omniture

Humanscape bakal Bina Rangkaian Pesakit Berasaskan Rantaian Blok Terbaik di Asia

Humanscape
2018-08-03 19:55 2033

- Perkongsian langsung gejala dan proses rawatan dan peruntukan pampasan untuk perkongsian maklumat.

- Dijangka bakal melancarkan "Humanscape" berasaskan rantaian blok lewat tahun ini.

SEOUL, Korea Selatan, 3 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Hari ini, semakin ramai yang menderita dari penyakit yang serius, tidak boleh diubati, dan/atau jarang berlaku. Walau bagaimanapun, akses kepada maklumat terhadap keadaan tersebut adalah sangat terhad, kepada hospital atau layaran internet. Walaupun terdapat komuniti dan organisasi yang berkhidmat kepada mereka yang menghidap penyakit tertentu, maklumat tidak tersedia secara meluas, disebabkan oleh sifat umum penyakit tersebut.

Min-hoo Chang, Ketua Pegawai Eksekutif Humanscape, memberi ucapan di 'Ekspo Rantaian Blok 2018' yang diadakan di Amsterdam
Min-hoo Chang, Ketua Pegawai Eksekutif Humanscape, memberi ucapan di 'Ekspo Rantaian Blok 2018' yang diadakan di Amsterdam

Membangun dan melaksanakan penyelesaian IT dalam sektor penjagaan kesihatan di sepanjang empat tahun lalu, Humanscape menyedari terdapat kurangnya platform maklumat kesihatan yang sesuai. Mereka percaya bahawa menyediakan sebuah platform pertukaran maklumat yang memberi pesakit kawalan sepenuhnya ke atas data kesihatan yang dimasukkan oleh pesakit (PGHD) mereka dan membolehkan syarikat-syarikat farmaseutikal, doktor, dan hospital menggunakan data tersebut, akan membantu kami mencari rawatan baharu dan terus memperbaiki rawatan sedia ada.

Di samping itu, menggunakan teknologi rantaian blok ke atas pengurusan data kesihatan pesakit akan membolehkan pertukaran dan penyimpanan data yang selamat. Apabila pesakit merekodkan maklumat mengenai penyakit mereka melalui Humanscape, maklumat ini akan disulitkan dan hanya boleh digunakan dalam kawasan yang ditetapkan. Selain itu, para pesakit akan diberi pampasan yang sewajarnya apabila mereka berkongsi maklumat di platform pesakit ini. Min-hoo Chang, Ketua Pegawai Eksekutif Humanscape, mengulas, "Apabila tindakan yang mudah seperti berkongsi maklumat boleh memberi bantuan yang besar kepada penghidap penyakit yang jarang berlaku dan tidak boleh diubati, kami menjangkakan kadar penyertaan yang tinggi." Pesakit boleh menukar pampasan mereka dengan wang tunai. Pasukan Humanscape juga sedang merancang untuk mempunyai pelbagai dApps (aplikasi terpencar) untuk membolehkan pesakit membeli ubat yang tidak dipreskripsi, makanan fungsian dan peralatan perubatan dengan mata wangnya sendiri yang diperolehi sebagai pampasan.

Maklum balas yang memberansangkan daripada organisasi pesakit dan syarikat-syarikat farmaseutikal terhadap Humanscape melebihi jangkaannya. Chang mengulas, "Organisasi pesakit organisasi yang sangat memerlukan data pesakit yang tersusun dengan baik telah mengiktiraf nilai Projek Humanscape. Humanscape telah menandatangani MOU dengan organisasi pesakit untuk penyakit yang berkaitan retina yang jarang berlaku, Korean Foundation Fighting Blindness dan Amseungmo (salah satu komuniti pesakit kanser yang paling terkenal), dan juga sedang membincangkan pelbagai aspek kerjasama dengan ramai lagi." Chang juga menyebut bahawa, "Eksekutif syarikat-syarikat farmaseutikal global yang memerlukan maklumat pesakit mengenai ubatan, keadaan fizikal, dan gaya hidup pesakit, telah menyertai Humanscape sebagai penasihat dan terlibat secara aktif dalam aktiviti perniagaan syarikat.

Matlamat jangka panjang Humanscape adalah untuk menyediakan perkhidmatan komuniti penjagaan kesihatan yang terbaik di Asia, terutamanya dalam negara-negara yang mempunyai perkhidmatan perubatan yang lemah. Untuk tujuan ini, syarikat ini telah menubuhkan sebuah anak syarikat di Indonesia dan kini sedang menjalinkan perkongsian dengan syarikat-syarikat dan hospital-hospital tempatan. Selain itu, Humanscape kini memasuki pasaran Vietnam melalui Kementerian Program Pengembangan Global (Global Expansion Program, GEP) PKS dan Perniagaan Baharu dengan sokongan daripada Pusat Chungnam untuk Ekonomi dan Inovasi Kreatif.

Chang berkata, "Tidak ramai pesakit yang menghidap penyakit yang jarang berlaku dan tidak boleh diubati, yang menjadikannya sukar untuk syarikat-syarikat farmaseutikal untuk bergiat aktif dalam bidang ini. Walau bagaimanapun, sekiranya ubat yang sesuai dibangunkan, ia akan menjadi produk perintis. Dalam konteks ini, sekiranya kami dapat mencapai matlamat kami untuk mewujudkan komuniti pesakit yang terbaik di Asia, saya yakin bahawa ia akan bermanfaat untuk semua."

Telegram: https://t.me/Humanscape

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180802/2198737-1

Source: Humanscape
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Corporate Expansion Blockchain Data Analytics