepada lebih 20 negara (termasuk China, Hong Kong, Jepun dan Australia)

Maklumat/Hubungi:  

Elisabeth Ehrsam
Ketua Perhubungan Awam dan Hal Ehwal Awam untuk Pengerusi
Chain IQ Group
elisabeth.ehrsam@chainiq.com

Source: Chain IQ Group AG
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Mobile Entertainment New products/services