omniture

Platform Tempahan Kecantikan Paling Popular Dunia Shedul.com Kumpul $5 Juta dalam Pusingan, Dipimpin Target Global dan Lancar Pasaran

Shedul.com
2018-08-02 21:16 730

LONDON, 2 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Shedul.com, platform tempahan yang paling popular di dunia untuk salun dan spa, hari ini mengumumkan pelaburan sebanyak $5 juta, dipimpin oleh Target Global, sebuah firma modal usaha niaga antarabangsa yang beribu pejabat di Berlin, dengan sokongan daripada FJ Labs yang berpangkalan di New York. Pelabur-pelabur secara peribadi menyertai pengasas-pengasas kutipan dana daripada dua syarikat baharu yang berjaya; Niklas Östberg, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Delivery Hero AG dan Hakan Koç, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama AUTO1 Group. Dana baharu ini menjadikan jumlah kutipan yang berjaya dikumpul oleh syarikat kepada lebih $11 juta setakat ini tatkala syarikat bersiap sedia untuk pusingan Siri B yang akan datang.

generated by system

Dilancarkan pada tahun 2015, Shedul.com (disebut seperti sebutan schedule British) menyelaraskan operasi-operasi perniagaan untuk salun dan spa dengan perisian yang intuitif dan percuma. Hanya dalam masa tiga tahun, dalam diam Shedul.com memperoleh kumpulan pengguna yang luas dalam kalangan peniaga di lebih 120 negara, khususnya di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan Kanada. Platform ini dapat menyingkirkan kesukaran dalam menjalankan perniagaan dengan mengurus janji temu, tempat jualan, rekod pelanggan, inventori dan juga pelaporan kewangan.

Baru-baru ini, Shedul.com dinobatkan sebagai perisian yang paling popular, paling berpatutan dan paling mesra pengguna dalam industri bagi tahun 2018 oleh perkhidmatan penarafan pengguna Gartner Inc. Ia juga merupakan platform yang paling pesat berkembang di dunia untuk salun dan spa dengan lebih 6 juta janji temu dibuat setiap bulan, berkembang pada kadar purata 20% bulan-ke-bulan. Platform ini berada dalam sasaran untuk memproses tempahan janji temu bernilai $3.5 bilion menjelang akhir tahun 2018.

"Kami berasa teruja kerana mendapat rakan kongsi terbaik untuk turut serta dalam kisah pertumbuhan kami, membawakan pengalaman dan rangkaian mereka kepada perniagaan kami yang berkembang pesat ini," kata Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif William Zeqiri, mengulas mengenai kutipan dana baharu tersebut. "Kami memodenkan industri kecantikan dan kesejahteraan pada skala transformatif yang sama dalam bidang-bidang lain seperti pesanan makanan dan pengangkutan tempatan. Peluang yang amat besar adalah jelas, dengan membawakan ribuan perniagaan berasaskan pen-dan-kertas ke dalam platform kami, kami membolehkan seluruh segmen perniagaan berhubung dengan pengguna secara dalam talian."

"Kami telah tertarik dengan pengasas dan produk sedari awal lagi. Shedul dengan luar biasanya membuktikan betapa sebuah syarikat yang kecil dengan dana modal usaha niaga yang amat sedikit dapat menghasilkan produk terbaik dalam kategori tersebut, berkembang amat pantas dan menawarkan perkhidmatan kepada jutaan orang setiap bulan," kata Shmuel Chafets, Rakan Kongsi Am di Target Global. "Kami benar-benar percaya bahawa mereka dapat membangunkan pemimpin dalam pasaran trilion dolar global - salah satu tesis pelaburan utama kami di Target Global."

Di samping pelaburan tersebut, syarikat turut mengumumkan pelancaran pasaran penggunanya, Fresha.com, untuk pelanggan harian membuat janji temu di salun dan spa kegemaran mereka. Kini dalam fasa pelancaran peringkat awal, tawaran baharu ini menyediakan aplikasi mudah alih kepada pengguna dan penyepaduan tempahan waktu nyata melalui Instagram, Facebook dan Google berserta pemprosesan bayaran dalam aplikasi, lalu memberikan pengalaman tempahan dalam talian yang paling lancar kepada pengguna.

"Pelancaran Fresha.com merupakan satu kemenangan untuk orang ramai yang inginkan penampilan dan perasaan yang terhebat buat diri mereka," kata Nick Miller, Pengasas Bersama dan Ketua Produk syarikat. "Ia merupakan cara paling mudah dan paling andal untuk menempah salun dan spa serta merupakan pencapaian penting dalam misi kami untuk membawakan perniagaan-perniagaan tempatan lebih dekat dengan pelanggan mereka."

Syarikat berhasrat untuk menggunakan pelaburan bagi mempercepatkan pembangunan produk dan menyokong pelancaran pasaran. "Kami menggabungkan ciri-ciri pintar dalam pasaran kami untuk membantu peniaga mengembangkan pendapatan mereka," jelas Zeqiri. "Sebagai contoh, pemaparan harga yang pintar dan pilihan ketersediaan, berdasarkan maklumat terdahulu berkenaan pembelian pelanggan dan unjuran peniaga tentang kedatangan pelanggan. Ini dapat memberi lebih banyak masa kepada peniaga untuk melaksanakan kepakaran mereka dan meluangkan lebih banyak masa bersemuka dengan pelanggan."

Untuk maklumat lanjut, layari Shedul.com atau Fresha.com atau muat turun Fresha melalui App Store dan Google Play. Ikuti Shedul melalui Facebook, Twitter, Instagram dan Crunchbase.

Latar Belakang Target Global 

Target Global ialah firma Modal Usaha Niaga antarabangsa yang beribu pejabat di Berlin, mempunyai €600 juta aset bawah pengurusan. Berhubung dengan ekosistem syarikat baharu utama Eropah, kami memanfaatkan kualiti unik setiap geografi sasaran, merentasi jaringan global kami. Memanfaatkan pasukan berpengalaman kami yang mempunyai pengalaman operasi dan pelaburan yang luas, kami membantu usahawan-usahawan luar biasa untuk membina pemimpin pasaran. Target Global mengikuti pendekatan kitar hayat, melabur dalam platform dalam talian yang pesat berkembang, menyasarkan pasaran bernilai trilion dolar. Rakan-rakan kongsi kami telahpun melabur selama lebih 15 tahun dalam bidang teknologi digital, menyokong beberapa kisah kejayaan Eropah. Portfolio Target Global melibatkan syarikat-syarikat seperti Auto1, Delivery Hero, GoEuro, Dreamlines dan WeFox. https://www.targetglobal.vc/

Latar Belakang FJ Labs 

FJ Labs ialah firma pelaburan yang melabur dan membangunkan pasaran dalam talian serta syarikat e-dagang. Diasaskan oleh usahawan-usahawan bersiri, Fabrice Grinda dan Jose Marin, FJ Labs mempunyai lebih 250 syarikat portfolio yang aktif termasuk Boxed, Delivery Hero, FanDuel, Flexport dan LendingHome, serta terlibat secara langsung dalam membangunkan syarikat-syarikat seperti AdoreMe, Instacarro, Letgo, OLX dan Rebag. https://www.fjlabs.com/

Source: Shedul.com
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Financing agreements